f Secubit Garam: KACANG PANJANG GORENG KERANG

N3 Terkini

Wednesday, October 23, 2013

KACANG PANJANG GORENG KERANG

ASSALAMUALAIKUM..


Menu hari ni agak simple tp tak kisah la kan, janji ada entri. Lagipun sayur yg digunakan adalah fresh my little farmville.. Kacang panjang yg K.Nor gunakan dlm resipi kali ni adalah hasil tuaian (ehh kalau tuai mcm banyak dan besar jer kebun kan)... hasil petikan dr kebun sekangkang kerbau yg K.Nor usahakan secara suka2 sejak menjadi org kampung ni.. Alhamdulillah.. sudah banyak makan hasil dr hobi menanam yg mana K.Nor tanam sekeliling rumah. Ada yg atas tanah, ada yg dalam pasu dan ada juga yg K.Nor tanam dlm polibag. Kacang panjang ni pulak jenis renek yg tak memerlukan pacang, boleh tanam direct atas tanah, ianya tak menjalar pun. Seronok dapat makan sayuran fresh, petik kat pokok, basuh dan ngap sebagai ulam) Alhamdulillah.. ni la hasilnya berbudi pada tanah :) 


Ni dia rupa pokok kacang panjang renek yg K.Nor tanam. Hanya dlm pasu plastik jer.. (pasu dua hingget jer tau hehe)




KACANG PANJANG GORENG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
seikat kacang pjg ( 7-9urat)
semangkuk kecil kerang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sb cili mesin
1/4 cawan air
1 sk cuka
sedikit lobak merah ~ dipotong panjang
1 bj cili merah
1 sb kicap manis
garam, gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan cili merah dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan kerang. Kacau.
Masukkan air, cuka dan lobak merah.
Goreng seketika kemudian masukkan kacang panjang, cili merah, kicap manis, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati dan biarkan kacang masak sedikit (jgn lama supaya kacang kekal rangup)
Angkat dan hidangkan.


6 comments:

  1. Assalamualaikum...sedap knor...lama sya x buat nmpk kt N3 knor rasa cam nak buat....=)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Nor,
    Berjasa kpd tanah.. mmg tak pernah merugikan..

    ReplyDelete
  3. keliur nya tgk kerang tuh Kak nor....bak sepiring sini...hehehe
    Sitiazahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam kenal kak nor,maria nak tanya kt mana kak nor beli benih pokok kacang yang comel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. k.nor beli kat pasar tani

      Delete