f Secubit Garam

Tuesday, June 5, 2012

LAYERED TRIFFLE

ASSALAMUALAIKUM..

ETERNITY FOOD REVIEW 4 

Terlupa betul utk buat entri food review bagi resipi terakhir yg keluar dalam ETERNITY edisi Mei 2012 baru2 ni. Gini lah bila banyak benda yg duk fikir, dgn kebizian yg menjadi2 sejak akhir2 ni.. Asyik guna word bz jer K.Nor lately kan.. apalah yg duk bzkan sangat tu.. hehe  Pastu ditambah dgn menu yg potong que.. hehe.. Tak apa lah kan.. asal ada entri jer dah la.. Tak la bersawang blog yg dah suam2 siku ni..


Resipi ni asalnya K.Nor dapat dari sebuah majalah masa duk menemani cik abg yg sedang buat fisio terapi selepas pembedahan jantung dia kat IJN pada 2 tahun lepas (punya la lama peram resipi ni kan dan  K.Nor hanya salin dlm sehelai kertas tisu jer masa tu hehe..) Resipi tu dalam BI jadi K.Nor translatekan ke BM dan seperti biasa adalah lah part edit situ sini mengikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba ^__^

LAYERED TRIFFLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahah-bahan:
1 paket jeli rasberi/strawberi
300gm tepung kastard
1 liter susu fresh/rendah lemak
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanila
100ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
buah strawberi dan kiwi secukupnya

Cara-cara:
Untuk jeli:
Masak jeli mengikut arahan pada kotak. Ketepikan.

Untuk kastard:
Campurkan tepung kastard, susu dan gula castor. Kacau hingga sebati.
Masak dengan api sederhana hingga pekat dan hendaklah sentiasa mengacau supaya tidak hangus.
Bila dah pekat, masukkan esen vanila dan kacau sebati. Biarkan sejuk sedikit.
Pukul whipping cream dan gula icing hingga gebu dan pekat.
Masukkan setengah dari adunan whipping cream ke dalam adunan kastard dan gaul dengan whisk hingga sebati.
Setengah adunan whipping cream tadi disimpan didalam peti ais sebagai hiasan di atas triffle sebelum menghidang.

Untuk membuat triffle:
Potong dadu buah strawberi dan buah kiwi. Boleh juga jika hendak guna buah lain seperti blueberi atau rasberi.
Masukkan adunan kastard ke dalam gelas atau bekas yg disukai.
Masukkan ke dalam peti ais supaya bahagian atasnya mengeras sedikit.
Kemudiaan keluarkan dan taburkan potongan strawberi dan kiwi ke atas adunan kastard.
Masukkan adunan jeli menutupi paras buah.
Sejukkan seketika dalam peti ais kembali supaya jeli membeku.
Ulang sekali lagi dengan meletakkan adunan kastard dan teruskan kepada adunan jeli.
Masukkan kembali ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Bila nak menghidang, bolehlah diletakkan lebihan whipping cream yg dah dipukul tadi.

Sunday, June 3, 2012

Lagi2 SMECC :)

ASSALAMUALAIKUM...


SMECC.. Super Moist Eggless Chocolate Cake.. resipi kek coklat tanpa telur yg terbaik.. resipi dari Dayang Jack yg skrg sedang balik bercuti bersama keluarga di kampung halaman.. :)


Kalau nak resipi sila klik SINI ya.. Jom cuci mata dgn entri ulang tayang ni.. Tq Dayang utk resipi yg mabeles ni :)


Friday, June 1, 2012

NASI GORENG (IKAN)

ASSALAMUALAIKUM...


NASI GORENG (IKAN) mmg sinonim dgn org Tganu. Memang selalu dibuat oleh org2 tua dari dulu hingga kini. K.Nor pun mmg suka goreng nasi letak ikan pastu mesti ada pengiringnya iaitu keropok ikan (biasanya org Tganu panggil keropok keping jer) Kalau ada kacang panjang atau kacang botol, hiris2 dan masukkan dalam nasi goreng ni. Memang sedap! Boleh bertambah berpinggan2 tau... hehe.. 


Selain mengguakan ikan goreng boleh juga kalau nak guna ikan panggang atau pun boleh aje guna ikan goreng yg tak abis dimakan. Jadi tak la membazir kan.. :)

NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi

* cawan rice cooker