f Secubit Garam

Thursday, September 8, 2011

CARAMEL CROISSANT PUDDING

ASSALAMUALAIKUM..

Kita cakap short2 aje la ya.. Dessert yg dibuat pada hari last puasa baru2 ni. Sekali buat guna 5bj croissant yg dibeli dlm satu bekas tu (ehh 4 ke 5 bj ek? dah lupa la.. hehe) K.Nor letak hirisan pisang dan tabur dgn coklat chips.. wallahhhhhhh!! manyak syok weh.. sekali hadap jer dek 5 beranak malam tu.. licin.........


CARAMEL CROISSANT PUDDING
sumber : Ummi Kuantan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit
hirisan pisang ~ k.nor tambah
coklat chips secukupnya ~ k.nor tambah

Cara Membuat:-
Panaskan oven ke suhu 175 C.
Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.
Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).
Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.
Letakkan hirisan pisang dan taburkan coklat chips di atas puding.
Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

Wednesday, September 7, 2011

FRUIT JELLY

ASSALAMUALAIKUM..

Awal pagi hari Sabtu baru2 ni dapat panggilan dari sahabat baik K.Nor, menjemput K.Nor sekeluarga ke jamuan BBQ pada malam tu yg diadakan utk meraikan Syawal (lebih kepada family gathering). Tiap kali dia adakan jamuan utk keluarga terdekatnya pasti K.Nor sekeluarga akan dijemput sama. K.Nor dah berkawan dgn sahabat baik ni dr tahun 1979, masa tu dlm tingkatan satu. Sama2 naik bas ke sekolah SS selama 3 tahun, kemudian sama2 ke SM Teknik pd tahun  1982 - 83. Alhamdulillah.. K.Nor bukan aje rapat dgn dia sekeluarga bahkan dgn seluruh keluarganya, arwah emak dan adik beradik serta anak2 buahnya juga. Salah seorang emak saudara dia adalah cikgu kepada suami K.Nor masa kat SM Sains SM dulu. Anak sulong K.Nor dan anak sulung kawan K.Nor ni pun agak rapat jugak dan dia org pun lahir tahun yg sama.. Perbezaan umur pun rasanya hari2 jer tak sampai sebulan pun.. Semoga ikatan persahabatan ni berkekelan hingga ke akhir hayat dan disambung oleh anak2 pulak kan.. Indahnya satu persahabatan kerana Allah..


Bila dah dapat jemputan tu, faham2 aje lah.. Manalah seronok pergi makan2 tanpa bawak something kan... Duk pikir2 nak buat apa la dlm masa mengejut gini, kalau nak buat kena cepat2, sbb tghari tu nak keluar ada 3 kenduri kawin yg perlu dihadiri. Mula2 ingat nak bagi jer Puding Laici yg kebetulan ada belen satu lagi dlm esbok (sehari sebelum tu K.Nor buat 2 adunan Puding Laici yg dihidangkan pada Vaggnini dan suaminya serta kawan2 Naim yg datang beraya pada hari Jumaat tu) Nak dijadikan cerita, hari yg sama jugak Ustaz yg rapat dgn Naim (dari Kelantan) singgah sekejap kat rumah utk berjumpa Naim. Jadi K.Nor berikan aje Puding Laici tu ke Ustaz tu.. So kena pikir balik apa nak buat utk BBQ malam tu. Last2 teringat pada Fruit Jelly yg dah acapkali buat tu. Elok gak kalau buat Fruit Jelly ni kalau utk jamuan, pasti memikat selera mata dan anak tekak.. hehee...

Terus ajak Cik Abg ke gergasi sebelah pagar utk beli oren. Ni lah untungnya ada gergasi yg sedia berkhidmat 7 hari seminggu kan.. dekat pulak tu... hehe.. yg penting, hulur ongkosnya ajer... Kan Izah Daud kan.. Izah pun syok gak, gergasi depan pagar gak tu.. hehe


Ni lah hasilnya FRUIT JELLY yg dibuat hari tu. Rasanya K.Nor buat dlm 12 atau 14 bj gitu la.. Anak dara yg tolong keluarkan isi dalam oren tu, cepat la sket kerja sbb lepas siap jelly tu, terus ke majlis kenduri kawin. Kalau buat lepas balik dr kenduri kawin rasanya tak sempat sejuk jelly, tak best nak makan kan kalau tak sejuk. Bagi yg nak tengok the making atau step by step utk membuat Fruit Jelly ni bolehlah klik kat SINI ya..


FRUIT JELLY 
resipi : Yani MyR

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

** Ni resipi yg K.Nor edit sbb K.Nor buat guna agar2 serbuk seberat 10gm sepeket

FRUIT JELLY

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)


AQEEL

ASSALAMUALAIKUM...


Cucu sdara K.Nor yg ke 3, Muhammad Shamil Shaqeel


Hai Mama Fajar & Papa Shahmi.. Hari ni Aqeel nak enterpreme kat blog Tok Chu ya... Jgn marah ar.... Smile!! ^___^




Jaga2 Tok Mama, Aqeel nak bersin nih..
Aaachumm! hehee