f Secubit Garam

Friday, June 14, 2013

JUS ROSELLE KASIH HATI

ASSALAMUALAIKUM...

Jangan gelak ya.. dah puas mereka nama minuman ni.. Tak dtg gak idea.. Nak bg nama Jus Roselle Dgn Selasih.. rasa mcm out of date jer.. hehehe.. So berligar2 la mentol dlm kepala mencari idea nak bg nama.. BLURRRRR... tak jugak muncul idea yg bernas.. Last2 sbb dah lewat nak masuk opis.. terlintas ler perkataan KASIH HATI.. sbb KASIH tu lebih mirip kepada SELASIH kan.. (opsss... tak ada kaitan dgn citer TEDUHAN KASIH yg tengah hot skrg ni tu ya.. sbb K.Nor tak pernah tengok pun citer tu.. yg tau pun sbb hal ni tengah riuh kat fb nun.. ramai peminat citer tu kat sana hehee) Dah ada perkataan KASIH,  tak best pulak kalau bg nama JUS ROSELLE KASIH gitu jer.. rasa cam tergantung jer ayat...


Pikir lagi nama tambahan.. tanya cik abe.. dia syorkan KASIH HATI. Okay.. kita ikut jer la idea KEKASIH HATI K.NOR  tu ya.. hehehe .. Jadi keluar la surat beranak secara rasmi utk minuman ni.. JUS ROSELLE KASIH HATI... full stop.... Tak yah nak pikir panjang2 lg dah, tak yah nak tukar2 lagi.. Ai yg reka jus ni, kan.. sesedap rasa sesuka hati ai la nak bagi nama apa kan.. heheheeeee

Dah.. tak leh bicara panjang2.. Ayam, ikan yg dibeli kat pasar tadi belum disiang dan dibersihkan.. Nak masuk opis dulu ya... Selamat melayan mata dgn JUS ROSELLE KASIH HATI... ^___^

JUS ROSELLE KASIH HATI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
15 kuntum bunga roselle
air
1 cawan  gula ~ ikut kemanisan yg disukai
biji selasih secukupnya ~ direndam hingga kembang
ais 

Cara:
Bersihkan bunga roselle dan asingkan bijinya.
Masukkan ke dalam periuk bersama 500 ml air dan gula.
Masak hingga gula larut dan roselle menjadi lembut. Biarkan sejuk.
Blend kelopak roselle bersama sedikit air hingga hancur.
Masukkan 1/2 dari roselle yg diblend, 1/2 dari air gula (rebusan roselle) kedalam jug.
Tambahkan dengan air lain secukupnya dan kacau.
Jika kurang rasa manis bolehlah ditambah gula mengikut citarasa masing2.
Masukkan ais secukupnya dan biji selasih yg dah kembang tadi.
Bolehlah dihidangkan.


Wednesday, June 12, 2013

CLASSIC CHOCOLATE CUPCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama K.Nor simpan resipi cupcake ni, yg diambil dr dapur org Seberang Tambak nun. Kebetulan duk pikir2 nak buat apa utk anak dara bawak balik ke asrama Sabtu baru2 ni, teringat nak godek cupcake ni. Nak ngetes org kata pun ya jugak :)


Alhamdulillah.. mmg berbaloi2.. Sedap! Tak makan dgn frosting/icing pun tak per. Ada sedikit penderhakaan yg dah K.Nor buat, menambah sedikit baking powder dan juga memasukkan cuka pd susu yg digunakan utk menghasilkan buttermilk. Alang2 nampak ada penggunaan susu fresh, jd terfikir nak letak cuka supaya menjadi buttermilk. Seperti yg sedia maklum (kebiasaan bakers mmg tau) kalau adanya penggunaan buttermilk dlm adunan tak kira la cake, pancake, insyaallah apa yg kita hasilkan tu akan menjadi lebih moist dan lebih sedap. Satu adunan menghasilkan cupcake yg agak lumayan gak la. K.Nor buat dlm papercup saiz L dan dpt lebih kurang 26 - 28 bj cupcakes. 



K.Nor tak ikut sepenuhnya resipi yg K.Nor ambil kat dapur Ayu ni yg menggunakan Chocolate Frosting, sebaliknya K.Nor guna lebihan buttercream yg kebetulan masih berbaki dlm peti ais. Dari duk bertapa lama2 dlm peti ais, baik kita guna, kan.. Lain kali boleh cuba resipi frosting asal tu pulak.. Tq Ayu for sharing the recipe ya.. Memang boleh dibuat lagi dan lagi nih.. Insyaallah... 

Pertama kali menerai bakar cupcake dlm magic pan.. Alhamdulillah.. menjadi walaupun tak naik membumbung sgt..
Bakar dgn api 'besar sket dr kecil' selama 20 - 25 min sambil alih2kan pan supaya kepanasan rata.

CLASSIC CHOCOLATE CUPCAKE
source : Maya & Ayu
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:-
170g butter-(3/4 cup)
2 cups sugar (-I used 11/4 cup) ~ sama dgn Ayu
3 eggs
2 cups plain flour
1 tsp baking soda + 1 sk baking powder ( k.nor tambah)
1/2 tsp salt
85g cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
11/2 cups milk + 2 sb cuka --> buttermilk (k.nor tambah, utk menghasilkan buttermilk)
2 tsp vanilla

Method:-
Cream butter until softened. Add sugar and beat until light and fluffy. Add eggs, one at a time. Measure the flour, baking soda, salt and cocoa powder into a medium sized bowl and whisk to combine. Add about a third of the dry ingredients to the butter/sugar and beat to combine. Add about half of the milk and beat to combine. Continue adding, alternating between dry and wet and finishing with the dry. Mix in vanilla. Scoop batter into cupcake cups 1/2 or 60% full. Bake at 170C for about 25-30 minutes or until a cake tester comes out clean.

##
K.Nor letak 75 - 80% full (baked 18 - 20mins)

Frosting:-
142g chocolate (5 oz)-(Ayu used Valrhona Dark Chocolate)
86g butter(3 oz)
1/2 cup sour cream
1 tsp vanilla
5-7 oz icing sugar (start with 5 oz and add accordingly) - (Ayu used 2 oz - 21/2 oz-60g -75g)

Method:-
Melt butter and chocolate using a double boiler. Once smooth and melted, gently whisk in vanilla. Whisk in icing sugar, a little at a time. Add in sour cream and cream till its satiny smooth. Keep it aside for a while to thickens. Do give it a stir once in a while.

Sori ya, tahap kerajinan tuan rumah merudum utk mengalih bahasakan resipi ni.. Kalau tak faham sila guna google translate ya.. ^__^

Monday, June 10, 2013

STRAWBERRY PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM...


Dengan satu resipi, boleh menghasilkan pelbagai dessert yg enak... Nyaman masuk anak tekak tambah lg kalau di waktu panas terik maupun utk berbuka puasa. Tapi kalau bercadang nak buat utk berbuka puasa, sila buat awal ya, seeloknya disebelah pagi atau malam sebelumnya sbb panna cotta ni amik masa yg agak lama utk set. Teksturnya seakan dadih, lemak berkrim (tambah lg kalau menggunakan whipping cream), sangat ngam jika digandingkan dgn puri buahan yg masam2. Kalau nak guna buah mangga, cuba cari yg kurang manis (lebih kepada mangga yg sedikit masam). Dan kalau nak guna dragon fruit (pittaya) jgn lupa perahkan sedikit limau kasturi/nipis. Insyaallah lagi mantop rasanya nanti.. ^__^



STRAWBERRY PANNA COTTA II
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Gert@KitchenSnippets


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan heavy cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree strawberi :
10 bj strawberi
2 - 3 sudu kecil gula

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, heavy cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree strawberi.
Blend/mashed buah strawberi, kemudian masukkan gula.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum digunakan.
Utk menghidang, tuangkan puree strawberi ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.

*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih.