f Secubit Garam

Tuesday, October 4, 2011

TOYS LAGI.. ^__^

ASSALAMUALAIKUM...


Benbois French Parcel Post Clip Art
Pic credit to google.. tq..

Pasti ramai dah tau kalau K.Nor letak jer tajuk toys, mesti K.Nor dapat hadiah atau toys lagi kan.. Dah tua2 pun mengalahkan budak2 jer bila dapat toys as a gift gini. Sapa tak syok wehhhh... Sapa yg tak happy kalau dapat gift berupa benda yg kita suka. Tak kira lah mahal ke murah ke.. setiap pemberian org adalah amat berharga kerana hadiah itu datang dr hati yg ikhlas atas sebuah persahabatan yg lahir antara dua manusia. Walau persahabatan di alam maya, insyaallah dgn izinNya mana tau suatu hari nanti menjadi realiti, bertentang mata secara real. Kalau ikutkan persahabatan antara K.Nor dan pemberi hadiah ni baru sangat lagi.. Baru beberapa bulan kalau nak dihitung tapi terasa kemesraannya bila sesekali bersembang di kotak komen dan juga di fb. Yg lebihnya kat fb la.. dpt bersembang dgn lebih mesra hehe

Tak nak la citer panjang2 sangat kisah antara K.Nor dgn si dia ni. Dia pun segan bila K.Nor nak tayang hadiah pemberiannya ni tapi bila K.Nor kata K.Nor takkan mention sapa dia yg sebenarnya baru dia izinkan. Jutaan terima kasih atas semua ni ya.. Tak dapat K.Nor nak balasnya. Terharu sgt bila terima parcel ni tengahari tadi. Katanya hantar barangan kecik2 jer sekali buka ya rabbi... Sendat satu kotak tu.. Macam2 ada dan yg pastinya majoritinya adalah barangan silicon.. yeayyyy!! ai laik! hehe Dia ni mmg tau K.Nor suka dgn barangan silicon, seronok sungguh! Sapa tak seronok dapat barangan yg disukai, pree lak tu.. Nampak gayanya kena tempah kabinet khas la utk semua toys2 K.Nor kan.. Org lain dgn pak royal la, english collection la, cik norita la.. PML la... K.Nor dgn silicon mould aje dah la... hehe 

Jom la layan cuci2 mata dgn hadiah dari obersi ni.. Mekasih sekali lagi dear.. U KNOW WHO U ARE.. Hope our friendship last forever...^__^

 Lots of silicon mould.. yg brown tu bentuk bear, cute!

 Monkey Peeler, silicone spatulas & tongs

 Salt & Pepper Mill Set

 Silicone Egg Ring, rasanya cun gak ni kalau buat pancake hehe

 Flexi Form.. siap dgn buku resipi..

 Ramekins... cun seh... dah lama verangan nak love shape ramekin.. tq.. tq...

Cake & chocolate mould, bentuk butterfly lg tu.. :)

Rasa nak pengsan tengok barang2 ni semua tadi.. Speechless..hehe.. Cantik2 semua kan.. 


Monday, October 3, 2011

ROSE SYRUP PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM..

Kesian sungguh pada pengunjung SecubitGaram ya.. dah malam buta baru tuan rumah dapat hapdet blog. Tuan rumah dah semakin lemau ni.. Kalau kukis yg dah lemau boleh lah dipanaskan balik dlm oven tp mood tuan rumah ni makin hari makin lemau. Haish...  Agaknya petanda nak stop blogging dah tu kut.. hehe..

Ok lah.. berbalik pada entri kali ni.. 1st time tengok Gert tayang Rose Syrup Panna Cotta dia 2 hari lepas terus jatuh cinta, copy dan save resipi. Tau aje la kan, K.Nor mmg pantang tengok org tayang dessert tambah lagi panna cotta. Dah la resipi tu mudah jer, bahan2 semua ada kat dapur, tambah lak cantik jer panna cotta Gert tu posing hasil penggunaan mould dr Royal Selangor Pewter tu. Bagi yg tak tau, Gert merupakan salah sorang peserta yg bertanding dalam GET YOUR JELLY ON anjuran RSP tu (worldwide ni tau.. bukan sembangan ya. hehe). Gert dan 9 peserta lagi perlu menghasilkan setiap hari satu post/resipi yg menggunakan mould dr pewter yg diberi nama Nick Munro selama tiap2 hari sepanjang bulan Oktober ni. Fuh.. mmg challenging betul ler, nak hasilkan 30 resipi/entri tu.. sampaikan Gert kata tak leh nak tidur malam asyik duk pikir resipi apa nak buat.. Hubby Gert yg pandai dlm pertukangan siap buat holder yg cun utk mould tu.. Bagi yg nak tau lebih lanjut bolehlah ke SINI, dan dialu2kan beri moral support pd Gert dlm menjayakan pertandingan tu. Tak lupa, Gert juga menganjurkan GA yg menawarkan kamera digital OlympusVC-110 utk pengunjung yg memberi sokongan kepada penyertaan beliau.. Nak tau lebih lanjut, check kat SINI ya.. All the best to u Gert.. U can do it! ^__^


Sebenarnya kalau nak tau, ni kali ke2 K.Nor buat panna cotta ni. Semalam dah buat, tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Part yg pink tu agak lembik.. K.Nor salah sukat serbuk agar2 kut. Hasilnya tak cun la utk posing. Keluarkan dari mould jer terus anak2 ngap, satu persatu.. Memang sedap dan dia org suka betul dgn rasanya tu. Opsss.. sebenarnya kan... ada edisi derhaka sket masa buat panna cotta yg smlm dan hari ni.. Kebetulan kat dapur ada susu berperisa strawberi, jadi K.Nor guna aje la susu tu utk pink layer. Jadi K.Nor skip part sirap rose tu. Hasilnya sangat mengasyikkan.. anak2 suka sgt dgn gabungan rasa strawberi pd adunan pink dan vanila pada adunan yg putih.. Ampun ya Gert, Nor dah menderhaka sket pada resipi Gert yg sedap ni. Utk yg dibuat kali ke2 ni pun K.Nor masih menggunakan susu berperisa strawberi dan outcome puding ni pun cantik jer, dah tak lembik dah.. (K.Nor lebihkan sket serbuk agar2 dalam adunan pink). Tq Gert for the very nice recipe.. Anak2 Nor mmg suka sgt dgn rasanya.. memang akan diulang buat lagi ni.. hehe..

ROSE SYRUP PANNA COTTA
recipe : Gert
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients for the pink layer:
1 tsp agar agar powder ~ k.nor lebihkan 1/4 sudu teh
150 ml water
2 tbsp sugar – more if you like it sweeter
200 ml milk ~ k.nor guna susu perisa strawberi
1 tbsp rose syrup ~ k.nor skip
1-2 drops of pink coloring

1. Combined the agar agar powder and water and mix well. Cook it over low heat until agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk and sugar. Cook it over medium low heat until sugar dissolve and it come to a slow boil. Add in the rose syrup and coloring. Check the sweetness if it is to your liking. Pour it into the Jelly moulds and let it set.
3. Once it is set, take out the jelly, cut into 4 segments. Put 2 segments of the jelly back into the mould and leave the rest empty. Prepare the white layer.

Ingredients for the white layer:
1 tsp agar agar powder
150 ml water
200 ml milk
2 ½ tbsp sugar – more if you like it sweeter
1 tsp vanilla

1. Combined the agar agar and water and mix well. Cook over low heat until the agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk, sugar and vanilla. Cook over medium heat until it boils. Remove from heat. Spoon the agar agar mixture into the empty sections of the moulds.
3. Let it cool completely in the fridge before serving.


Sunday, October 2, 2011

THE VERSATILE BLOGGER

ASSALAMUALAIKUM...

Erm... Gempak jer tajuk entri kali ni kan.. Hehe.. Demam award kembali lagi, kali ni dgn Award The Versatile Blogger. Award ni K.Nor terima dari Diana Melley May yg cun tu.. Mekasih D atas ingatan utk K.Nor ni. Biasanya ada award adalah tag yg mengiringinya tu.. Rasanya dah banyak kali duk citer hal diri K.Nor dalam tag yg lepas2. Segak lak rasanya tambah lagi dan dah tak tau nak citer apa lagi. Kali ni bg yg betul2 ringkas la ya.. 


1. Thank and link back the person who gave you this award.
     ~ Dah.. tp nak ucap sekali lagi.. Mekasih ya Diana cayang...  :)

2. Share 7 things about yourself on the post. (lemah kepala lutut bab menjawab nih hehe)
    1. tidak suka org yg suka menipu
    2. tidak suka org yg suka amik kesempatan atas kebaikan org lain
    3. tidak suka org yg suka mendesak org lain bila perlukan pertolongan
    4. tidak suka org yg suka menikam org lain dari belakang
    5. tidak suka org yg hipokrit
    6. lebih suka low profile
    7. lebih suka utamakan famili dr mencari keuntungan dunia semata2

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    ~ rasanya dah ramai yg kena tag di sana sinun.. Mana2 yg belum kena tu dan willing nak angkut dan jawab tag silakan lah ya.. Mekasih K.Nor ucapkan.. ^__^

ermm... betul2 ringkas kan.. Harap Diana berpuas hati dan maaf lah kalau ada kekurangan dalam menjawab tag kali ni. Ni pun atas desakan mek Ampang yg suruh hapdet blog.. hehe.. 

Updated:
Selain dari Diana, K.Nor juga dapat award ni dari Wani@Dari Dunia Dapur Ku.. Maaf ya Wani atas kelewatan angkut award ni disebabkan keterlupaan yg melanda diri.. hehe.. Mekasih atas awad ni ya.. :)