f Secubit Garam: CHEESY TART NENAS

N3 Terkini

Tuesday, August 19, 2014

CHEESY TART NENAS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah biasa sgt dgn Tart Nenas versi gulung kan.. Kali ni kita cuba kaedah baru bagi Tart Nenas. Idea ni K.Nor dpt dr Kak Nooriah Naim @ Mak Tok yg tinggal di Brunei nun.. Tak ada bezanya dr Tart Nenas gulung kecuali kaedah membentuk tart dan sedikit penambahan cheese yg diparut yg ditabur di atas tart sebelum dibakar.


Bila ditambah cheese semestinya rasa tart lebih enak, lemak2 masin yg bersekali dgn rasa masam2 manis jem nenas. Nak buat pun senang, kejap jer siap satu adunan. Main gentel2 jer tak serenyah mcm buat tart gulung. 

Resipi yg K.Nor guna ni, adalah menggunakan resipi Tart Nenas Gulung yg selalu K.Nor guna tu cuma ditambahkan sedikit tepung. Kalau utk versi gulung kita perlu doh yg lembut sedikit supaya mudah nak picit tp kalau utk versi gentel bulat ni perlu la ditambah tepung supaya tak terlalu lembut, nanti melekat jer kat tangan..


Selamat mencuba!

CHEESY TART NENAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur

3 1/4 cawan tepung gandum + 3 sudu besar
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
jem nenas secukupnya ~ digentel bulat
parutan keju cheddar secukupnya
papercup

hiasan:
1bj kuning telur *
1 titik pewarna kuning *
1 sudu air * ~ ketiga bahan ini dibancuh sebati

Cara2:
Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar supaya doh mesra.
Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian leperkan sedikit dan letak jem nenas.
Tutupkan balik dan gentel menjadi bulat.
Letakkan ke atas loyang yg dah dialas baking paper dan ulang lg proses membentuk hingga penuh loyang atau sehingga adunan habis.
Sapukan bancuhan kuning telur ke atas tart nenas dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar sehingga masak dengan suhu 175 - 180C.
Angkat dan masukkan ke dalam papercup dan letak atas redai/rack sehingga tart sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


14 comments:

  1. Salam kenal kak nor.

    Sedapnya nampak cheesy tart nenas ni. Hee

    Sy antara peminat blog k.nor dari zaman skolah lg. Sy suka sgt bukak blog k.nor sbb resipi semua best2 and gambar cantik2. K.nor antara inspirasi sy utk buat blog masakan. Terima kasih k.nor and teruskan menulis yer. ♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... alhamdulillah.. mekasih najihah.. :)

      Delete
  2. Hello, I am Francesca and I'm Italian. Congratulations on the blog, there are so many recipe all to copy. From now on I will follow you. if you want to see me go. Thank you.

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    agak2 berapa anggaran berat dough yg dibulatkan ( sebelum dimasukkan jem )
    dan berapa berat jam utk sebijik tart nenas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak pernah timbang.. kena try & error ya

      Delete
  4. salam k.nor..mohon bertanya..knp ye cheese sy cair kt atas biskut?xjd mcm k.nor pun..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w;salam.. mungkin letak rak terlampau dekat dgn besi pemanas atas kut...

      Delete
    2. Saya guna industrial oven..
      Yg boleh masuk 1tray besar..
      Dan x bertingkat..
      So mcm mana yer nak buat cheese tue x cair..

      Kak nor guna cheddar brand aper yer..

      Delete
    3. maaf la.. k.nor pun tk berapa pasti.. mungkin suhu atas tinggi sgt kut.. k.nor tak biasa guna oven industri ni.. biasa guna oven dapur jer.. cheese tu k.nor guna standard cheese yg kat kedai bakeri

      Delete
  5. Salam kak nor..
    Naper saya nyer cheese yg kat atas mencair yer..
    Kak nor ader email or phone number yg boleh dicontact..?

    ReplyDelete
  6. salam k.nor..biskut raya time..mulala terhegeh2 cari resipi kak hihi..terima kasih ya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...k.nor, sy nk tnya kalau kita trus ltak doh dlm papercup sblm bkar bole x? k

    ReplyDelete