f Secubit Garam: BISKUT SAMPERIT SUSU

N3 Terkini

Monday, August 11, 2014

BISKUT SAMPERIT SUSU

ASSALAMUALAIKUM...

Entri pertama setelah cuti raya.. Kita mulakan dengan resipi BISKUT SAMPERIT SUSU. Saja menerai resipi baru (tak la baru kalau dikira dlm pasaran alam maya, tapi baru bg K.Nor sbb ni 1st time mencuba resipi ni) sekadar nak dijadikan tambahan dalam koleksi kukis raya di dapur SecubitGaramNor67 ni..


Resipi ni K.Nor dapat hasil dari google, mula2 terjumpa di dapur Mas, lepas tu Mas dapat dari Ana dan Ana dah edit dari Zack dan seterusnya. Mekasih pada empunya resipi asal Biskut Samperit Susu ni. Terima kasih juga pada yg telah memanjangkan resipi ni.. Memang sedap, lemak dan cair dalam mulut... 


BISKUT SAMPERIT SUSU
sumber asal : Farah Salleh (FB), Zack &  Mas Duniaku
olahan : Anna Qawina
sumber : K.Nor@Secubitgaram

Bahan:
125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

* kebetulan masa nak godek biskut ni, tepung jagung tak cukup. jadi k.nor campur dgn sedikit tepung superfine (k.nor tak guna tpg gandum sbb tepung superfine ni teksturnya lebih halus dari tepung gandum kan..) dan k.nor kurangkan sket sukatan dari resipi asal dan resipi yg Ana dah edit. Alhamdulillah.. biskut yg dihasilkan menjadi dgn elok dan kelopak bunganya tak lepek/benyek. dan tak la terlalu rapuh bila nak pegang :)
* untuk satu adunan penuh (tak ikut sukatan yg Ana dah edit), ni bahan2 yg K.Nor gunakan:

250gm susu pekat manis
250gm butter
390 tepung jagung
90 tepung superfine

* satu tip utk dptkan hasil kelopak yg cantik dan tak collapse masa proses pembakaran.. 
~ picit/paipkan/bentukkan adunan membentuk bunga hingga habis dan biarkan ianya selama 1/2 - 1 jam sebelum dibakar (lg lama lagi baik)
~ dengan cara ni doh menjadi sedikit kering dan kelopak bunga lebih stabil (tidak lepek) bila dibakar..


9 comments:

  1. Assalam..cantiknya bentuk dia..dulu2 pernah jugak buat sbb nak tambah2 koleksi biskut raya..tp sekali jer buat sbb tgk hasil dia x berapa cantik..kelopak dia collapse pastu kene tambah2 adunan tepung balik nak bagi keras..last2 dah x nak try dahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'SALAM juls julie.. biasanya kalau kelopak drop, sbb doh lembik (sebolehnya jgn pukul butter & susu terlalu lama, sekadar utk sebatikan kedua bahan jer..)
      bila dah ditambah tepung, makin lama doh jd makin keras.. susah pulak nak picit kan..

      cuba la resipi ni, dan cuba ikuti tip yg k.nor bg.. mudah2an menjadi dgn elok :)

      Delete
  2. Cantiknya kejadian semperit susu kak nor...

    ReplyDelete
  3. Cantik la knor..boleh cuba ry thn depan..hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik bunganya.... n thanks for the tips nak membakar tu ya Nor.

    ReplyDelete