f Secubit Garam

Monday, July 14, 2014

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

ASSALAMUALAIKUM...

Musim durian kembali lagi.. Sana sinun, berlonggok2 org jual durian di tepi jalan. Masa ke Kota Bharu baru2 ni pun, suasananya sama juga.. Bila tiba musim durian, buahan lain ikut sama keluar spt manggis, rambutan.. dan sayur yg tak terkecuali iaitu petai.. K.Nor bukan peminat tegar durian tp kalau manggis dan rambutan.. org kata mmg antu betul  ^__^


Kebetulan beli ikan patin baru2 ni, terasa nak buat masak tempoyak. Jadi merajinkan la diri menggugel resipi masak tempoyak. Guguel punya gugel, landing kat dapur Azie. Dengan resipi Masak Tempyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh, buat K.Nor teringin nak mencuba. Semua tau kan, kalau bab masak tempoyak, Temerloh la tempat yg pemes. 


Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba resipi Azie ni.. Memang best! Cik Abe yg peminat masak tempoyak siap hirup2 kuah sampai habis.. ngeeee... Tambah lagi digandingkan dgn sambal belacan, terung yg digril dan ulam raja. Kedua2nya dr my little farmville.. Terung tu gril biar hangus2 sket.. lagi wangi bau dia.. perghhh.. Ni jer la menu yg dimasak aritu.. Simple tp sangat menyelerakan 

Mekasih pada Azie yg berkongsi resipi, izinkan K.Nor share kat sini ya..


MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN Versi Asli Temerloh
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

* utk sekor ikan patin, k.nor guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak


Thursday, July 10, 2014

DAGING DENDENG PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sebut tentang Daging Dendeng, teringat suatu masa dulu K.Nor pernah masak menu Ayam Dendeng. Masa tu, dah abis SPM. Dah tak ada rezeki nak masuk menara gading, duk rumah belajar masak2 jer la. Dah lupa dapat dari mana resipi Ayam Dendeng tu, kalau tak silap dari rancangan masakan kat tv kut. Arwah ayah K.Nor suka sgt makan Ayam Dendeng ni. Walaupun renyah nak membuatnya, tapi bila org makan dgn berselera mmg cukup puas hati kan..

Cara masaknya pun lebih kurang dgn Daging Dendeng, yg mana ayam perlu direbus dahulu, kemudian diketuk sekadar pecah2 jer. Pastu digoreng kejap dan lepas tu baru dibuat sambal atau bumbunya.. Memang sedap.. Nanti la kalau berkesempatan atau kalau angin ghajen datang, K.Nor try balik buat menu tu dan post kat dapur alam maya ni :)


Berbalik pada menu kali ni, Daging Dendeng Pandan oleh Ummi Zaihadi.. memang syok layan masakan ni.. Menyelerakan, tambah lagi pekena dgn nasi putih panas2.. Ratah aje lagi la sedap hehe...K.Nor cuma buat separuh jer dr resipi di bawah ni. Almaklum ler.. yg makannya hanya 2 mulut aje.. Yer la.. zaman kembali berdua ni.. Kalau time weekend baru meriah sikit kalau anak2 dan menantu balik :)

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.


Tuesday, July 8, 2014

OREO CHEESE DELIGHT

ASSALAMUALAIKUM..

Sekali lg menu berkait dgn cheese. Memang antu cheese nih.. :)

Weekend baru2 ni duk verangan nak buat dessert yg ada cheese. Kebetulan Along dan isteri dia serta Naim ada balik, so si tukang masak merajinkan diri menggodek demi nak melepaskan gian nak mendessert.. Kalau buat time berdua jer dgn cik abe mana syok, nanti sapa nak tulun perabiskan. Bila anak2 ada ni, lain citernya kan.. Lagipun, time menantu ada ni la nak membuli dia hehee.. Tak ada la.. tak buli pun, ajak dia bantu jer.. Lagipun dia suka jer bantu K.Nor memasak atau mendessert, sekurangnya dia dpt belajar dlm masa yg sama.. Tak gitu :)


Sambil bukak entri dessert yg lepas2, K.Nor cuba combinekan resipi lain hasil dari kerja menggoogle. Alhamdulillah.. lahir satu resipi yg menggunakan bahan asasnya biskut oreo, cream cheese dan whipping cream. Rasanya seakan oreo chilled cheesecake. K.Nor tak buat sebiji yg besar tapi gunakan gelas2 comel yg saiznya besar sedikit dr biskut oreo dan kebetulan ada lebihan adunan cheese, K.Nor gunakan dessert cup. Bila buat dlm bekas kecik2 gini, senang nak makan, tak perlu potong2..


Bagi penggemar Oreo Cheesecake atau dessert yg berkait dgn cheese, jom cuba resipi mudah ni.. Insyaallah, saaaaaaaaaaangat sedap ^____^


OREO CHEESE DELIGHT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 pek biskut Oreo (asingkan 3 keping utk dikisar)
250gm cream cheese
40gm gula castor
250gm non dairy whipping cream
12gm serbuk gelatin ~ k.nor guna halalgel  
50ml air panas
1 sk jus lemon (boleh gantikan dgn lemon paste)
1 cawan susu segar ~ panaskan sebentar

Cara:
Masukkan gelatin kedalam mangkuk berisi air panas. Kacau sebati dan biarkan kembang.
(Sekiranya masih ada ketulan bolehlah dipanaskan sekejap dgn kaedah double boil)
Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan.
Pukul pula cream cheese bersama gula castor dlm mangkuk berasingan hingga gebu.
Masukkan gelatin dan juga jus lemon.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi kedalam adunan cheese.
Gaul dengan spatula sehingga keduanya sebati.

Cara assemble :
Masukkan adunan cheese kedalam piping bag.
Paipkan sedikit adunan ke dalam gelas/mangkuk.
Celupkan sekejap oreo ke dalam susu fresh (jgn celup terlalu lama nanti biskut menjadi lembik) dan letakkan di atas adunan cheese tadi.
Paipkan kembali adunan cheese di atas biskut oreo dan ulang sekali lg step sebelumnya.
Ikutlah nak buat berapa layer yg disukai, mengikut kesesuaian gelas/mangkuk yg digunakan.
Buat sehingga habis.

Hiasan:
Ambil 3 keping biskut oreo dan buangkan cream yg ditengahnya.
Kisar dlm pengisar kering hingga halus.
Taburkan di atas Oreo Cheese Delight yg telah siap tadi dan sejukkan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

nota:
1. cream cheese : boleh guna philadelphia (kraf) atau tatura
2. 12gm serbuk gelatin lebih kurang 1 1/2 sudu besar (gunakan sudu metrik ya)
3. susu segar boleh digantikan dgn susu tepung yg dibancuh dengan air suam