f Secubit Garam

Saturday, November 12, 2011

CHOCOLATE BANANA MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM....

Mekasih diucapkan pada semua yg dah wish pada Along dan serta K.Nor semalam. Tak terucap dgn kata2 bila lihat ramai yg memberi komen baik di fb maupun di entri smlm. Bertambah lagi terharu bila baca tu. K.Nor faham hati sorang ibu mmg mudah tersentuh kan.. Semoga anak2 kita semua akan menempa kejayaan yg cemerlang di dunia dan di akhirat hendaknya... amin...


Ok lah.. meh layan cuci mata dgn mapin mudah dan sedap ni. Resipi amik kat rumah Rima. Takyah la perkenalkan lagi sapa Rima tu kan. Tak ada org boleh challange hasil tangan dia kalau bab kek lapis. Memang melopong la tengok betapa halusnya lapisan kek tu.. Bukan kek lapis jer, semua sentuhan dia hebat2 kejadiannya. Rima, bukan bodek ya.. tp kenyataan.. dan jugak bukan dengki atau busuk hati tapi sangat kagum! hehe..

CHOCOLATE BANANA MUFFINS
source : Rima
source : K.Nor

Ingredients:
1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
1/4 cup (30 grams) cocoa powder - i used cocoa berry
1 cup (200 grams) granulated sugar ~ k.nor letak 3/4 cawan jer
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/4 tsp salt
2 large eggs, beaten lightly
1/2 cup (113 grams) butter - melted and cooled
3-4 ripe bananas (about 400-450 grams), mash with a fork
1 tsp pure vanilla extract - I use vanilla essence

Garnish (optional):
Chocolate chips ~ k.nor tambah hirisan badam

Method:
1. Preheat the oven to 200'C (I used 180C) Prepare muffin paper cup (bluder cup) or a baking sheet covered with paper muffin cups for cupcakes to a smaller size. Set aside.
2. In a large bowl, sift flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt. Add sugar. Mix well. Set aside.
3. In another bowl, combine bananas, eggs, melted butter and vanilla. Stir well. Pour wet ingredients into the flour mixture and stir gently with rubber spatula. Stir just enough to mix it.
4. Pour batter into paper cups. Sprinkle chocolate chips on it. Bake in preheated oven for 30 minutes or until cooked. Do the prick tests with a clean toothpick or stick. Remove from oven. Serve warm.


Friday, November 11, 2011

MY HERO IN YOUTUBE ! ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Pagi tadi tengok kat wall K.Nor di fb ternampak Along K.Nor share satu link dr youtube. Tak tau pulak hal ni dari awal sbb dia tak mention apa2 pun pada K.Nor. Lagipun sekarang ni dia berada di Mesir, menghabiskan cuti raya haji seminggu kat sana (insyaallah esok balik semula ke Jordan) Kalau ikutkan plan asal dia nak mengerjakan haji pada tahun ni, tahun terakhir pengajian kat Jordan tp dek kerajaan Jordan tak bagi visa utk student bawah 30 jadi tak tercapai hajatnya tu..Memang K.Nor dan Along agak sedih dan terkilan dlm hal ni tapi bila pegang yg Allah tak mengizinkan lagi, takper lah.. Alhamdulillah semua dah ketentuan Dia kan..


Berbalik pada video yg ditayangkan ni, rupanya rancagan Kampus Dunia menayangkan proses pembelajaran di   U yg Along study, Jordan University of Science & Technology (JUST). Di tayangkan camana proses pembelajaran pelajar2 Malaysia dalam jurusan Pergigian dan salah sorang yg terlibat adalah anak sulong K.Nor Mohd Shukri Tolahah atau lebih mesra dgn panggilan Along di kalangan famili K.Nor. Insyaallah ni adalah tahun terakhir pengajiannya dan akan tamat pada bulan Jun tahun depan. Alhamdulillah.. sekejap jer masa 5 tahun hampir berlalu. Tak sabar gak menunggu kepulangannya kepangkuan kami semua.


Kalau nak tengok yg mana satu Along K.Nor ni, cuba tengok kat minit 6.38 -6.56. Anak muda yg berkaca mata tu la My Along! hehe.. Tak terucap dng kata2, berbaur rasa perasaan. Sebak, terharu, bangga dan rindu pun ada pada anak yg sorang ni... Sebelum ni hanya tengok gambar2 still jer dia dgn uniform doc tu. Tapi kali ni bila tengok secara 'life' dia duk 'bertugas'.. ermmm...hebatnya anak mak! Tahniah Along dan semoga Along teruskan kecemerlangan bila balik bertugas di tanahair ya...

Terima kasih buat yg sudi melayan video tu.. Saja la K.Nor letak kat sini utk kenang kenangan kami seisi keluarga di masa akan datang. Dan rasanya kena letak gambar still gak, mana tau suatu hari nanti video tu terpadam atau dideletekan.. kan..

Along... mak, ayah dan adik2, sangat2 bangga dgn Along.. We all luv u ^___^

Dan tak lupa, sekalung ucapan tahniah juga buat semua pelajar2 lain iaitu rakan2 seperjuagan anak K.Nor yg sama2 menuntut di JUST.. Semoga terus sukses dlm bidang yg diceburi... amin... 





BERTAUT KASIH LAGI...

ASSALAMUALAIKUM....

Otak dah beku, payah betul nak cari idea nak ngarang. Bila dah lama bercuti mula la payah nak susun ayat. Mood nak update atau blogging pun suam2 kuku jer. Tak update kang, kesian gak kat pengunjung SGN67 (Jah, pinjam ayat ya... hehe) Ikutkan hati nak bercuti gak menemankan 2 org mekyung nun. Teman bercuti jer la.. bukan teman utk sama2 jd mekyung.. tak mo dah.. insyaallah.. Dah sampai masa utk berehat, bagi peluang pada adik2 la pulak kan..

Ok.. berbalik pd entri hari ni, sori la ya... ni menu tertunggak. Sepanjang tak bersiaran ni, mmg masak dan mmg  ada adegan tembak menembak. Cuma tak ada adegan mengedit gambo dan mengarang jer. Lemau betul bila time nak ngedit gambo.. Dah upload tp simpan jer dlm fail. Kalau ikutkan semalam dah plan nak panaskan enjin balik (tu pun setelah dirayu2 dek CT@Zaliedana kat pesbuk hehe..) Tapi sebab semalam kurang sihat sket, kepala berdenyut cam nak pecah jer, terus terpadam niat nak menghapdet. Jadi pagi ni kena kuatkan gak semangat nak buat semua ni. Kalau makin dilayan makin la menjadi2 kemalasan nak masukkan entri. Kang mengalahkan org peknek lak yg tengah mabuk tu... hehehe.. 


Puding Kasih Bertaut ni K.Nor buat pd malam raya. Kiranya juadah raya la tp bukan utk kat rumah ni tp utk rumah PIL dan rumah adik kat K.Berang. Hari raya tak buat juadah banyak pun, K.Nor cuma buatkan puding ni dan juga Daging Goreng Berempah utk dimakan bersama ketupat palas ( buat kat pasar ya.. :) Biasalah raya haji tak beria2 sgt juadah yg disediakan, cuma ala kadar jer. Sapa2 yg nak resipi sila klik link kat nama masakan tu ya...  TQ...

Butterflies in Butterfly ^__^