f Secubit Garam

Friday, January 1, 2010

Moist Banana Bread

Nama nya Moist Banana Bread, tp bila makan tak rasa cam makan roti pisang. Lebih kepada mcm rasa kek pisang. Apa pun rasa dia sedap dan nak buat pun mudah sgt. Semua main godek by hand gitu jer. Tak perlukan mixer pun. K.Nor amik resipi kat rumah AmFlora. Juga letak choc chips spt yg Am buat. Bagi yg kurang suka manis cukup dah rasanya kalau guna 1/2 cawan jer gula. K.Nor buat tu pun guna 1/2 cawan gula gak tp bila ada tambahan choc chips terasa gak manisnya tu.

Am, Nor nak tepek resipi tu kat sini lak ya.. mekacih :)


MOIST BANANA BREAD
3 or 4 ripe bananas, smashed*
1/3 cup melted butter*
1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)* (maybe 1/2 cup lagi ok)
1 egg, beaten*
1 teaspoon vanilla*
1 teaspoon baking soda*
Pinch of salt*
1 1/2 cups of all-purpose flour
**
Preheat the oven to 350°F (175°C).With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.Mix in the sugar, egg, and vanilla.Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.Add the flour last, mix.Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan. Bake for 1 hour. Cool on a rack.Remove from pan and slice to serve.

* K.Nor bakar tak sampai pun 1 jam. Lebih kurang 45 min jer. Mana2 yg nak cuba tu test dulu bila cukup 40/45 min. Kalau dah tak melekat bolehlah dikeluarkan dr oven.

Nasi Beriani


Jom makan nasi beriani. Menggunakan resipi Nasi Beriani Karam by CMG. Memang cerewet pembuatan nasi beriani ni tp hasilnya cukup memuaskan hati. Bukannya ada apa2 sambutan pun buat nasi beriani ni. Saja2 jer, lagi pun esok Naim dah nak balik ke asrama.

Che Mat, mintak izin ya nak letak resipi kat sini. TQ

NASI BERIANI KARAM
by CMG

2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....

Door Gift Dari Ros

N3 pertama di tahun baru 2010...


Terima kasih buat Ros atas pemberian door gift ni bersempena perasmian 'rumah' alam maya baru Ros. Memang cukup menggembirakan bila berkunjung ke rumah baru Ros ni. Dengan suasana serba baru yg indah terutamanya bila dpt meninggalkan jejak kat rumah tu. Masa Ros guna multiply dulu punya la frust tak leh nak komen kat n3 Ros. Dah try acapkali nak sign up tp tak lepas2. Agaknya akak tak bayar pengeras kut Ros :)

Dengan terbinanya rumah baru ni diharapkan Ros akan lebih sukses dan berterusan mencipta pelbagai resipi2 baru yg lazat2. All the best buat Ros sekeluarga..