f Secubit Garam: cendawan
Showing posts with label cendawan. Show all posts
Showing posts with label cendawan. Show all posts

Monday, October 15, 2012

GULAI LEMAK UDANG DGN NENAS & CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM...


GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm udang ~ dibersihkan
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in kunyit ~ ditumbuk
sedikit belacan
1 sudu besar cili mesin
2 batang serai ~ diketuk
3 - 5 bj cili api ~ diketuk/belah dua
1/4 bj nenas ~ dipotong kecil
cendawan tiram secukupnya
garam
sedikit gula ~ jika suka

Cara:
Masukkan 1 cawan air dgn sedikit santan pekat bersama nenas ke dalam periuk dan masak hingga nenas lembut.
Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali cendawan kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
Masukkan cendawan dan biarkan seketika barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan.

Friday, February 24, 2012

NASI GORENG TOMYAM & CENDAWAN GORENG TEPUNG (Denuanza)

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ni K.Nor nak share satu resipi nasi goreng dan menu sampingan yg mudah disedikan dan insyaallah sedap dimakan. Terpandang menu ni kat rumah Denuanza baru2 ni sebelum ke Darul Quran, terus copy dan save. Maaf ya Cida, tak sempat nak mintak izin nak copy resipi, K.Nor dah try dan siap post dah ni. 


Kalau biasanya kita makan nasi goreng dgn keropok ikan/keping (ini stail org Ganu) atau dgn ayam goreng atau telur mata, tapi kali ni K.Nor ikut stail Cida makan dgn cendawan goreng. Resipi yg Cida kongsikan tu adalah resipi olahan dia dr sebuah blog chef lain, biasalah kan, masak memasak ni tak leh tidak, kena gak oleh situ sini, depend pada bahan yg ada kat dapur kita ataupun kerana nak ikut selera ahli dlm rumah kita, kan. Dan spt Cida juga K.Nor pun ada olah sket dr resipi Cida tu, harap Cida tak keberatan ya.. Mekasih buat Cida yg sudi berkongsi resipi Nasi Goreng Tomyam dan Cendawan Goreng Tepungnya tu. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi nanti sbb mmg best nasi goreng ni, cuma kalau yg nak cepat tu, payah sket la sbb nak goreng cendawan ni mmg amik masa sket.. Tp kalau nak makan gitu aje atau makan dgn ayam goreng pun sedap gak tau.. Jom try Nasi Goreng Tomyam dan Cendawan Goreng Tepung dr Cida@Denuanza ni..




NASI GORENG TOMYAM
resipi : Denuanza
sumber : K.Nor
Bahan2
2 mangkuk nasi putih sejuk
sedikit ayam, udang ~ k.nor letak udang jer
sepeket perencah tomyam adabi
1 btg serai- hiris
carrot- potong dadu ~ k.nor sagat
1 sudu besar sos tiram
1 helai daun limau purut dihiris atau dicarik2
1 biji telur
2-3 biji cili api hiris ~ k.nor belah 2

Cara:
Panaskan sedikit minyak, masukkan pes tomyam + sos tiram.
Kacau kejap sampai agak garing, masukkan serai + daun limau purut.
Masukkan telur, biarkan masak sedikit pastu terus kacau sampai hancur.
Masukkan ayam- biar empuk
Masukkan udang- biar sampai masak
Masukkan carrot dan cili api, pastu masukkan nasi.
Gaul sebati
Hidangkan dgn cendawan goreng tepung.



CENDAWAN GORENG TEPUNG
resipi : Denuanza
sumber : K.Nor

1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu)
1 senduk tepung beras
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah / lada hitam

-gaul semua bahan di atas sampai sebati
masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna

Utk cendawan ni:
sepeket cendawan
1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir!

- gaul2 cendawan ngan telur
-pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung tu..(tepung tu x yah bancuh)
-goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan