f Secubit Garam: SAMBAL TEMNPOYAK DAUN KAYU

N3 Terkini

Thursday, November 21, 2013

SAMBAL TEMNPOYAK DAUN KAYU

ASSALAMUALAIKUM...

Perghhhh... asyik!! Memang enak banget! ehhh silap... sepatutnya ucapannya adalah ALHAMDULILLAH... memang sedaaaaaaaaaaaaap sgt menu ni. Pekena dgn nasi panas2, pastu ada ikan goreng.. tu sudah cukup sedap.. Kalau ada pelakon tambahan spt ikan kering dan sambal belacan.. lagi2 laaaaaaaaaa sedap.. boleh bertambah2 nasi yg dimakan.. Kalau nak diet jgn makan lauk ni ya.. Memang boleh langgar abis diet hehee


Dah lama nak buat menu kampung ni, asyik tertunda jer. Kebetulan smlm masa gi pasar nampak org jual daun kayu yg segar bugar... terus rembat 2 ikat. Masa nak masak baru belek resipi, rupanya boleh diletak petai.. Padahal sang petai dah melambai2 kat meja penjual, K.Nor wat derk jer sbb mata petai tu teramat ler besornya... Kalau petai padi baru best.. Pastu sempat lagi berlintas langsung dgn empunya resipi (sapa lagi kalau bukan Duta JALEN) hehee... Tanya itu ini tentang resipinya ni. Alhamdulillah.. Che Mat baik hati, melayan soalan2 yg K.Nor tanyakan.. Mekasih Che Mat ya..


Pada sesiapa yg ada stok tempoyak tu, jom godek menu yg teramat sedap ni. Mekasih sekali lg buat Che Mat atas perkongsian resipi yg enak ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini pulak ya.. psst.. mmg kena buat lg lepas ni.. kena cari pucuk ubi dan petai.. Biar lg ummphhh kan.. ^___^

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
resipi : CMG@TiffinBiru

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

Cara membuat :
Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.....



8 comments:

  1. Assalammualaikum kak syg,mmg xblh stop dpt lauk ni sdpnya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...lama x buat meleleh airliur bile singgah kt dapur k.nor ni...=)

    ReplyDelete
  3. Assalam nor..masakan yang selalu akak buat ni..ye la kan..memang asal dari negeri akak ni..kalau ada kenduri pun tak tinggal lauk ni
    Memang sedap dan sesuai kalau ada ikan masin nor

    ReplyDelete
  4. alahai terliurnya tengok kak..terus lapar perut ni.

    ReplyDelete
  5. salam kak nor..glupppppppppp...memlm singgah sini..naya ni..heheheh..xde pelakon tambah pun xpe kak nor..lauk ni je dh buat bertambahh..huwaaaaaa

    ReplyDelete
  6. as salam...feveret saya ni...hehehe..kalau makan ngn nasi panas2..mesti bertambah2...terliur tgk...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nor..

    Palehhh..menu ini memang hancusss diet. Ni pe-be-ret hubby.Maklum la dia owang pahang.Menu gini memang sebati dgn dia. Cuma style pahang buh terung pipit, daun kaduk la..tapi idak ler wajib..ada buh..xde okey je...

    ReplyDelete