f Secubit Garam

Thursday, December 31, 2009

Langkawi .. Part 4

DAY 3 @ LANGKAWI ISLAND ~ 2nd episode

Masih lagi di hari ke 3 di Langkawi.. Ada yg loya dah ke.. Harap2 tak ada la ya.. Ina, citer akak 7 hari 7 malam baru abis tau! ngeeeeeeee...

Adegan seterusnya di Makam Mahsuri.

Jom kita masuk tp kena bayar tiket dulu ya...

Pemain muzik gamelan menyambut ketibaan pengunjung.

(Sebenarnya terdapat Muzium Mahsuri di sini yg mana kat dalam tu diceritakan secara bergambar kehidupan Mahsuri bermula dr Mahsuri dlm kandungan ibunya hingga lah saat kematiannya. Juga terdapat barang2 lama yg digunakan pd masa tersebut)

Makam Mahsuri


Telaga Mahsuri

Proses pembuatan kuih karas yg secara tradisional, menggunakan tempurung kelapa yg ditebuk lubang2 yg halus jer.

Kuih peniram/peneram/telinga kel**g.. ntah lah yg mana satu betul.
Diterap menggunakan acuan donat jer tu.



~~~~~~~ x ~~~~~~~


Itu la sedikit sebanyak episod di Makam Mahsuri. Sikit2 dah la ya, kita pergi ke episod seterusnya pulak... :)

Setelah selesai di Makam Mahsuri, K.Nor singgah sebentar kat kedai menjual ubatan berasaskan gamat yg terletak di persimpangan menuju ke Makam Mahsuri td. Tak ingat la pulak nama kedai tu. Kat situ ada ditunjukkan cara2 membuat minyak gamat.

Usahawan gamat cilik sedang mengacau minyak gamat ^___^

K.Nor cuma beli 2 botol krim (panas) susu kambing + gamat dan 2 botol bedak sejuk gamat jer.


Tamat episod ke 2 untuk hari ni.. to be continue :)

Langkawi .. Part 3

DAY 3 @ LANGKAWI ISLAND ~ 1st episode

Tempat pertama yg nak dituju selepas sarapan adalah Makam Mahsuri. Dalam perjalanan tu ternampak Snake Sanctuary yg terletak tak jauh dr Makam Mahsuri. Masa kami tiba tu tak ramai sgt pengunjung. Kebetulan pulak pertunjukan ular baru jer bermula. Sempat gak la kita org tengok sekejap pertunjukkan ular tu tp tak la happening sgt. Sanctuary ni pun tak happening gak, biasa2 jer.

Nah, sapa berani pegang...eiiii....

aik.. ni bukan takat pegang lagi dah.. sejuk tengkuk tu...

ermm ... kalau dpt wat handbag ni cantik gak..


pssssssssst!!!!!!

Betapa tajam tu gigi, sekali ngap.. ermmmm.... rabak!

Hai!!

Selain dr ular terdapat gak serangga2 dan reptilia lain kat tempat ni. Cukup la tu gambar ya, nak tengok lebih2 kena g sendiri :)

PopCorn

Jom makan popcorn homemade. Dah beberapa kali buat tp baru kali ni sempat posing. Resipi by Aludra MyR. Buat satu cawan jagung dpt satu bekas besar, sangat menjimatkan.

POPCORN by Aludra MyR
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]: Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan ye.

Untuk Coklat [Optional]: Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.