f Secubit Garam

Monday, June 7, 2010

Death By Chocolate Cake

Ada org nak kek? Kek cekelat dgn deco yg simple2 jer. Buat khas utk Naim sempena brithday dia yg ke 17 baru2 ni. Buat lewat sket dr birthday dia sbb malam Ahad tu baru dia balik dr asrama. Kali ni K.Nor mencuba Death By Chocolate Cake, resipi dr Nanee Mrs Dayat MyR. Selama ni mmg duk tengok jer org hantar report kek ni kat MyR. Nak buat tp tak sampai seru. Tapi bila Ijah dan Che Mat dah tayang yg dia org buat rasa cam diseru2 nak kena buat gak.. hehe..

Alhamdulillah.. menjadi gak kek yg nama dia agak gempak nih walaupun whipped cream tak berapa menjadi. Tak per la, yg pentingnya kek ni tetap sedap dan enak dimakan.


DEATH BY CHOCOLATE CAKE BY Mrs Dayat Myr

Bahan-bahan ( loyang 9" )
  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit


Sunday, June 6, 2010

Ikan Taucho CMG


Masa makan lauk ni td teringat waktu K.Nor berkampung kat IJN sebelum ni. Kebiasaannya kalau K.Nor g beli lauk kat cafe IJN, lauk Ikan Masak Taucu yg K.Nor pilih. Bukan la rasa lauk tu 5* tp K.Nor ni kureng sket kalau bab lauk2 ayam dan boring gak tengok lauk2 yg bersantan yg banyak kat situ. Tu yg selalunya amik ikan masak taucu dgn daun salad sbg ulam.

Utk resipi Ikan Taucho ni K.Nor ceduk dr rumah Che Mat Gebu yg semakin fofular skrg ni. Tahniah buat Che Mat, bukan senang tu nak 'masuk' dlm majalah Jelita. Tak lama lagi mesti keluar majalan lain pulak tu.. hehe Berbalik pd resipi ni, K.Nor masak menggunakan ikan selar dan taucu tu pulak K.Nor tak campak direct tp K.Nor tumbuk dulu. Pastu tambahkan sedikit cili api utk menambahkan sedikit rasa pedas. Memang enak.. Luqman yg agak memilih sket bila makan pun boleh cakap sedap lauk ni tadi.. Memang tak rugi mencuba resipi ni, simple tapi sangat sedap!


Che Mat, mintak izin ya nak share resipi tu kat sini.. Mekasih..


IKAN TAUCHO
by Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera

Roses Card From Love

thankyoucardfrlove2cook
Cantiknyer!!!! Tq Love kerana sudi hadiahkan kad bunga ros ni. Tapi sebelum tu nak ucapkan tahniah utk Food & Live terutamanya kepada Love sbb dah mencecah setahun usia blog Love tu kan.. Semoga Food & Live terus unggul dlm blogging dgn menghasilkan lebih banyak resipi yg sedap2 terutamanya resipi ayam.. hehe.. ingat ayam goreng, ingat Love kan.. mesti ramai yg setuju pendapat K.Nor ni.. Dan masih ingat lg kita mula berkenalan kat MyR masa kes puding dulu .. kan.. hehe.. mmg happy dpt berkenalan dgn Love nih.. anak2 pulak sweet belaka, mesti mummy & daddy dia org ni cun dan smart kan.. hehe...