Penyejuk anak tekak, Mango Iceblended. Bancuh jer jus mangga pastu blend bersama ketulan ais hingga hancur. Tuang ke dalam gelas, siap!Thursday, December 31, 2009
Mango Ice Blended
Penyejuk anak tekak, Mango Iceblended. Bancuh jer jus mangga pastu blend bersama ketulan ais hingga hancur. Tuang ke dalam gelas, siap!Wednesday, December 30, 2009
Langkawi .. Part 2
Meh kita sambung cerita ceriti holiday kat Langkawi, Part 2 pulak ya.. Tapi masih lg Day 2 kerana satu hari suntuk kita org ronda2 pulau ni. Sebenarnya selepas sarapan kat hotel kita org tak terus sewa kereta. Tempat yg pertama dituju selepas sarapan adalah klinik gigi utk mencabut gigi Luqman yg mana pagi tu dia mengadu sakit gig. Tengok2 gigi gerham susunya yg sebelah bawah dah goyang tanda gigi kekal dah tak sabar2 nak keluar. Kesian dia, tak leh nak makan sgt masa sarapan. Tu yg kita org terus bawak dia ke klinik gigi. Maka dgn itu tertinggal la 'harta' Luqman kat pulau yg bakal menjadi kenangan buat dia nanti.. ^__^
Ok tak leh panjang sgt mukaddimah, banyak gambar2 yg bakal dipertontonkan utk kali ni. eh.. sebelum tu K.Nor hidangkan la snack dan minuman buat semua yg sudi 'menonton' n3 malam ni.. Sue, akak tunggu bun pandan tak sampai2 so akak buat aje la popcorn ni ha.. Love, no lychee smuti malam ni ya.. malam esok la pulak kut :D
Ok tak leh panjang sgt mukaddimah, banyak gambar2 yg bakal dipertontonkan utk kali ni. eh.. sebelum tu K.Nor hidangkan la snack dan minuman buat semua yg sudi 'menonton' n3 malam ni.. Sue, akak tunggu bun pandan tak sampai2 so akak buat aje la popcorn ni ha.. Love, no lychee smuti malam ni ya.. malam esok la pulak kut :D
K.Nor dah siapkan popcorn dan mango ice blended ni. Sila la ya, sambil2 menonton tanyangan yg agak panjang sket malam ni. Jom..................DAY 2 @ LANGKAWI ISLAND ~ 2nd episode :)
Sekarang ni berada kat Oriental Village Geopark tempat di mana boleh menaiki kereta kabel hingga ke puncak gunung(?)
Ni la bangunan yg menempatkan hentian pertama cable car. Nampak tak umat yg ghamai tu duk beratur.. ermmm...... ramai sungguh!
Setelah 1jam lebih beratur baru la boleh sampai ke peringkat terakhir utk menaiki cable car ni.. jenuh menunggu...sabo aje la ya.. bukan senang nak naik keter kebel nih...
Haa... time nak sampai kat 'tiang' ni ler yg gerun sket, dia punya henjatan tu.. fuhhhh.. kecut perut tau!
Angah, amik gambar ayah lak..Kang tak dok kenangan ayah naik keter kebel ..hehehe
Ni hentian ke 2, K.Nor tak turun masa sampai kat sini tp teruskan naik hingga ke hentian terakhir (hentian 3)Hentian ke 2 ni K.Nor pergi masa on the way nak turun.
Okey.. Dah sampai ke puncak pun. Tengok tu 710m paras laut tu...Berada di puncak nan tinggi!!! Sejuk dan berangin kat sini.
Ni jambatan gantung yg menghubungkan antara 2 puncak gunung (?) Hanya disokong oleh kabel2 yg bergantungan tu. Nak ke situ kena turun anak tangga yg tinggi dan jauuuuuuh gak perjalanan.. meh ikut ... (Sapa yg gayat tak yah la g situ )
Haa..ni dia laluan ke jambatan gantung tu. Jauh gak ni nak sampai dah la tinggi. Memang semput nafas dan lenguh lutut nak mendaki balik ke atas.
Suasana atas jambatan gantung dgn angin yg kuat sampai K.Nor kena sentiasa pegang tudung. Kalau tak mmg melayang la tudung :)Terasa gak jambatan tu bergoyang2 ditiup angin kencang...
Pemandangan yg boleh dilihat bila menaiki cable car, Telaga Tujuh..Jauh gak ni tp bila diambil cara zoom nampak dekat jer kan..
Sebenarnya ada gajah kat taman gajah di dlm taman ni, tp waktu melawat dah abis. Masa tu dah hampir pukul 7ptg. Kalau tak boleh naik gajah :)
~~~~~~ 0 ~~~~~
Sekian episod utk malam ni. Kita sambung malam esok lak ya. Letih akak duk mengedit, meng upload gambar2. Kalau ikutkan banyak lagi gambar2 yg nak dipostkan tp tak larat dah. Cukup la yg tu utk malam ni. Banyak dah tu. Dah abis popcorn? Air pun abis gak? Ish3.. Pi balik rumah masing2 dan minum aje air kat rumah ya.. akak dah ngantuk ni. Nak tutup panggung dulu..... Jumpa lagi!!
fuhhh!!! pecah rekod.. hampir 4 jam dihabiskan utk siapkan n3 ni. Bermula dgn editing gambar hingga la ke publish..
fuhhh!!! pecah rekod.. hampir 4 jam dihabiskan utk siapkan n3 ni. Bermula dgn editing gambar hingga la ke publish..
Ayam Masak Rempah Maklang
Dah lebih dr seminggu dapur diberi MC. Cukup la tu kan.. kita kerjakan dia la semula. Kita mulakan dgn menu Ayam Masak Rempah dr Maklang Azie ni. Bahan2 nya simple jer. Ada kelainan sket pada rasa disebabkan penggunaan rempah 4 beradik, rempah kari dan daun kunyit. Alhamdulillah rasa masakan ni sedap.. Kalau ikutkan resipi asal dr Maklang, dia cuma cakap bahan2 yg diperlukan aje. Tak ada sukatan tertentu. So pandai2 la ngejas banyak mana nak diletak bahan2 tu ya.. Kalau K.Nor letak sukatan K.Nor kang, org kata K.Nor pandai2 ngejas resipi org. Pastu ada pulak yg kata K.Nor suka ngaku hak milik resipi org lain.. ermmm.... Org yg banyak PhD ni susah sket, serba tak kena org lain tu.. kan.. kan...
Terima kasih buat Maklang yg sudi berkongsi resipi masakan bondanya ni.. Mintak izin ya Maklang nak letak resipi tu kat sini.
Ayam Masak Rempah ~ resipi asal by Maklang
1 ekor ayam ~ digoreng separuh masak supaya isi ayam tak hancur
Bahan Kisar
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Jintan halus } disangai dan diblend
Jintan kasar }
Kari daging
Serai – titik
Daun kunyit – dicarik2
Kicap kipas udang
Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga)
Asam keping
Air asam jawa ~ k.nor guna asam keping jer
Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan jintan2 tadi dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan kari daging rempah 4 sekawan dan beberapa titik kicap…biarkan seketika sehingga masak…masukkan skit air asam jawa dan campakkan serai, daun kunyit.
Subscribe to:
Posts (Atom)











