f Secubit Garam: inti
Showing posts with label inti. Show all posts
Showing posts with label inti. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

ROTI JALA BERINTI DAGING

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama plan nak buat roti jala yg ada inti nih.. Duk KIV manjang, akhirnya bila smlm ehh.. bila 2 hari lepas K.Nor buat Roti Jala (buatnya 2 hari lepas dan baru post ke blog smlm ya.. ) dan dimakan bersama Kari Ayam, K.Nor buat sebahagian dr adunan tu dan isikan inti daging sebelum menggulungnya. Alhamdulillah.. sangat sedap, kalau cicah dgn kuah Kari Ayam, laaagi la sedap! Inti ni boleh kita pelbagaikan, nak guna isi ayam pun boleh.. Terpulang pada citarasa masing2.. 


Utk menghasilkan roti jala yg tebal sket supaya nak menggulung nanti inti tak mencuri2 keluar perlu pekatkan sedikit adunan. Sebab tu K.Nor guna susu segar berbanding air biasa. Kalau guna santan pun ok. Kalau kita guna semua sekali air, adunan agak cair sket dan jala yg dihasilkan agak halus dan nipis. Kalau nak tambah sukatan tepung supaya lebih pekat pun boleh. Pandai2 la agak ya.. :)


ROTI JALA BERINTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna gred A
1/2 sudu kecil garam
inti daging secukupnya
pewarna yg disukai

Cara:
Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur dan garam kemudian ditapis.
Bahagikan kepada berapa bahagian mengikut berapa warna yg nak digunakan.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5 - 10 min.
Masukkan adunan ke dalam acu roti jala atau botol mayonis 3 muncung.
Panaskan non stick frying pan dan tebar adunan ke atasnya.
Bila roti jala dah masak, angkat dan terbalikkan ke atas papan pencanai atau dulang.
Letakkan 1 sudu kecil inti daging dan gulung seperti menggulung roti jala kebiasaannya.
Buatlah sehingga habis.
Enak dimakan begitu saja atau dicicah dgn kuah kari.

* seeloknya adunan/batter dikacau dgn menggunakan handwisk supaya lebih cepat sebati dan tidak berketul.
** k.nor lebih suka terbalikkan roti jala yg dah masak sebelum digulung. dgn cara ni, permukaan atas roti jala lebih cantik.
*** selain dr menggunakan susu segar boleh juga diguna santan.


Sori lah, ni gambar lama yg diambil dgn hp. K.Nor buat inti ni sebelum Ramadhan lagi aritu .
Buat siap2 dan letakkan dlm freezer, time nak guna, senang jer sbb dah ada dlm freezer kan.. :)

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt karipap, pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi.. 


Monday, October 17, 2011

INTI KARI AYAM (KARIPAP DLL)


ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dulu pernah ada yg minta K.Nor post resipi inti daging/ayam yg pernah K.Nor gunakan dlm membuat bun, roll dan lain2.. Biasanya kalau buat inti K.Nor main campak2 jer, tak ada sukatan khusus. Kebetulan baru2 ni buat Karipap (Don Tun Telani) jadi, K.Nor cuba la sukat lebih kurang bahan yg digunakan.  Kali ni K.Nor gunakan ubi keledek menggantikan ubi kentang. Terpulang pada citarasa masing2 samada lebih suka inti yg diletakkan keledek atau kentang ya.. Dan kalau nak buat inti daging, gantikan aje ayam kisar tu kepada daging kisar. Utk pengetahuan juga, K.Nor selalunya guna daging/ayam kisar brand Ramli. Insyaallah lebih diyakini.. 


INTI KARI AYAM DGN KELEDEK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~  brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..

Selain dijadikan inti karipap, Inti Kari Ayam ni atau Inti Sardin boleh digunakan utk menghasilkan:


 





 


Selamat Mencuba ^___^

Friday, July 29, 2011

SARDINE ROLLS & The Making..

ASSALAMUALAIKUM...

Dah breakfast belum? Kalau belum meh bf dgn roti yg menjadi pojaan hati K.Nor ni. Eh semua yg lain suka gak kecuali Luqman.. Kalau si anak dara, mmg duk tunggu jer roti ni masak, mmg pebret dia gak. Roti2 yg ada letak sardin mmg kita org suka sangat, tambah lagi bila dibuat rolls gini dan dimakan panas2. Kalau menggunakan resipi BASIC DOH yg selalu K.Nor guna ni, dah sejuk pun (walau the next day) roti tetap lembut. Dengan syarat la, kena letak dlm bekas bertutup atau letak dlm plastik bag supaya tak terdedah pada udara. Roti mana2 pun kalau letak secara open air pun akan kering dan keras kan.


Meh layan sedikit gambar The Making yg sempat di shoot semalam.





Twin Sardine Rolls

Yg ni K.Nor letak 2 gulungan yg hujung2 tu dlm 1 papercup sbb yg hujung biasanya kecik sket. Kalau letak 1 jer rasanya tak sesuai sbb cup tu agak besar. Bila makan yg ni seketul pun dah sendat perut.. hehe

INTI SARDIN

Bahan: 
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang  ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.
** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..