f Secubit Garam

Tuesday, April 19, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Goreng

ASSALAMUALAIKUM...

Jom cuba resipi Ikan Cencaru Sumbat Goreng yg wangi dgn bau daun kunyit ni. Insyaallah, sedap dan menyelerakan dimakan nasi putih panas2..


IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.




Penang CKT

ASSALAMUALAIKUM...

Tayangan amal Penang CKT special utk Mamamya@Lia yg bertanyakan CKT K.Nor tadi. Dua hari lepas Lia tayang CKT yg cik abgnya masak, kebetulan K.Nor mmg plan nak masak CKT gak utk berbuka smlm. Disebabkan kekurangan ghajen nak hapdet tu yg tertangguh ke pagi ni... eh.. dah nak tengahari kan.. hehe..


Cam biasa, resipi CKT K.Nor guna yg Che'Iza punya. Memang suka dgn rasa CKT bila guna resipi Iza ni.. mmg sedap. Baru2 ni beli la CKT kat Simpang Tok Ku. Masyaallah.. cikit bebenor CKT tu tak padan dgn harga 4 hengget sepiring.. Terasa rugi sungguh beli CKT mlm tu. Si anak dara kata baik mak buat, dah la sedap, banyak, makan pun kenyang (tu ayat si anak dara membodek si emak hehe) Udang 2 ekor, kerang pun ciput jer.. kue tiaw? boleh bilang kut berapa helai.. Kuah jer yg lebih.. Boleh cepat buat rumah batu la tokey warung tu.. ish... tak baik merungut, kan.. Tapi nak buat camna, memang agak kecewa la dgn duit yg dikeluarkan. Kalau mahal sket tak per asal sedap dan kenyang makan.. ermm.. dah la ek.. Moral of the story, kena la ghajen kan diri godek sendiri CKT kalau terasa nak makan ^___^


Jemput jamu mata ya, nak offer pun semua dah S E L A M A T ..... ^____^

Monday, April 18, 2011

Konyakku Jelly

ASSALAMUALAIKUM...


Dessert utk penyejuk tekak, Konyakku Jelly. Resipi K.Nor ambil kat rumah Rima lama dah rasanya. Saja nak menerai buat jelly dari serbuk jelly. Sebelum ni K.Nor buat Konyakku Jelly yg readymade dlm pack, dah sedia ada gula. Rasanya agak pejal sket berbanding yg readymade tapi tetap sedap tambah lagi kat dalam tu K.Nor letak buah mangga yg dipotong kiub. Enak jer dimakan sejuk2.


Thanks Rima for the recipi. K.Nor nak share kat sini utk mudahkan rujukan di lain waktu.. Tq ^__^


KONNYAKU JELLY
source : Rima

Ingredients
15 gm. Konnyaku jelly powder
80 gm. fine sugar
170 ml concentrated fruit syrup (i used fruit syrup fm lychee's can)
730 ml. water

Method:
Mix konnyaku powder with sugar and stir well.
Boil water with fruit syrup till it boils.
Pour in konnyaku powder and sugar mixture and stir till dissolves.
Place cut lycee into mini jelly moulds and pour mixture.
Leave to set.
Chill before serving.

Dalam kehijauan ada kebiruan.. nampak tak? nampak tak?
^____^