f Secubit Garam

Tuesday, March 8, 2011

Wun Mamuang ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert

Sapa ada stok buah mangga kat rumah? Buah mangga ya, bukan buah pisang (terutamanya pisang dr lori terbalik dpn flat hehe) Kalau tak ada, sila rembat buah mangga kat kedai/pasar/pasaraya ya.. Sangat tak rugi mencuba puding ni. Syok abis layan time cuaca panas (tapi arini sepanjang hari duk hujan jer kat Ktrg ni.. alhamdulillah.. hujan rahmat) Makan sejuk2... wahhh manyak shedap!!


Resipi hasil cilok kat rumah Yat Maria. Tengok ajer terus jatuh cinta nak buat. Tapi tak terus buat aritu sbb dah ada menu lain yg duk que kat dpn sekali) Seperti biasa, tak derhaka tak sah. K.Nor terbalikkan kedudukan layer puding ni sbb nak letak yg jelly/jernih duk atas. Lagi pun bila dimasukkan potongan mangga kat dalam tu, lebih cantik yg jelly/jernih duk atas dan yg puding duk bawah. Nak tengok versi asal sila klik kat link Yat Maria di bawah ni ya..

Tq Yat coz dah share resipi puding yg mabeles ni. Mintak izin ya, nak kopipes kat sini pulak utk rujukan di masa akan datang..

WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert
source : Yat Maria
sourse : K.Nor@SecubitGaram

Bottom layer
1T plain agar-agar powder ( T = tablespoon)
375ml water
50g sugar
250ml coconut cream
250ml mango puree

Top layer (My bottom layer in pic)
1 T plain agar2 powder
375ml water
1t pandan essence
60ml mango puree
pinch of salt
2- 3 tablespoon sugar ~ yg ni k.nor tambah

Method
Bottom layer -
Bring to a boil on a slow fire all ingredients except mango puree. Stir often
When sugar has dissolve, remove from fire & set aside to cool halfway. Add mango puree & mix well.
Pour mixture into mould 3/4 full. Chill in fridge for 20 mins (I didnt - just left it room temp to semi set before I add the top layer...works fine for me)

Top layer-
Bring to a boil pn medium fire all ingredients except mango puree. Stir often. Add pinch of salt. Stir mango puree.
Pour carefully & slowly onto semi set bottom layer. Allow to cool at room temp & chill thereafter in fridge till set firmly.
You may add mango slices in top layer for added variety.

Serve when set completely.


** updated:
maaf ya, K.Nor lupa nak mention yg aritu buat K.Nor ada letak gula dlm adunan top layer (adunan tanpa santan) . Letak dlm 2 - 3 sudu besar, rasa dulu adunan ikut selera masing2, baru lah tuang dalam loyang. tak leh nak beritau sukatan gula secara tepat sbb bergantung pd kemanisan buah mangga yg digunakan..


From Pancake To Cake ^___^

ASSALAMUALAIKUM....



Pancake versi baru! Transformasi dr pancake menjadi cake.. Tengok kat blog mana dah lupa (sbb lupa nak bookmark atau save draf masa jumpa tu) tuan blog tu buat pancake biasa digandingkan dgn red velvet cake yg dibuat bentuk pancake. Memang cantik tp katanya tak berapa sedap batter red velvet tu dibuat pancake. Dia lebih suka kalau batter pancake diletakkan pewarna merah bila dimasak hasilnya serupa gak dgn warna merah si red velvet.. ermm ada faham ka? Ayat ku dah berpusing2 nih.. Harap2 faham la ya.. kalau tak faham, angguk jer buat2 faham hihihiii


Adunan pancake ni spt biasa menggunakan resipi Pancake Hajar. Bagi sesiapa yg dah pernah cuba resipi pancake tu mesti tau kelembutan dan gebuan pancake Hajar tu.. Bagi yg belum mencuba, silakan... Insyaallah sedap dan tak rugi mencubanya..

Love in the heart :) 


Monday, March 7, 2011

Mihun Rebus Ala Kampung

Ada sapa2 berpuasa arini? Meh kita berbuka sama2 dgn Mihun Rebus Ala Kampung yg juga nama glamernya Mihun Chalong. Chalong adalah panggilan bagi homemade fishball. Kalau org Tganu suka buat fishball menggunakan ikan selayang. Kalau nak buat mihun ni dan rasa kurang rajin nak perisi ikan selayang, boleh juga guna ikan tenggiri tapi fishball yg menggunakan ikan tenggiri tak sesedap/semanis fishball ikan selayang.


Tak mau cakap banyak, nak gi siapkan air lak ni. Jom tengok resipi Mihun Rebus Ala Kampung ya..

MIHUN REBUS ALA KAMPUNG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 bungkus mihun - celurkan sekejap & toskan
300gm isi ayam
* 300gm isi ikan selayang/tenggiri
* 1sk tepung jagung
* 1/2 sk garam
* 1sk serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - diketuk
telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
1 kiub pati ayam
2 liter air
sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
daun saderi

#utk lada kicap:
5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
5sb kicap manis
4 sb cuka

Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
Utk buat bebola ikan*, ambil isi ikan (buangkan semua tulang dan jugak kulit ikan). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
Utk membuat lada kicap, hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..

* juga sangat sedap kalau dimakan dgn sambal kicap