f Secubit Garam

Monday, March 7, 2011

Mari Melabur...

ASALAMUALAIKUM...

Di sini K.Nor amik kesempatan utk menguarkan satu berita yg bakal memberi pulangan atau keuntungan besar bagi mereka yg ingin menambah kekayaan. Bukan kekayaan di dunia maksud K.Nor tapi kekayaan atau bekalan utk kehidupan kita di alam akhirat, alam yg pasti kita tempuhi satu masa nanti.

gambar dr blog Liza

K.Nor dpt info ni dr Liza@Cun09, yg mana sebuah surau bakal didirikan di Kg Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu. Kerja2 menimbun tanah dah pun selamat dijalankan dan skrg sdg dlm proses membuat longkang. Sukacitanya lah andai teman2 blogger atau kepada pengunjung SecubitGaram dapat sama2 merebut peluang membeli saham dlm pembinaan surau ni. Ikhlaskan diri kita semua utk mencabut sedikit dr duit simpanan atau duit belanja harian atau duit dapur utk sama2 membeli saham yg bakal memberi pulangan besar buat kita di akhirat nanti. Kalau nak bagi banyak lagi bagus kan, lagi banyak saham yg dilaburkan lagi tinggi pulangan dari Allah nanti.. insyaallah.. Boleh juga melabur atas nama kedua org tua kita dan andai ada di antara org tua kita yg dah pergi terlebih dahulu, hadiahkan ganjaran tersebut mereka..insyaallah akan sampai kepada mereka nanti..

Bagi para lelaki yg merokok tu, kalau selama ni hari2 duk labur kat tokey rokok, apa kata amik peluang ni melabur pulak kat syarikat Allah ni. Kalau lah yg ada niat nak berhenti merokok tu, panjatkan lah doa mohon keberkatan atas duit yg disalurkan agar Allah mengizinkan utk anda berhenti terus. Allah amat berkuasa atas tiap2 sesuatu, mudah2an doa anda dimakbulkan.. Bagi blogger yg baru/bakal dpt rezeki dr Nuff/Innity, jom la laburkan sedikit dr hasil blogging tu. Insyaallah duit yg kita dapat tu, akan lebih berkat dan mudah2an Allah gandakan lagi rezeki kita nanti. Apakata uar2kan juga pada teman sepejabat/kenalan maupun keluarga/sdara mara supaya dia org pun boleh turut sama membeli saham akhirat ni, kan.. :)

Tapak surau di Kg Losong Panglima Perang, K.Trg.

Dah terbuka hati nak melabur dalam saham ni? Alhamdulillah.. jgn tangguh2 ya.. Ni no acc yg perlu digunakan utk penyaluran duit pelaburan saham tu.. RHB Islamic Bank Berhad 21306160003093 Insyaallah, setiap duit yg disalurkan akan digunakan sepenuhnya dlm pembinaan surau ni. Kalau ada yg bermurah hati nak salurkan bahan2 binaan atau apa2 sumbangan berbentuk material spt alatan letrik dan sebagainya boleh lah berhubung dgn Liza (dgn meninggalkan komen di blog beliau di SINI) Mari lah kita sama2 membeli saham utk menjadi bekalan kita walau saham ini tiada sijil, tiada pengesahan bertulis.. insyaallah keuntungannya akan kita perolehi seperti mana yg dah dijanjikan Allah (dgn syarat, hendaklah kita ikhlas dan tidak riak dgn amal yg kita lakukan ni) Semoga setiap pelaburan anda akan mendapat ganjaran dan keberkatan dlm kehidupan di dunia dan di akhirat.. amiiin....



Sunday, March 6, 2011

Steamed Soft Banana Cake

ASSALAMUALAIKUM..

Tayangan amal di malam hari, Steam Soft Banana Cake. Memang dah lama simpan resipi ni dlm draf. Tiap kali belek2 bahagian draf terpandang resipi ni, nak cuba tp tak datang seru org kata.Last2 bila Ummi tayang kek dia minggu lepas, mula la terseru nak buat. Pastu Ita pulak buat.. ermmm lagi laaaa geram tengok kek Ita.. Mas pun dah buat gak kan.. Hari Khamis gi pasar tani sambar pisang berangan sesikat. Pastu siap pesan pulak ahli dlm rumah ni, jgn makan sampai habis pisang tu. Kalau tak pesan, gerenti tinggal kulit jer la.. Nasib baik dah pesan siap2, boleh la buat kek ni.


Sebelum tu hari Jumaat baru2 ni siap call Ummi tanya teksture kek pisang ni, samada berat atau ringan. Bukan apa, K.Nor plan nak derhaka kat resipi hehe.. K.Nor nak buat bahagian putih tu duk kat atas bila kita terlangkupkan kek tu. Jadi la cam salji di atas puncak bukit! hehee.. Alhamdulillah.. ok jer bila tukar kedudukan bahagian putih duk atas.. Pastu kan.. ermm.. cam biasa la.. kalau tak derhaka tak sah! Saja2 gatal tangan tambah coklat chips kat bahagian kek pisang tu. Kek pisang kalau digandingkan dgn coklat mmg sgt2 sedap! Tapi utk mengelakkan kek jd terlebih manis, K.Nor kurangkan sukatan gula perang. Rasanya ngam2 jer, tak manis meleting..sedap! Opsss ada sket lagi proses kederhakaan kat kek ni. Bahagian putih tu sepatutnya diletak air kan.. K.Nor tukar pada susu fresh, utk lebih rasa lemak2 gitu pd kek ni. Try la pd sapa2 yg teringin nak cuba buat kek ni pulak ya.. Insyaallah lebih sedap kek ni nanti..


Mintak izin ya Rima, K.Nor nak share resipi tu kat sini dan pada yg nak mudah faham, Ummi ada translate resipi ke Bahasa Melayu. Boleh tengok kat SINI..

STEAMED SOFT BANANA CAKE
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

B
3 small eggs
100 gm. brown sugar ~ k.nor letak 75gm
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour)
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil
35gm chocolate chips ~ yg ni k.nor tambah


Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water ~ k.nor guna susu fresh
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour)


Method
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.
(5) Serve


* kaedah K.Nor (utk menghasilkan bahagian putih terletak atas bila kita tonggengkan/terbalikkan kek)
buat bahagian B dahulu dan kukus, lepas tu baru buat bahagian A dan kukus lagi hingga masak.
* k.nor sarankan utk bahagian putih tu, pukul dgn mixer utk menghasilkan teksture kek yg lebih gebu dan lembut.


Udang & Sotong Bersos Plum

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah buat dgn udang, dah buat jugak dgn ikan. Kali ni gabungkan 2 seafood, udang & sotong.. terhasillah hidangan yg menjilat jari, Udang & Sotong Bersos Plum. Masih menggunakan resipi dr CMGebu Udang Bersos Plum. Mekasih Che Mat sbb dah share satu resipi yg sangat mudah disediakan dan menjadi kegemaran K.Nor sekeluarga. Rasanya ramai yg dah cuba resipi menggunakan sos plum ni dan telah berulang kali buat terutamanya Lieza :)


Mintak izin ya Che Mat nak share sekali lg resipi asal tu kat sini.. Tq...

UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
5bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.