f Secubit Garam

Monday, December 3, 2012

NEOPOLITAN COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah.. akhirnya dpt juga menayang kek yg gebus gebas, cair dlm mulut.. kek yg menjadi kegemaran seisi keluarga ni.. Ni kali ke dua K.Nor cuba bermain2 dgn resipi asal iaitu COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE dgn memberi sentuhan neopolitan pada rupa parasnya.. Kali pertama dulu pernah buat versi DOUBLE LAYER COTTON SOFT JAPPANESE CHEESECAKE.  Kalau dlm versi asal/original dah acapkali buat dah.. Saja ler, gatal tangan nak memberi sentuhan berlainan dr yg kebiasaan.. hehe




Bila diperhatikan kek ni, seakan kek alunan kasih jer, berombak gitu layernya.. Ni kes nak cepat, gi tuang adunan seterusnya tu tanpa berhati2 di tepi loyang, jd ia tenggelam situ sini.. hehe.. tp cun gak bila nampak neopolitan versi alunan kasih kan.. cuma tak ada outline hitam yg memisahkan antara satu layer dgn layer yg lain jer seperti KEK ALUNAN KASIH .. 


Kepada penggemar ciskek, jom ler cuba kek yg mabeles ni.. kek yg bertambah enak bila dah bermalam dlm esbok.. ermmmm........ nyaman sekali ^__^

COTTON SOFT JAPPANESE CHESECAKE
sumber : Alma MyResipi

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


* Utk hasilkan kek versi neopolitan seperti yg K.Nor buat:
- bahagikan kek kepada 3 bahagian
- satu bahagian dicampur dgn 1/2 sudu kecil chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix)
-  satu bahagian lagi dicampur dgn 1/2 sudu kecil esen vanila
-  adunan ke tiga dicampur dgn 1/2 sudu kecil strawberi emulco dan sedikit pewarna pink/merah
- masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan
- akhir sekali tuangkan adunan pink/merah ke atasnya dan ratakan

Thursday, November 29, 2012

FRUIT JELLY again...

ASSALAMUALAIKUM...


Dessert yg pernah jd fenomena satu ketika dulu.. ermm.. adalah dlm akhir2 tahun 2010 kut selepas K.Nor post entri INI.. Alhamdulillah.. itu lah manisnya berkongsi sedikit ilmu yg Allah pinjamkan.. Senyum sendirian bila tengok di sana sini, situ sinun org duk tayang Fruit Jelly hasil tangan masing2.. Tumpang seronok sebenarnya tapi bukan tumpang bangga. Buat apa nak bangga, kang timbul riak.. Tak baik riak2 nih.. lagipun semua yg elok2 tu datang dr Allah jua.. kan. Dan terima kasih pada Yani MyResipi@Decochoco yg berkongsi resipi pada permulaannya.. Dari resipi yg Yani share kat MyResipi, dah K.Nor olah mengikut citarasa K.Nor dan akhirnya K.Nor stick dgn resipi tu.. Apapun, terpulang pada masing2 nak ikut resipi asal dr Yani atau yg dah K.Nor olah.. tak ada paksaan okay :)

Bagi yg nak tengok step by step utk menghasilkan Fruit Jelly ni boleh klik kat SINI ya...



Kali ni K.Nor tak buang orange pulp (tak tapis perahan jus oren) utk memberikan efek yg lebih real pd  jelly ..

FRUIT JELLY 
resipi : Yani MyR

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

** Ni resipi yg K.Nor edit sbb K.Nor buat guna agar2 serbuk seberat 10gm sepeket

FRUIT JELLY

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml < air + jus limau >
7 sudu besar gula
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah, boleh juga jika nak gantikan dgn sedikit pewarna kuning)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masak semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Wednesday, November 28, 2012

UDANG CELUP TEPUNG

ASSALAMUALAIKUM...

Biasanya kat Tganu ni pemes dgn ICT (Ikan Celup Tepung) terutamanya di area Teluk Ketapang dan di Kg Penarik pun mmg satu port yg juga pemes kalau nak makan ikan celup tepung. Dengan menggunakan ikan atau seafood lain yg segar yg baru didaratkan oleh para nelayan sekitar, menjadikan ICT di situ mmg best. Biasanya ikan celup tepung ni menggunakan bancuhan tepung spt yg selalunya kita guna utk menggoreng pisang, cempedak, sukun dan juga ubi keledek.


Kali ni K.Nor nak share satu resipi hasil olahan dr resipi2 menggoreng cendawan dan juga ayam yg pernah K.Nor cuba sebelum ni. Bancuhan tepung yg dihasilkan banyak gak la tp tak jadi hal sbb lebihan tepung tu boleh disimpan dlm peti ais. Masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm peti ais, insyaallah tahan lama. Time nak goreng, keluarkan dan guna.. mudah jer kan.. Selain menggunakan udang, bancuhan tepung ini boleh juga digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi (spt yg K.Nor buat dlm gambar di bawah nun... Terpulang pada stok bahan2 di dlm esbok dan juga pada selera anak tekak masing2 ya...

Udang dan Bendi  Celup Tepung

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 

Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.

*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..