f Secubit Garam

Sunday, March 13, 2011

Mihun Goreng Taucu

Plan nak bg MC kat dapur tak berjaya sepenuhnya. Setakat utk lunch jer bg MC, time dinner MC ditarik balik.. hehe.. Dah banyak hari duk teringin nak buat Mihun Goreng Taucu tapi asalnya nak guna resipi Mee Hoon Goreng Taucho CMG. Dah salin resipi, simpan balik. Nak dgn tak nak buat tu sama banyak. Kes tengok dlm resipi Che Mat tu kena buat paste cili dulu.. ermmm... kurang rajin sungguh nak buat paste. Padahal bukan susah atau cerewet pun nak buat paste tu, saja jer nak malas2kan diri dr buat hehe..


Last2 petang td, dah tak pikir nak buat paste lg dah. Terus jer godek mihun ni dgn kaedah sendiri. Tumis jer rempah cam nak goreng mihun biasa2 tu, pastu tambah jer taucu dalam rempah tumis tu. Ok per.. hehe.. Tak yah susah2 nak buat paste. Kalau dah kurang rajin tu gak.. mcm2 alasan la kan.. Tak kisah lah.. Mihun Goreng Taucu pun dah siap, dah abis licin dibedal 5 beranak. Tanya dia org sedap ke tak, SEDAAAAAAP! haaa... tu dia jawapan dia org.. Kalau tak sedap takkan licin kan.. hehe

MIHUN GORENG TAUCU

300gm mihun ~ direndam hingga lembut dan toskan
isi ayam ~ dipotong kecik
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
2 sudu besar udang kering * (diblend)
2 biji tomato ~ dihiris
3 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 biji telur
sayur kobis ~ dihiris
1 1/2 cawan air
garam dan gula
minyak

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan goreng sekejap.
Masukkan bahan bawang besar dan udang kering yg diblend.
Goreng hingga kering dan pecah minyak (minyak kena guna lebih sket sbb kalau guna udang kering, biasanya udang menyerap minyak). Boleh gak masukkan sedikit air utk menghasilkan tumisan pecah minyak.
Masukkan buah tomato yg dihiris, taucu, sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Goreng lagi hingga sedikit kering.
Masukkan telur yg dah dikocok. Biarkan seketika baru lah dikacau.
Masukkan sayur kobis dan mihun. Masukkan juga air, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 hingga mihun sebati dgn rempah tumisan.
Masak sehingga air/kuah kering dan mihun masak.
Angkat dan hidangkan.

*hati2 nak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari taucu, sos tiram dan kicap cair.

Jus Roselle

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak ada show masakan ya.. Alhamdulillah, dah kekenyangan hasil makan kat kenduri kawin. Meh la layan Jus Roselle.. homemade ni. Dengan menggunakan bunga roselle yg ditanam sendiri.. eh.. silap.. benih jer aritu K.Nor tanam pastu bila dah besar sket K.Nor export ke rumah MIL. Tau aje la duk rumah flat ni camna nak menanam. Dah cuba tanam dalam pasu tp tak berapa nak idup. Pastu ada 2 anak pokok roselle balance bagi ke Ben aritu, K.Nor bg ler ke MIL mintak dia tanam. Dah bagi sebelum tu, cuma hidup sepokok jer. Kali ke 2 bagi tu, alhamdulillah.. dua2 hidup. Jadi ada 3 pokok semua.

2 minggu lepas masa kenduri pertungan SIL, baru perasan pokok roselle tu dah mula keluarkan bunga, banyak gak tu.. Alhamdulillah.. Kalau nak tau benih roselle ni dr Mesir. Anak K.Nor mintak tolong kawan dia yg duk Mesir belikan bunga roselle kering, semata2 nak bg cik abg minum bagi menurunkan kadar tekanan darah tinggi dia tu. Alhamdulillah.. mudah jer benih tu tumbuh dan hidup. Benih dr Kuantan yg abg K.Nor bagi (bunga fresh , tp K.Nor dah asingkan benih kering) tak nak pulak hidup. Yg jauh lagi mudah hidup, berkat dr tanah arab kut.. hehe


Tiga hari lepas gi rumah MIL, K.Nor petik la bunga roselle yg besar dan tua tu.. Alhamdulillah.. dpt bawak balik seplastik kecik. Dari bunga tu, K.Nor rebus dan jadikan pati roselle dan dpt hasilkan jus roselle homemade.. Sedap! Jemput minum :)

Saturday, March 12, 2011

Menu Org Kurang Rajin

Kesian pulak duk layan Cucur Udang Geragau jer dari pagi td kan.. Nak buat camna, tuan rumah@tukang masak cuti dr main masak2 tengahari tadi. Almaklum lah.. dah start cuti sekolah ni, org amik peluang buat kenduri kawin. Hari ni aje K.Nor ada 2 jemputan kenduri kawin, yg satu area K.Trg ni dan satu lg di Dungun. Yg Dungun tak leh nak pergi, dgn hujan yg kejap lebat kejap reda dari pagi sampai ke petang. Tambah pulak anak dara ada kelas tambahan sepanjang minggu ni. K.Nor cuba pergi kenduri yg kat KTrg ni jer. 


Bila dah cuti masak lunch, nak masak utk dinner pun jd kureng rajin ler.. Last2 buat aje laa Kuetiau Rebus. Alhamdulillah.. kenyang gak ler perut 5 beranak :) Tak per la ya, tayangan malam ni dgn menu simple gini. Dari tak ada langsung n3 utk petang/malam ni kan.. Esok pun belum tentu dpt masukkan n3 sbb awal2 pagi nak kena hantar MIL dan SIL ke airport, dia org nak mengerjakan umrah. Pastu tengahari ada 2 lagi kenduri kawin.. Nampak gayanya MC lagi dapur ku.. ^____^