f Secubit Garam

Friday, March 4, 2011

Ayam Serai Pedas

ASSALAMUALAIKUM...

Salam petang Jumaat buat semua.. Kejap jer, dah Jumaat semula.. Tuan rumah tak nak cakap banyak arini tak per kan.. Nak balas komen kat n3 lepas dan campur dgn tak ada idea nak pot pet ni.


Resipi Ayam Serai Pedas ni K.Nor amik kat rumah Mas yg mana asalnya dri Irose MyResipi.. Mekasih buat keduanya ya... Fedback dari cik abg dan anak2, pedas dan sedap. Dia org mmg suka lauk2 sambal pedas2 gini.. Jom layan...

AYAM SERAI PEDAS
Resepi asal : irose@myresepi.com
sumber : Mas & K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
3 keping dada ayam - ambil isi sahaja (k.nor guna 1/2 ekor ayam yg dipotong kecil2)
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar

1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar

1 camca sos ikan @sos nampla
1 camca sos tiram
Secubit gula
Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam (sama dgn Mas)
sedikit perahan limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

* ayam tu K.Nor gaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tp tak terlalu garing.



Thursday, March 3, 2011

Rainbow Pudding

ASSALAMUALAIKUM...

Pantang tengok puding kat rumah org lain, mula la terasa nak memuding gak. Bahan2 semua ada kat dapur, dpt la godek puding ni. Mudah dan sedap, tp tak derhaka mmg tak sah. Rasanya org dah boleh tau tang mana K.Nor suka derhaka kan.. Yep.. semestinya tang sukatan gula tu.. Rasa cam banyak jer 170gm tu, jd K.Nor letak 10 sudu jer gula. Sori ya Gert, Nor mmg tak suka manis2 sgt.. hehe..


Hasil pelangi tak berapa cun sgt. Terlalu nipis jadi kaler cam nak bercampur jer. Kena lebihkan adunan setiap kali masukkan dalam loyang. Sapa2 nak tau cara nak bentukkan puding jadi cam pelangi, sila klik link kat nama Gert tu ya.. Gert ada tunjuk camna dia letak loyang masa tuangkan adunan puding. K.Nor tak amik gambar the making sbb adunan puding ni cepat mengeras. Kena lapiskan cepat2 ya.. Rasanya next time nak buat lagi puding ni, biar betul2 cantik pelanginya, baru rasa puas hati :)

Hasil potongan biasa2 :)

Tq Ger for sharing the recipe :)

RAINBOW PUDDING
recipe: Gert
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:
13 gram agar agar powder
800ml water
170 gram sugar ~ k.nor letak 10 sudu besar jer
3 pandan leaves
300 ml milk
3 eggs
1 tbsp custard powder

1. Bring the water, pandan leaves and agar agar to boil. Let it boil for 3 minutes and remove it from heat and let it cool down a bit. Remove the pandan leaves.
2. Beat eggs with a whisk; add in the milk and custard powder. Mix well. Pour the mixture through a sieve into the agar agar mixture. Stir well.
3. Add in the sugar, put the pot back to the store and bring it up to boil again. Remove from heat.
4. Divide the mixture into 3 equal portions. Color one with pink, yellow and green or any color of your choice) Place your tray or mould for the pudding slightly slanting in an angle (you can use a book – refer to pix).

Cendawan Goreng Cili Api

Resipi asal dari rumah Dayang Jack tapi K.Nor amik kat rumah Mas. Pedas dan sedap.. Cuma sedikit lembik  la sbb cendawan tu digoreng hingga kering airnya. Rasanya lain kali K.Nor nak goreng kejap jer rempah tumis dgn cendawan sbb K.Nor suka cendawan yg tak lecur sgt. Apapun mekasih Dayang ya.. K.Nor nak share resipi tu kat sini utk dijadikan rujukan lain kali.. :)


CENDAWAN GORENG KUNYIT CILI API
resipi : Dayang Jack
sumber : Mas & K.Nor


Bahan-bahan :
200 g cendawan tiram putih (dibersihkan dan dihiris)
10-15 biji cili api hijau
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil sos tiram
sedikit garam
1 sudu kecil gula
sedikit air asam jawa

Cara-cara :
Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering.
Setelah itu, angkat dan hidangkan.