f Secubit Garam

Saturday, December 4, 2010

Episod Bayar Hutang

Dah agak lama berhutang dgn Mokwo yg nak tau rupa paras perisa blueberry. Dan minggu lepas lak berhutang dgn Zila66 yg nak tau rupa minyak zaitun yg K.Nor guna. Maaf la Mokwo sbb lama betul baru boleh bayar hutang padahal gambo dah lama shoot. Terperap dlm folder. Bila nak letak n3 ttg minyak zaitun ni baru perasan balik yg tak bayar lg hutang Mokwo tu..


Ni dia rupa perisa blueberry yg Nor guna. Beli kat kedai baking, mmg dah rebottle gini. Kiranya cam esen la ni Mokwo tp dlm bentuk yg lebih pekat dr esen ros. Pekat atau dalam kata lain lebih likat. Guna pun tak banyak sikit jer sbb ia likat dan dah cukup aroma dan rasa blueberry dlm dessert kita. Kalau nak buat mana2 puding blueberry dan tak ada blueberry boleh la guna perisa ni dan tambahkan pewarna purple. Insyaallah rupa ia tetap cam puding blueberry cuma lebih ummph kalau kita guna blueberry yg ori la hehe


Dan ni pulak minyak zaitun yg ada dlm simpanan Nor, ya Zila. Nor belum pernah guna lg minyak zaitun dlm masakan. Jakun sket dlm bab nih.. hehe.. Nor pun tak tau jenis ni bagus atau tidak. Sebab yg ni dpt masa membeli sambil menderma (kalau ikutkan tak baik kan beritau yg kita menderma tp terpaksa cakap kang Zila tanya lak kat mana nk dptkan minyak zaitun ni. Bila baca kat label tu mmg ada chop halal. Dan yg mengutip derma tu pulak dr sekolah pondok/maahad (maaflah tak ingat maahad mana. Rasanya takkan dia nak jual benda yg haram lak kan) Rasanya Zila boleh dapatkan minyak zaitun kat mana2 pasaraya yg berkekatan. Banyak jenis minyak zaitun yg ada di pasaran. Pilih aje yg mana hati kata ya :)

Ok ladies, hutang dah jelas ya.. Alhamdulillah.. Lega... :)

Egg In Toast

Rasanya dah ramai yg cuba Egg In Toast ni kan. Rasanya K.Nor jer yg terlewat. Tak per la, lewat2 pun buat jugak kan. Memang mudah sgt2 nak buat menu breakfast yg sedap ni. Tp tak leh la amalkan tiap2 hari, mau tinggi menegak nanti kolestrol hehe...


Kaedah dan resipi K.Nor cilok2 kat rumah org Sedenak nun. Sapa2 nak tengok boleh ke SANA.. Rasa kurang rajin nak ngopipes pg ni.. Episod curi gambar tak abis2 lg tu. Petang smlm Kek Coklat Kukus yg baru jer Ummi publish pun kena curi gak.. Mana la Ummi tak panas.. ermmm... Bila la perkara ni nak bertitik noktah ya.. :(


Lebihan roti yg diterap tu, K.Nor sapu dgn butter dan goreng dlm pan. 
Nak bakar sama2 dgn roti tu pun boleh :)


Friday, December 3, 2010

Chicken 65

Salam Jumaat buat semua...

Semua sihat? Mudah2an gitu la hendaknya.. Semoga kita semua mendapat limpah rahmat dan keberkatan dr Allah pd hari Jumaat yg penuh berkat ni. Sebelum terus ke menu hari ni, K.Nor nak amik kesempatan ni mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat 2 rakan blogger yg baik hati Yatie @YatiMemories dan Nina SL yg menyambut ulang tahun kelahiran dia org pd hari ni. Semoga anda berdua dipanjangkan usia dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga tersayang... amiin....


Sebenarnya moody betul dua tiga hari ni. Kes curi gambar kat blog yg satu ni tak abis2 lg. Semakin menjadi2 lak nampaknya blogger ni. Dah diberi nasihat oleh beberapa org blogger lain yg turut sama gambar2 dia org kena curi.. masih tak mendatangkan hasil, seperti mencurah air ke daun keladi jer. Nampaknya dia semakin galak mengupload resipi BERSERTA gambar2 dr blog kita org. Sedih, geram, terkilan semua ada.. K.Nor harap sangat pd MAMAMAS74@MIRA AINA yg mengkopipes resipi2 kat sini maupun kat blog2 lain yg tak suka gambar2 dia org dicuri, hentikan la perbuatan anda tu. Anda dah melukai hati kami, setelah kami berikan komen dan nasihat kat n3 anda tu. TOLONGLAH HENTIKAN.. tak baik tau melukakan hati sesama manusia ni. Kita ni kan sesama Islam kenapa perlu berterusan melukankan hati org lain.. Perbuatan anda tu bukannya boleh disembunyikan sampai bila2. Bukannya tak jatuh ke tanah tupai yg pandai melompat. Ingat la.. setiap perbuatan ada balasan dr Allah.. Kalaulah betul nak jadikan resipi2 dan gambar2 kami sebagai koleksi dan utk jalan mudah anda buat blog (supaya mudah nak rujuk anytime) tolong la, buat la private. Biar anda jer yg boleh buka dan baca. TOLONG HORMATI HAK ORG LAIN SEBAGAIMANA ANDA INGIN ORG LAIN MENGHORMATI ANDA..

Berbalik pd menu hari ni, Chicken 65 ni. Jgn tanya ya kenapa namanya gitu. K.Nor cuma try resipi Ayu S'pore yg dah lama post resipi ni kat blog dia. Apapun rasa ayam ni mmg sedap. Ada kelainannya bila makan, dgn rasa crunchy dan juga rasa masam2 perahan limau masa menghidang tu.. Try la buat bg penggemar ayam terutamanya bg yg mencari menu ayam yg simple tp sedap.. 


Ayu, Nor kopipes resipi Chicken 65 tu kat sini ya.. Thanks..


CHICKEN 65 by Ayu Singapore
source : SecubitGaramNor67

Ingredients:-
2kg chicken wings
2 tbsp minced ginger
1 tbsp minced garlics
1 tbsp turmeric powder
1 tbsp black pepper powder
1 tbsp corn flour
3 tbsp plain flour
1 egg
2-3 tsp water if it gets too dry
100g yogurt
salt & msg to taste
some colourings agent- orange or red

Garnishings:-
curry leaves
onion slice in rings
lime juice

Method:-
Marinate all the ingredients except curry leaves, onion rings and lime juice for a few hours. Deep fry till golden brown. Dish out, with the balance oil fry curry leaves till slightly crispy. Dish out and sprinkle on top of fried chickens. Garnish with onion rings and lime juice.