f Secubit Garam

Thursday, June 17, 2010

Ikan Pari Masak Hijau


Nyum...Nyum..... mmg mabeles rasa menu ni. Ni kali ke 2 buat, aritu buat tak cukup! Semua suka dgn rasa lauk ikan pari ni. Sedap!!! Tadi pun Luqman siap ratah2 lagi. Kali ni beli 2 ekor anak pari, lebih kurang 1.5kg beratnya. Sedap tau ratah2 aje.. fuh!!! terangkat! Try la, K.Nor mmg puas hati masak ni.. pasti lepas ni buat lagi dan lagi. Tambah lagi Ramadhan tak lama dah.. insyaallah akan jadi menu berbuka. Memang menyelerakan!

Resipi dari Ayu S'Pore.. Ayu, cam biasa ek.. mintak izin nak share lak resipi ni kat sini. Kita panjang2kan pd org lain lak resepi mabeles ni.. Mekacih! :)




IKAN PARI MASAK HIJAU
(resipi ambil kat dapur
Ayu)

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel


Wednesday, June 16, 2010

Sotong Bakar Express

Hari ni masih lg dlm kebizian yg teramat. Dari awal pagi hingga ke tengahari duk lepak kat spital. Hari ni Naim ada 2 oppoinment, 1 dgn doktor pakar kanak2 dan satu lg dgn dgn doktor pakar pergigian. Penat betul.. Pastu ke town cari barang sket tp 2 3 tempat jugak la.. Balik rumah masak yg simple2 aje cukup. Tak larat dah.. Lepas makan, pkl 3.30 ptg keluar lg.. Kali ni jd driver cik abg lak. Dia perlu ke UMT utk jumpa client. Tunggu punya tunggu sampai terlelap K.Nor dlm keter.. hehe..

Ok, berbalik pd N3 aini, ni kaedah masak sotong bakar yg paling simple. Kes nak cepat dan tak larat nak masak beria2 sgt. Dengan menggunakan rempah ikan bakar yg kawan K.Nor bagi, K.Nor masak cara simple jer sotong bakar ni. Panaskan kuali, masukkan sikit minyak dan masukkan rempah ikan bakar. Kacau2 kejap pastu masukkan sotong. Tak perlu masukkan air sbb nanti sotong tu akan keluarkan gak airnya. Pastu goreng hingga kering sket. Angkat dan hidangkan panas2. Perahkan limau nipis dan sedia utk dingap dgn nasi panas. Siap satu hidangan express hehe...



Monday, June 14, 2010

Blackpepper Prawn & Broccoli

Salam semua.. Ermmm... dah 4 hari mengharungi jadual@aktiviti yg padat. Dari pagi sampai ke malam. Ke hulu ke hilir, keletung keletang.. ermmm... kalau citer pun tak guna gak. Nanti semput org yg membaca.. Tak per lah.. kita layan menu mabeles kat bawah ni aje dah la ya.. Jom..


Blackpepper Prawn With Broccoli, resipi asal Blackpepper Chicken & Broccoli by JC yg sememangnya mabeles. K.Nor tukar penggunaan ayam tu ke udang. Udang kalau masak apa2 pun memang la sedap kan tapi bila dimasak stail gini laaaaaaaaagi la sedap!! Try la ya..



BLACKPEPPER PRAWN & BROCCOLI
versi asal : Blackpepper Chicken & Broccoli by Jun JC

400gm udang
1 tsp minyak bijan ~ K.Nor tak letak
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn udang dan perap sekejap.

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
1 btg carrot-hiris & stim ketepikan
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris

Panaskan minyak kemudian goreng udang goreng sekejap dan ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.

Masukkan udang dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).