f Secubit Garam

Sunday, June 6, 2010

Kuih Bakar Pisang lagi...

Jom sarapan dgn Kuih Bakar Pisang. Buat lagi ni atas request anak dara yg suka sgt dgn kuih ni. Kali ni bakar dlm tray muffin, senang nak ngap. Resipi dr Cikgu Zana dan mintak izin ya Zana nak C&P resipi tu lagi kat sini..


KUIH BAKAR PISANG by Zana

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt

Friday, June 4, 2010

Telur Goreng Berkicap

Hari ni masak menu ringkas jer. Rasanya kalau boleh tiap hari Jumaat mmg nak masak menu mudah, ringkas dan semestinya sedap. Tukang masak a.k.a driver ni rasa penat sungguh kalau hari Jumaat. Jadual sbg driver mmg padat betul. Pukul 10 pg kena hantar Luqman ke kelas tuisyen, balik tu keletung keletang pegang jawatan tukang masak. Pastu pukul 12tghari keluar g amik dia. Lepas patient dgn Luqman lunch, terus hantar ke masjid utk solat Jumaat. Pukul 2.15 ptg keluar lg hantar Aisyah lak ke kelas tuisyen. Pastu nanti pkl 6.30ptg kena keluar lg amik dia balik.. hu hu.. naik turun.. naik turun.. Terasa kejang urat2 betis.. :(

Berbalik pd menu hari ni.. Menu simple ni dah pernah buat dulu...kalau tak silap dlm bulan puasa tahun lepas. Pastu td g cari balik n3 tu, nak letak resipi asalnya tp tak leh bukak la pulak MyR. Asyik demam jer MyR skrg ni. Nama asal menu ni Telur Mata Kobau Berkicap, tuan resipi asal tak ingat sbb dulu tak letak resipi kat n3 tu cuma letak link jer. Telur Berkicap ni K.Nor buat lain sket dr versi asal. Nanti tunggu MyR dah kebah dr demam K.Nor letak semula resipi asal tu kat sini ya.. insyaallah. So buat sementara waktu ni K.Nor letak versi yg K.Nor buat.




TELUR GORENG BERKICAP

2 bj telur
2 bj bawang merah ~ dihiris
3 bj cili api ~ dihiris
5 sudu besar kicap manis
sedikit minyak
daun saderi ~ dihiris
capsicum hijau dan merah ~ optional

Goreng telur dlm bentuk mata kerbau/lembu. Letakkan dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan cili api hingga wangi.
Masukkan kicap dan kacau2 kejap (tak perlu diletakkan garam dan gula ya..)
Masukkan capsicum merah dan hijau yg dah dipotong dadu. Kacau goreng seketika dan padamkan api.
Tuangkan atas telur td dan taburkan dgn daun saderi.
Sedia utk dingap dgn nasi panas2...


Ok.. ni versi asal resipi Telur Mata Kerbau Berkicap .. dah dpt copy ni sbb MyR dah kebah dr demam :)


TELUR MATA KERBAU BERKICAP by Cutevirus8 MyR

Bahan-bahan ( utk 2 org makan )

  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • kicap. tak kisah ape² brand pun

  1. hiris bawang merah dan cili merah dan ketepikan
  2. goreng telur dan ketepikan
  3. tumis cili merah dan bawang merah menggunakan lebihan minyak menggoreng telur tadi sehingga layu.
  4. angkat bawang merah dan cili merah yang telah layu dan letakkan di atas telur goreng tadi..
  5. percikkan kicap diatas telur goreng tadik... sedia untuk di hadap

Naim dah 17 tahun..

Salam di pagi Jumaat yg mulia...


http://75.126.185.245/pub/405/405780xm09f0mmjz.jpg


Mengimbau kembali 17 tahun dulu, lebih kurang pkl 9.30pg juga di hari Jumaat.. lahirlah sorang baby boy yg pada mulanya doc duk kata bb girl tiap kali scan masa peknen. Alhamdulillah.. syukur semuanya selamat walaupun masa tu duk teringinkan bb girl. Muhammad Naim, nama pilihan K.Nor dan tak sangka jugak dia banyak membesar di Kelantan Darul Naim hehe.. sesuai la tu
kut.. insyaallah.. Kalau nak tau malam kelahiran Naim ni terjadi gerhana bulan dan org2 tua cakap anak ni insyaallah membawa rahmat dlm kehidupan. Alhamdulillah setiap anak2 mmg pembawa rahmat dan rezeki buat kita semua kan..



Buat Naim @ Angah... mak dan ayah doakan segala yg terbaik dlm kehidupan Angah. Semoga menjadi adik yg hormat dan sayangkan abg dan abg yg terbaik bagi adik2. Belajar rajin2, SPM dah tak lama lg.. semoga berjaya dgn cemerlang dn dpt mengikut jejak langkah Along dpt belajar ke luar negeri spt yg Angah idam2kan.. aminn..







Ya Rahman.. Ya Rahim....
Panjangkanlah usia anakku Naim dan limpahkanlah dia dgn rahmat dan keberkatan Mu..
Kurniakanlah dia dgn kesihatan yg terbaik..
Jadikanlah dia anak yg beriman dan bertaqwa, mencapai kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat..
Lindungilah dia di mana saja dia berada dn dlm apa saja perkara yg dilakukan

Perelokkanlah akhlaknya dan semoga dia sentiasa berada di jalan yg lurus, jalan yg engkau redhai..

Semoga Al-Quran yg dihafaznya berada elok dan kekal di dalam dadanya hingga ke akhir hayat..


Amin... Amiin.... Ya Rabbal a'lamin...