f Secubit Garam: LOKAN GORENG ALA THAI

Thursday, May 3, 2012

LOKAN GORENG ALA THAI

ASSALAMUALAIKUM..

LOKAN ya.. bukan LONGKANG tau.. Longkang tempat yg busk2 tu, ke ada longkang yg berbau wangi? hehehee..   errmm.... ada gak yg mengandaikan seseorang yg mulutnya suka bercakap perkara yg tak elok atau selalu mengeluarkan kata2 yg tak senonoh atau kata2 kesat atau kata2 yg suka mengeji org lain dikatakan sebagai seorang yg 'bermulut longkang'  Maaf ya kata2 ni tidak K.Nor tujukan pada sesiapa yg masih hidup atau yg dah tiada dan tak ada niat nak mengecikkan hati sesiapa. Kalau diri sendiri rasa selalu mengeluarkan kata2 yg tak elok tu atau selalu menggunakan ayat2 yg tak sepatutnya sebagai seorang Islam apatah lagi kalau kita seorang perempuan (org perempuan tak sepatutnya bersifat demikian, kan.. kalau org lelaki ni lain sket kut, dah sifat org lelaki lebih tough, agaknya laaa...), ubah2lah ya.. Kadang2 cara percakapan mencerminkan dalaman atau keperibadian seseorang.. wallahua'lam..


Jom balik ke entri LOKAN ^__^ Menu dan gambar yg dah agak lama terperam dlm folder. Rasanya tak boleh kalahkan Ayu S'pore kut sbb Ayu masih ada lagi peraman yg dari tahun lepas kan Ayu.. hehehe K.Nor beli lokan ni masa menghantar Luqman balik ke asrama masa cuti bulan Mac aritu.. (ni dah masuk Mei! hehe) Kebetulan cik abg nak ronda2 sambil shooting suasana perkampungan nelayan kat Tok Bali, Kelantan. Masa lalu kat area tu ada org jual lokan di tepi jalan. K.Nor amik kesempatan beli lokan sebanyak 3kg,bukannya banyak sgt pun isi dia bila dah direbus/masak nanti tu. Kulit jer besor dan berat, tp isi ciput jer. Lepas direbus dpt la semangkuk plastik yg biasa org isi taufu fa tu.. Alhamdulillah.. cukup lah utk 3 mulut yg makan (Naim ada  kat rumah masa tu).


Saja dibuat goreng pedas gini dari masak lemak atau cili api. Naim bukannya suka dgn masakan bersantan ni, sbb tu kena buat stail goreng pedas. Alhamdulillah.. sedap! K.Nor gunakan resipi Kerang Ala Thai (asalnya dr resipi Daging Merah Ala Thai), masa tu males ler nak menggugel cari resipi lain ( ada part yg K.Nor dah olah dlm resipi tu) Bagi yg pernah cuba Kerang Ala Thai mesti dah tau keenakkan masakan tu kan.. Resipi yg pernah keluar dlm Majalah Jelita dulu nun :)

LOKAN GORENG ALA THAI
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
3 kg lokan
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili 
5 bj cili padi ~ dipotong serong
1 sudu kecil perahan limau kasturi/nipis
daun ketumbar ~ dihiris
sedikit gula
minyak

Cara-cara
Rendam lokan seketika dan basuh hingga bersih. Toskan.
Masukkan lokan, serai dan 1/2 cawan air ke dalam periuk dan tutup dgn penutup periuk.
Masak sehingga keluar wap/mendidih. (tak perlu letak air yg banyak kerana nanti lokan akan mengeluarkan airnya)
Padamkan api dan toskan lokam. Biarkan seketika dan perisikan isi lokan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Tumis hingga cili garing dan masukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili. Kacau hingga sebati.
Masukkan pula cili padi, sedikit gula dan isi lokan (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan sos ikan). Kacau.
Masukkan bawang besar, cili padi, perahan limau dan daun ketumbar.
Kacau hingga sebati dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.