f Secubit Garam: SAMBAL DAGING UDANG KERING

Tuesday, May 15, 2012

SAMBAL DAGING UDANG KERING

ASSALAMUALAIKUM...

Jom layan SAMBAL DAGING UDANG KERING, resipi Diana@Skyblue Kitchen ni. SEDAP!! nak2 bila diratah gitu aje. Naim pun kata sedap ni, tak caya tanya dia ^___^


Izinkan K.Nor share resipi Sambal Daging ni kat sini ya D.. TQ ..  <pendek dah la bicara arini ya... kehilangan modal nak berkata2, kalau ikutkan hati nak buat worldless jer tadi tu :) >


SAMBAL DAGING UDANG KERING
resipi : Diana@ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
800 gm daging _ dihiris nipis
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah _ dicincang
3 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 batang serai _ dititik
2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong ~ k.nor guna capsicum merah dan hijau
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor skip
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
1 tsp garam
1 tsp gula
1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk cili
1 1/2 tbsp tepung jagung
2 cubit soda bikarbonat
1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara²
Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.
Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.