f Secubit Garam

Thursday, March 10, 2011

Mi Lidi Goreng Hijau

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya n3 ni nak ditayangkan pagi tadi tp tangguh dulu utk memberi laluan pada n3 takziah buat arwah yg meninggal dlm kemalangan jalanraya smlm tu.. Mekasih buat semua yg mendoakan kedua2 arwah, semoga segala doa yg dipanjatkan akan dimakbulkan Allah .. aminn.. (sedikit rentetan peristiwa masa K.Nor menziarahi rumah arwah pagi td ada di bahagian komen n3 tersebut.. )


~~~~~~~~ X ~~~~~~~~


Mi Lidi Goreng ni adalah projek utk dinner semalam. So semua dah SELAMAT ya.. :) Kalau nak rasa jugak, kena buat sendiri mee yg sedap ni. Mula2 goreng mmg nampak betul2 hijau tp dek silap masukkan lebih kicap masin tu, dah hilang kaler hijau mee ni. Tapi masih ada gak kaler hijau kan.. hehe


Ni adalah salah satu masakan Ummi Kuantan yg keluar dalam Jelita Mac 2011 baru2 ni. Sedap jugak bila makan mee lidi goreng stail gini. Pedas! Tekak melayu kalau tak pedas tak sah kan.. Memang kena dgn selera la ni.. Buat Ummi, izinkan Nor share resipi tu kat sini ya.. Tq..

MI LIDI GORENG
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mi lidi
sedikit minyak jagung
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
10 ekor udang segar
1/2 biji kobis ~ dihiris
sedikit serbuk lada sulah

Bahan dikisar :
2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang

Cara:
Didihkan air, celup/celur mi lidi, angkat dan toskan. Gaul mi lidi bersama sedikit minyak jagung sehingga rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.
Masukkan bahan kisar dan kacau seketika.
Bubuh kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.
Masukkan udang bersama kobis dan kacau.
Bubuh mi lidi dan gaul rata sehingga masak.
Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.

Takziah...


Semalam K.Nor dikejutkan dengan berita 2 kematian, yg pertama cikgu dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah, Kuala Terengganu, sekolah tempat Aisyah belajar. Arwah yg memandu sorang diri dalam perjalanan ke Setiu telah terbabas dalam hujan lebat. Arwah merupakan cikgu yg mengajar tingkatan 4 dan 5 dlm subjek Kimia kalau tak silap K.Nor. Lepas dpt berita kematian tu, suami K.Nor terus pergi menziarahi jenazah di Tok Jembal, K.Trg. (K.Nor tak pergi sbb suami pergi dgn 2 org kawan lelakinya. kebetulan suami K.Nor dan kawan2nya ni merupakan kenalan pada abg ipar arwah). Agak sedih kerana arwah yg masih muda meninggalkan sorang bayi berusia 9 bulan. Berita lanjut tentang tragedi ni boleh tengok kat SINI..

Satu lagi kematian yg memilukan dan buat K.Nor menitis air mata adalah kematian dlm kecelakaan jalanraya jugak yg berlaku pada salah sorang sahabat anak K.Nor. K.Nor dpt panggilan dari sorang teman yg merupakan ibu pada sorang lg sahabat anak K.Nor. Terkejut sangat bila diberitahu tentang kematian arwah Khairul Hakimi. Arwah merupakan salah seorang sahabat yg sangat rapat dgn Along dari sekolah menengah lagi (SMA Sheikh Abd Malek) Dia org ni dalam satu kumpulan yg mmg rapat, selalu gak datang rumah K.Nor masa Along masih sekolah dulu. Tiap kali raya dia org ni mesti datang beraya dan yg buat K.Nor terharu walau Along tak balik beraya (masa tu berada di Jordan) arwah dan geng2 Along yg lain pasti datang beraya di rumah K.Nor dan rumah teman2 lain yg tak pulang beraya. Betapa dia org ni menghargai sahabat dan jugak keluarga sahabat walau berpisah jauh. Sayunya hati, sebak bila terbayang wajah arwah yg sentiasa ceria dan ramah.


Arwah merupakan pelajar tahun akhir UTP yg dlm perjalanan pulang bercuti. Dia yg duduk disebelah pemandu yg mengalami luka yg teruk, meninggal di tempat kejadian. Manakala rakan2nya yg lain terselamat. Lelaki bangsa Cina yg terbabas dan melanggar kereta yg dinaiki arwah mulanya dikatakan selamat tp baru sekejap td teman K.Nor cakap yg dia pun dah meninggal jugak. Wallahua'lam.. Begitulah kan, walau bukan kesilapan kita masa memandu, tp atas kecuaian org lain, org lain yg menjadi mangsa. Cerita lanjut di SINI.. Lagi berita tentang arwah.. SINI dan SINI..

Ya Allah, ampuni dan rahmati lah roh2 mereka berdua, jauhkanlah mereka dari azab dan fitnah kubur. Luaskanlah kubur mereka dan jadikanlah kubur mereka sebagai taman syurga. Tempatkanlah mereka bersama golongan yg beriman dan beramal soleh. Jadikanlah mereka penghuni syurga Mu yg abadi. Dan berikanlah kekuatan dan ketabahan buat keluarga mereka yg ditinggalkan..

Airmata tak dapat ditahan, mmg terasa sedih sgt. Bila anak2 rapat camni, terasa yg dia org pun cam anak sendiri.. Semoga Allah melindungi anak2 kita semua yg lain dari sebarang mala petaka dan bahaya bencana.. amin.... Nak away dulu, nak gi ke Kepong, rumah arwah Khairul Hakimi utk ziarah jenazah dan keluarga arwah.. Jumpa lagi.. Hadiahkan lah Al Fatihah buat arwah ya.. Terima kasih...

Gambar yg ada dalam simpanan, tak sempat nak cari gambar2 lain yg lebih jelas lagi rupa arwah..


Wednesday, March 9, 2011

Asam Pedas Sotong

ASSALAMUALAIKUM...


Asalnya plan nak masak lauk lain tapi yg terhasilnya lauk lain.. Awal2 pagi dan keluarkan ikan dr freezer tapi tak pulak tengok ikan apa. Bila time nak masak tu, tengok2 bukan ikan yg sepatutnya nak dimasak. Nak tunggu yg kejung dlm freezer tu defrost lambat la pulak. Dah la masuk opis agak lewat benor arini. Last2 masak jer sutun yg duk tergolek dlm sink. Sutun ni baru jer dibeli pagi tadi kat pasar. Teringat baru2 ni Ummi buat Asam Pedas Sotong, nak try buat gak la.. Tapi dah males nak gi ngadap PC, nak selongkar dapur Ummi. Nanti kang, alih2 nak terngok resipi tup2 merayap@BW ke blog lain.. Masak jer asam pedas sutun ikut style yg biasa masak guna ikan sbg bahan utama. Alhamdulillah.. siap menu lunch arini..


ASAM PEDAS SOTONG

400gm sotong
3 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 in halia * (* diblend)
1 sudu kecil halba
sedikit belacan ~ optional
air asam jawa
daun kesum
500 ml air
1 biji buah tomato
garam dan gula secukupnya
minyak

Bersihkan sotong dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan bahan blend.
Goreng lagi hingga hampir kering dan masukkan halba.
Masukkan sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan belacan, air asam jawa dan air.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan sotong, garam dan juga gula.
Masukkan pula daun kesum dan tomato.
Masak sekejap hingga sotong masak tp jangan terlalu lama. (kalau lama nanti sotong jd kecut dan keras)
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.