f Secubit Garam

Friday, May 31, 2013

KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)

ASSALAMUALAIKUM...

Kali pertama buat kek ni 2 minggu lepas, masa nak ke rumah kazen cik abe yg buat majlis tahlil sempena nak berangkat menunaikan umrah minggu lepas. Kek yg dihasilkan sangat2 tak memuaskan hati si tukang buat tp sebab dah tak sempat nak godek yg lain, terpaksa gak bawak kek tu ke rumah kazen. Kek yg sepatutnya berlapis2, berombak bagai, dah jadi haru biru.. bercampur aduk kalernya. Yg sepatutnya duk layer bawah dan naik ke atas dan boleh dikatakan cover ke merata tempat (adunan kaler hijau) Lapisan serbuk coklat pun dah caca marba.. langsung tak nampak layernya.. adehhhh.. ku kuciwa...  Bila nak berangkat balik, K.Nor mintak kazen potong kek tu sbb nak tengok rupa dalam kek.. Memang fail bahagian dalamnya.. Tak ada langsung rupa ombak nan beralun tp bila kazen2 dan anak2 dia org kata sedap, lembut kek tu.. lega la sket hati walau outcomenya tak lulus piawaian  hehee



Selang beberapa hari, K.Nor godek sekali lagi kek tu. Saja buat sbb tak puas hati dgn kek yg haru biru tu.. Kali ni K.Nor tak bukak api kuat, guna api sedang2 jer. So masa mengukus dilebihkan sket. ALHAMDULILLAH.... legaaaa sgt bila tengok kek yg dihasilkan tak lagi mcm permukaan bulan bahagian atasnya (berlubang2 kes bahagian atas terkena foil bila kek agak naik masa 1st trial tu). Kali ni K.Nor tak tutup lg dgn foil tp tutup penutup pengukus dgn kain utk mengelakkan air wap jatuh atas kek. Dan bila dipotong kek tu, perghhhh cantik beralun ombak yg membadai hati pantai hihii...


Memang sedap kek ni... lembut, moist dan tak manis sgt (mcm biasa, K.Nor dah kurangkan sukatan gula). K.Nor tak buat 4 layer sbb kekurangan ghajen nak main 4 kaler. K.Nor cuba buat 3 layer dan guna 3 perisa utk kek tu.(pink + strawberi paste, purple + blueberry paste & kuning + lemon paste). Bagi yg dah mencuba resipi K.Fida MyResipi ni mesti tau keenakkan kek ni.. Bagi yg belum mencuba tu.. sila2kan la ya.. Insyaallah tak rugi mencuba..

Rupa kek yg 1st time buat tu.. mmg caca marba betul..
kaler hijau dah take over kek tu, padahal lapisan adunan kek  yg berwarna hijau K.Nor letak bahagian bawah sekali..

KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)
resipi : K.Fida@MyResipi

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
5 biji telur A ~ yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus ~ k.nor guna 190gm sahaja
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g) ~ k.nor guna 100ml susu cair + 50ml air
10 sb mentega cair (100g)
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara
-Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
-Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pewarna dan pukul hingga kembang.
-Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
-Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan (k.nor bahagikan kepada 3 bahagian sahaja)
-Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
-Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
-Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min (guna api sederhana)
-Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
-Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
-Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

* k.nor guna loyang bulat 9"
= 350gm bila bahagi 3
** K.Nor cuba buat 3 layer dan guna 3 perisa utk kek tu.(pink + strawberi paste, purple + blueberry paste & kuning + lemon paste)
*** k.nor skip part tutup loyang dgn foil tp balut penutup pengukus dgn kain...




Wednesday, May 29, 2013

PACERI NENAS & TERUNG

ASSALAMUALAIKUM..


PACERI NENAS (& TERUNG)
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan 
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air] ~ k.nor guna 1 sb rempah gulai + 5 sb rempah kari
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Friday, May 24, 2013

KEK KASTARD PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. pagi Jumaat ni dingin dan nyaman jer bila hujan turun dr pagi tadi, diselangselikan dgn bunyi guruh. Tak kuat sgt guruh kali ni, kiranya manja2 gitu jer.. hehe Alhamdulillah.. tak la panas berbahang sgt hari2 sebelum ni.. < Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban yang artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” >


KEK KASTARD PANDAN ni dibuat 2 hari lepas, saja ngetes resipi yg dah lama duk peram, dah bertahun2 nak cuba buat tp tak terbuat. Tak tau kenapa, kalau lah dibuat lebih awal dulu. Nak kata susah tak jugak, cuma tak dtg seru nak buat.. haishhh.... verditnya??  KEK NI SEDAP!!! tak po la.. org kampung sebelah kata 'better late than never' kannnnn.. hehe

Memang menjadi betul resipi yg Sweet4Ever kongsikan kat MyResipi. Resipi yg dia gi belajar kat kelas ni tau. Bukan senang org yg gi belajar kat kelas, pastu nak share kat org lain. Bukan sekadar org terdekat yg tau dan dapat guna resipinya tp seluruh dunia tau dan dpt manafaat darinya. Yer la, bila dah dishare kat laman web, seluruh dunia dpt ekses. Alhamdulillah.. semoga bertambah rahmat dan keberkatan buat beliau dan juga cikgu yg mengajarnya..


Resipi Kek span pandan yg digunakan dibawah ni, dah berulang kali K.Nor guna. Memang tiap kali nak buat kek span/sponge cake, resipi Sweet ni la yg K.Nor guna. Insyaallah tak mengecewakan.. Kalau nak buat versi coklat, tukarkan aje air pandan tu ke air biasa dan masukkan chocolate emulco. Kalau nak buat versi keladi/yam gitu gak, tukarkan aje ke keladi/yam paste.. Pandai2 la derhaka ya.. tak susah mana pun :)

KEK KASTARD PANDAN
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan  ~ resipi di bawah

Bahan (A)
180 gm gula kastor ~ k.nor letak 155gm
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan ~ k.nor skip
1 cawan kelapa kering

Cara-cara
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


KEK SPAN PANDAN
resipi : Sweet4ever
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara:
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.