f Secubit Garam

Monday, October 8, 2012

SHEPHERDS (COTTAGE) PIE

ASSALAMUALAIKUM..

Kenapa ada cottage dlm bracket kat tajuk? Kalau ikutkan K.Nor guna resipi SHEPHERDS PIE yg K.Nor ambik kat rumah AYU S'Pore tp spt kata Ayu, kalau kita guna daging kambing baru kita boleh panggil sheperd pie dan kalau kita guna daging lembu sepatutnya kita panggil cottage pie. (boleh refer entry Ayu utk sahihkan info ni) Sebelum ni K.Nor pun pernah buat COTTAGE PIE, nak resipi sila klik kat SINI..  Menang K.Nor dah lama baca kisah nama yg sepatutnya bg dish ni tp tu la kan, dah penggunaan namanya dah jd kebiasaan kat mana2, walau guna daging lembu pun disebut Shepherds Pie..Tak kisahlah nak panggil apa pun tp rasanya tak salah kalau kita perbetulkan dan tak salah juga kalau kita tak nak ikut pun.. terpulang pada diri masing2. 


Okay lah ya.. kita balik pd menu kali ni.. Seperti yg K.Nor bagi tau awal2 tadi, resipi ni K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore. Bila tengok Ayu post kat FB terus start enjin jet ke dapur dia.. dan terus save resipi hehe.. Memang sangat2 tirguda nak buat tp disebabkan tak ada keju mozarella dlm stok, terpaksa ku pendamkan hajat. Ingat nak ke gergasi nak cari cik moza tu tp sejak duk jauh sket ni, payah betul nak gi rembat itu ini kat gergasi nun. Kalau dulu masa duk sebelah gergasi, rasa nak buat apa2 terus jer start enjin keter.. skrg ni, fikir seploh kali kalau nak buat apa2.. ermmm.... nasib la kan..

Bila dah teringin sangat nak buat, K.Nor tak peduli dah tak ada cik moza pun, K.Nor gantikan aje dgn keju parmesan yg masih ada kat esbok. Keju gak kan.. hehe.. dan K.Nor skip kacang peas sbb tak ada stok lagipun anak2 kurang suka sket bila letak kekacang ni.. Bila dah masak tu, makan masa suam2 panas.. pergghhhhhhhhhh... mmg sedap sungguh! Along ngap hampir setengah mangkuk tu.. Memang sedap katanya.. K.Nor suka rasa daging tu, cukup sedap! (cuma next time kalau nak buat K.Nor nak skip part white sauce sbb rasa cam muak sket hehe) Mekasih Ayu sudi menggoda diriku dgn SHEPERDS PIE tempohari. Memang berbaloi membuatnya.. Cuma Nor kurangkan sket penggunaan cili serbuk (letak 1 sudu besar pun dah cukup pedas!!) dan ada bahan yg Nor gantikan dgn bahan yg ada kat dapur dan ada yg Nor skip. Biasalah tu kan.. hehe  Thank u for sharing ya Ayu! opss... Mekasih juga buat K.Liza sbb resipi utk bahagian topping tu asalnya dr dapur K.Liza :)



SHEPHERDS PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan Kentang 
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah

Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms) ~ k.nor guna kimball (mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor tak letak
1 tin kecil cendawan butang dihiris ~ k.nor tak letak
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu
1 biji lada merah dipotong dadu
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub stok ayam
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum
garam + perasa secukupnya

Mozarella cheese untuk taburan ~ k.nor guna parmesan cheese

Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.

Saturday, October 6, 2012

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM....

Quick update ya.. Banyak kerja yg perlu disettle hari ni. Dah dua hari tak bersiaran, hari ni kena merajinkan diri dan meluangkan masa sekejap utk menghapdet. Dan jangan marah ya, sbb pancake ni sebenarnya dibuat minggu lepas. Lupa nak update jd K.Nor pilih pancake ni utk dijadikan entri arini. 

Makan dgn susu pekat manis.. emmmm best!!

Sebab nak cepat, gambar pun sempat edit sekeping jer. Resipi pulak copy paste dr resipi yg lepas2. Apapun disyorkan sgt utk mencuba resipi pancake yg paling sedap yg pernah K.Nor cuba. Boleh guna resipi resipi yg basic, FLUFFY PANCAKE (resipi dr Allrecipes) kalau tak nak letak paste cappuccino. Dari resipi yg basic ni, kita boleh pelbagaikan menggunakan bahan2 lain utk menghasilkan pelbagai pancake yg yummy.. Taip jer kat kotak search box tu fluffy pancake, insyaallah akan keluar resipi2 yg berkaitan yg pernah K.Nor cuba.. 

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu besar cappuccino paste ~ boleh dibeli di kedai bakeri
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan cappuccino paste. Kacau. 
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)

Wednesday, October 3, 2012

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dulu2 K.Nor tak pernah beli minyak bijan. Mungkin sebab terpengaruh dgn kata2 yg bau minyak bijan ni kuat dan busuk dan rasanya yg tak sedap. Tapi sejak kenal dgn resipi Nasi Ayam Ipoh by Quinnie yg letak minyak bijan dlm nasinya, K.Nor buat keputusan nak beli dan cuba memasak dgnnya. ermmm.. rupanya tak la seteruk yg dikata org tu.. Mungkin org tu letak banyak sgt kut minyak bijan dlm masakannya.. Tp kan, sedap tak sedap ni subjektif.. ada yg sedap pd tekak dia mungkin tak sedap pd tekak kita, dan gitu lah sebaliknya.. So yg penting, kita kena cuba dulu baru tau.. Kalau takut pembaziran, tak payah beli la ... Bagi K.Nor, alhamdulillah.. K.Nor sukakan bau minyak bijan yg diletakkan dlm masakan, spt Nasi Ayam Ipoh, Mee Sizzling dan lain2 lagi.. Kadang2 bila goreng sayur atau buat nasi goreng, K.Nor mmg letak gak sedikit minyak bijan ni, sbb aromanya tu bg K.Nor membangkit selera :)


Jom lah kita ke entri masakan hari ni.. Cakap banyak2 pun letih gak jari, yer la dah jari yg bercakap kan hehe... Resipi hari ni mudah dibuat, simple jer bahan2 dan insyaallah... menyelerakan. Makan dgn nasi putih sedap,dgn bubur nasi pun sedap tapi yg paling sedap, diratah gitu ajer.. hehe 


DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya

Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.