f Secubit Garam

Monday, April 29, 2013

PUMPKIN CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

ermm.. funny jer tengok kek yg lentuk gitu.. Apa nak buat, gini la hasilnya bila tak nyempat nak potong, walhal kek tak berapa nak sejuk lg. Ni gara2 nak keluar rumah la, nak g jenguk anak sdara yg warded tempohari. Kek tu dah la lembut dan moist, bila dipotong time suam2 panas, mula la nak lentuk.. hehe.. tak per.. tak per.. rupa jer tak cun, gambo pun tak cun, taaaaaaapiiiiiiiii dia punya rasa, sangat mabeles! Lagi2 la mabeles bila digandingkan dgn dried cranberry, ada rasa lemak2 labu dan masam2 cranberry tu.. perghhh... 


Dah lama K.Nor aim nak buat PUMPKIN CHIFFON CAKE ni.  Resipi hasil skodeng kat dapur Sonia, cuma tak terbeli labu kuning tu. Kebetulan ada lebihan labu kuning hasil buat SIRA LABU, tu yg dpt buat gak akhirnya kek yg sangat sedap, moist dan gebus gebas ni. Kepada chiffon lover atau pada sapa2 yg ada balance labu kuning yg duk bertapa dlm esbok tu, jom godek kek yg best ni.. 


Tq Sonia for sharing the recipe. Memang akan dibuat lagi, ada sket lg baki puri labu dlm freezer. Lagi pun tak puas merasa kek yg sedap ni, sbb balik rumah dr jenguk anak sdara tu, tinggal 2 - 3 keping jer lg. Yg lain abis dipulun hero sulong lepas balik kerja hehehe (tanda kek tu sedap or tanda org tengah lapar? hehe)


PUMPKIN CHIFFON CAKE
source: Sonia aka Nasi Lemak Lover
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients **makes a 20cm chiffon
4 egg yolks
20g sugar ~ k.nor letak 10gm jer
50g corn oil
10g water
70g self raising flour
75g pumpkin puree( steamed pumpkin and process till fine)

4 egg whites
70g sugar

10g pumpkin seeds ~ no stock, k.nor gantikan dgn hirisan dried cranberry

Method
1. Hand whisk egg yolks and sugar till pale.
2. Add in corn oil, water, and pumpkin puree, mix well.
3. Add in flour and combine well, set aside.
4. Beat egg whites over high speed till foamy (1min for KA mixer at speed 8).
5. Slowly add in sugar, beat till soft peak form (2mins for KA mixer at speed 6).
6. Take 1/3 portion of egg white mixture and use hand whisk to mix with egg yolk mixture till light.
7. Fold the balance of egg white mixture into egg yolk mixture, combine well.8. Sprinkle pumpkin seeds on the bottom of cake pan. Pour cake mixture into baking pan and bake at pre-heated oven at 160c for 40min or adjust to your oven as every oven is difference. Inverted the cake pan and remove cake once it is cool completely.

*dried cranberry tu,  1/2 darinya k.nor gaulkan dgn sedikit tepung (dr sukatan tepung yg dinyatakan dlm resipi supaya ianya merata dlm kek - tak mendap di dasar kek) dan 1/2 lg k.nor tabur di dalam loyang, sebelum dituangkan adunan (yg ni tak perlu digaulkan dgn tepung)


Friday, April 26, 2013

LET'S 'KRUSHERS' @ HOME

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk tak boley blah tu... hehehe...  Kalau penggemar atau pengunjung setia 'kepci' mesti maklum dgn minuman krusher. K.Nor ni bukan ler pengunjung setia kepci, kalau setahun tu, ada la 2 - 3x jer kut labur duit kat sana. Kebetulan sang hero sulong ajak mak ayah dan anak dara nan satu tu ngetest Korean Spicy Krunch baru2 ni, so kita org gi ler.. Tak mo ckp bab ayam korea tu ya.. nak tau sila ngap sendiri, tp rasanya dah ramai yg cuba kan sbb dah lama promosi ayam ni. Yg K.Nor nak uarkan kat sini minuman yg dipesan malam tu.



Mulanya nak order minuman krunch yg lain tp sbb alatnya tak dpt digunakan (at that night ler) so Along order la Lemon Fresh Fizz. Bila tengok rupa, mcm simple jer bahan2 dlmnya, ada hirisan lemon, ada hirisan limau kasturi dan daun pudina. Along tanya, boleh buat tak mak.. ermmm.. rasanya boleh kut.. (chewahhh kompiden jer hehehehe). Kebetulan ke gergasi baru2 ni, rembat ler lemon sebiji dan limau kasturi sket. Daun pudina tak yah beli la.. mmg dah merimbun kat kebun kan.. hehe Utk airnya, mulanya duk tenung2 rasa mcm dia guna air soda tp tak ada lak rasa wangi soda tu..  Pastu K.Nor pikir nak try guna sprite ler. Sprite pun ada beberapa jenis kan, tp K.Nor sambar yg Sparkling Lemon-Lime. Rasanya lebih sesuai guna jenis ni.. 


Lepas masak lunch, terus K.Nor godek minuman ni, dgn bayangan masa minum kat kepci tempohari. Bila diberi rasa pd Along dan Cik Abg, masing2 kata mmg menjadi! fuhhh.. legaaaaa.. & seronok.. Ni pada anak tekak kita org la ya.. mungkin pd anak tekak org lain berbeza kut.. Apapun, K.Nor tetap nak share resipi yg dicuba ni dgn teman2 dan adik kakak semua ya.. Diucapkan selamat mencuba... (kalau menjadi sama mcm yg kepci tu, sila maklumkan kat komen dib baah.. kalau tak jadi sama .. maaf ya.. )  ^__^

HOMEMADE LEMON FRESH FIZZ
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1.5 liter air Sprite (Sparkling Lemon-Lime)
1 biji lemon ~ dihiris
5 - 7 bj limau kasturi
5 tangkai daun pudina
ais secukupnya ~ dihancurkan

Cara:
Masukkan lemon (/asingkan 2 kpg) dan 3 bj limau kasturi yg dihiris ke dalam jag/jug minuman.
Perahkan 2 - 3 bj limau kasturi dan lebihan 2 keping hirisan lemon td ke dalam jag. (lebihkan jika ingin lebih rasa masam)
Masukkan daun pudina yg telah diramas sedikit.
Tuangkan air sprite ke dalam jag dan kacau.
Masukkan pula ais yg dihancurkan. Kacau sedikit.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia utk dinikmati.

* cara k.nor hancurkan ais (guna 2 plastik bersih)
- masukkan ketulan ais kedalam plastik dan ikat dgn getah.
- masukkan ke dalam satu plastik lagi dan ikat.
- hancurkan/tumbuk dgn menggunakan alu lesung (alas lantai dgn sehelai kain bersih)
** kalau nak guna blender/food processer pun boleh tp sbb ketulan ais k.nor agak besar dr biasa, so k.nor lebih suka guna kaedah yg pertama (utk menjaga ketahanan/ketajaman blender/food processer juga )

Thursday, April 25, 2013

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

ASSALAMUALAIKUM...

Tak ingat dah, bila buat Cream Puff ni, 2 minggu lepas atau 3 minggu lepas.. hehe. punya la lama peram gambar dlm folder. Takper.. gambar tak basi kan.. 


Resipi ni K.Nor amik kat fb, masa tu keluar kat wall, resipi dr Deanna. K.Nor cuba salin gitu2 jer dlm kertas  dan bila nak share kat sini, gi la cari kat album D, tak jumpa la pulak. Takper lah.. K.Nor dah mssg kat inbox, mintak D copy resipi tu balik .. insyaallah bila dah dapat nanti, K.Nor akan share kat sini ya.. Harap bersabar :)


Alhamdulillah.. belum sempat publish, D dah pun inbox resipinya.Kata D, resipi asalnya dari Chef Kamarul. Mekasih banyak2 ya D, mmg sedap Cream Puff ni. menjadi dgn elok jer. Kalau nak tau, last sekali K.Nor buat cream puff masa Aisyah 6 tahun. Masih tadikan lg masa tu. Punya la banyak buat (sekali dgn bagi kat cikgu2 dia di tadika) sampaikan jd muak nak buat lepas tu.. Ni baru timbul balik rasa nak buat.. heeeee... dah 10 tahun tu.. punya la lama kan hehehe


CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.

Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.