f Secubit Garam

Friday, August 30, 2013

DAGING MASAK KURMA

ASSALAMUALAIKUM...


Bila lama tak update, kotak idea kering, tak tau nak pot pet apa. So kita terus ke resipi hari ni la ya.. ehh resipi minggu ni.. Almaklum ler.. dah seminggu sekali jer hapdet ni ^____^



DAGING MASAK KURMA

Bahan2:
400gm daging ~ dipotong
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris
2 sudu besar rempah kurma ~ k.nor guna Adabi
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 cawan air
2/3 cawan santan fresh
3 bj ubi kentang 
1 biji tomato
3 - 5 bj cii hijau 
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris. Goreng hingga terbit bau.
Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau.
Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
Masak seketika, kemudian masukkan air.
Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau yg dibelah 2 (tanpa putus).
Masak sehingga kepekatan kuah yg dikehendak dan bolehlah dihidangkan. 

*sekiranya kuah dah terlebih pekat, boleh tambah sedikit air panas.


Thursday, August 22, 2013

SUP TULANG ALA SIAM

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi setelah cuti panjang.. Kalau ikutkan hati, nak terus sambung cuti gara2 blog tak leh nak update dr minggu lepas lg. Ntah ler, ada problem dgn blogger.com ni bila nak start buat entri. Dah try macam2 cara tp tak berhasil. Last2 biarkan aje sbb mood tuan rumah pun merudum aka melayang2 sejak lps raya ni. Dah la kembali berhanimun, kes anak2 dah kembali ke asrama masing2, hero sulong dah mulakan kerja kat spital Dungun.. tinggal ler berduet jer dgn cik abe. Mana la ada mood nak main masak2 lg bila hanya 2 mulut yg nak diisi. Masak pun ala kadar jer (biasa la tu kan hehe). Bila ditambah lg dgn blogger.com yg buat kerenah ni.. lagi ler tahap kerajinan nak update tu menjunam.. Tapi bila dibiar gitu jer dua tiga hari ni, td cuba la masuk nak menerai buka post/draf, ehhh.. elok la pulak dia.. dah keluar balik tempat ngarang (sebelum ni blank jer, yg ada cuma bahagian atas, tempat tajuk tu jer) So amik peluang la update setelah sekian lama bercuti ni.. Rasanya lepas ni, makin kurang la entri terkini dr SecubitGaram. Makin lesu dan makin lemau ler.. Dari 3 - 4x seminggu, mungkin jd 1x seminggu jer kut keluar entri baru. Pastu jd 2 minggu sekali, pastu sebulan sekali hapdet.. lama2 padam terus hehehehe... Tak per la.. dah banyak resipi2 yg dikongsikan dlm ni.. Mana yg berkunjung tu, pilih dan try la masak mana2 resipi yg berkenan di mata dan selera ya.. Semoga perkongsian selama ni memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Kali ni, K.Nor nak kongsikan satu resipi sup yg dibuat masa Ramadhan tempohari. Tak sempat nak update awal2 dek kebizian yg melanda. Resipi yg K.Nor ambil dr blog MesraSelera hasil tayangan amal Rohah kat fb. Sekali pandang terus jatuh hati nak mencuba.. Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba sbb SEDAP! Menyelerakan sekali rasa SUP TULANG ALA SIAM ni.. dgn rasa pedas2 dan masamnya tu.. Memang power! Mekasih pada tuan asal resipi Faa dan juga Rohah yg dah berkongsi resipi ni ya.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan K.Nor dan teman2 lain pulak.. 


SUP TULANG ALA SIAM
resepi;Faa
sumber : Rohah@MesraSelera
sumber : K.Nor@secubitGaram

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


# blog buat hal lagi.. penyakit on & off... adehhh... #


Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Kad raya yg terlewat, tuan rumah bz, tukand design kad pun bz.. bila bz yg berdouble triple ni.. tak dpt ler nak buat seawal kebiasaan.. apapun, better late than never kan.. ^___^


Buat semua pengunjung SecubitGaram, baru atau lama, pengomen atau silent reader, follower maupun bukan.. K.Nor dan seisi keluarga, mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin.. maaf atas segala kekurangan dan khilafan yg dilakukan selama ni, antara sedar maupun di luar kesedaran K.Nor ya..