f Secubit Garam: cards
Showing posts with label cards. Show all posts
Showing posts with label cards. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Kad Dari Fie@Adiweyah & Gold Card Dari CT

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ni nak gantung kad sempena Segmen Jom Berkenalan dari Fie@Adiweyah.blogspot.com dan juga kad utk followers bagi blognya.. Mekasih ya Fie.. 



Semoga ukhwah antara kita bloggers semua sentiasa berkembang mekar hingga ke akhir hayat.. amiin....

~~~~~ *** ~~~~~

Opsss... ada satu lagi kad. Rangkum sekali gus la dalam satu n3. Kang kalau tak buat gini terlupa pulak nak letak. Kesian CT, nanti dia kata K.Nor tak sudi nak amik Gold Card dia tu.. hehe.. Sori la ya CT, lambat sket amik kad, bz yg ntah apa2 jer dua tiga hari ni..


Ni haaa... Gold Card dr CT Delima. Agak2 boleh bawak gi shopping tak ni CT? Kalau boleh tenyeh dan barang2 tu pree, nak jugak print out card ni dan bawak gi soping.. Amboi.. Gold Card siap ada gambar CT pegang sudip lagi tu.. hihii.. Glamer dia! hehe.. Mekasih ya CT atas ingatan ni.. semoga ukhwah antara kita semua sentiasa berkembang mekar hingga ke akhir hayat.. amiin...


Saturday, September 11, 2010

Kad Raya





Insyaallah 3 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, 1431H.. Sekejap jer masa berlalu, Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita.. Kalau la boleh, tak raya pun tak per.. Kalau la boleh, puasa ni berbulan2 lg pun tak per.. Tak ada mood beraya sebenarnya. Lebih suka berpuasa dr beraya... Si anak dara nan sorang pun merasai benda yg sama..

Di kesempatan ni, K.Nor menyusun 10 jari (jari tangan aje ya.. jari kaki tak yah laa hehe) seikhlas hati, memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, terlebih gurau senda yg telah mencuit hati dan perasaan, secara sedar maupun di luar kesedaran K.Nor... baik di alam nyata maupun di alam cyber. Yg baik2 tu dtg dari Allah manakala yg buruk tu semuanya dr K.Nor jua.. Harap maafkan K.Nor ya..

Mohon juga dihalalkan segala resipi2 yg dah diceduk dan dicuba, ilmu yg diambil dr mana2 blog/website. Semoga ukhwah di antara kita semua sentiasa berkembang mekar selagi hayat di kandung badan..

Sudi2kan lah angkut kad raya yg tak seberapa ni dan gantung kat rumah masing2 ya.. Tahun ni tak ada famili photo spt tahun lepas disebabkan tak cukup korum.. Buah hati tak balik beraya tahun ni tp tak mengapa lah.. parcel raya dah selamat tiba ke tangan anakanda semalam dgn selamatnya.. Alhamdulillah...


SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin...


Friday, September 10, 2010

Himpunan Kad Raya 2

Salam Aidil Fitri..

Dah 1 Syawal hari ni.. alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi, telah diberikan kesempatan utk menghabiskan bulan Ramadhan kali ini. Semoga Allah menerima segala ibadah yg telah kita semua lakukan sepanjang bulan Ramadhan yg penuh barakah ini. Dan semoga kita semua dipanjangkan usia agar dapat berjumpa lg dgn Ramadhan pada tahun2 akan datang.. amiin..

Awal pagi ni satu lg sesi menggantung kad raya dr teman2 blogger. Mintak maaf la pada yg dah sound awal2 utk amik kad raya di rumah masing2. Memang dah amik dan siap2 save dulu utk dihimpun. Ingatkan nak publish n3 ptg semalam tp dek kesibukan yg melanda ( duk main marathon bakar kek, dr pg hingga ke petang dan kemas2 rumah)tak sempat langsung nak masukkan n3. 2 n3 yg sebelum ni pun dah siap2 buat auto publish pd malam sebelum tu, kalau tak mmg tak ada n3 la smlm.. Biasa la kan, sehari sebelum raya mmg bz tahap gaban kan..

Ok.. pada kad2 yg tak sempat nak collect tu, mintak maaf ya.. tak ronda mana pun blog2 lain. Yg ada ni yg dah save awal2.. maaf sgt2.. Nanti lepas dah beraya dan kalau ada peluang blogwalking dan jumpa lg kad utk diangkut, K.Nor akan masukkan kad2 tu kat sini ya.. Mekasih semua..


SELAMAT HARI RAYA...
Maaf Zahir dan Batin..


Kad raya dr Leen yg bakal bercuti kat Langkawi raya nanti.. haishhh seronoknyer dpt holiday bersama famili time raya.. Leen............. nak itut!! hehe


Kad dr Ayu Safieza, Dungun, Terengganu...


Kad dari Dr. Inahar...


dr FatinZ nun di Perlis..


Dr Mimiey.. mekasih ya..





Updated: Nadiah.. sori K.Nor tak leh amik kad kat rumah Nadiah, sbb ada malware detacted.. sori ya.. tak leh nak masuk..

Saturday, September 4, 2010

Himpunan Kad Raya

Sesi menggantung kad raya alam maya, tak perlu stem tak perlu sampul surat dan tak perlukan posmen hehe... Pengirim pertama jatuh kepada SueMiezi... Tahniah!! hehehe.. Mekasih ya Sue.. K.Nor suka kata2@pantun Sue ni.. mintak izin copy yg ni gak ya.. tq :)

Jauh Mana....
Jarak kita.......
Lama manapun tak jumpa
Kita tetap
Pandang ANAK BULAN yang sama
SELAMAT HARI RAYA.




~ ~ ~ ~ ~  * * * ~ ~ ~ ~ ~



Kad ke2 dr Alongroz, Mama si comel Liana.. Slmt Hari Raya gak buat Along sekeluarga.. ampun maaf ya kalau ada salah silap Nor sepanjang perkenalan kita yg bermula dr dlm forum MyR..

~ ~ ~ ~ ~  * * * ~ ~ ~ ~ ~


 Kad ke3 dr Jun JC, mekasih ya Jun... Slmt Hari Raya buat Jun dan famili...


** Utk tatapan Aida.. maaf ya K.Nor tk dpt gantung kad Aida, dah g td rumah Aida tp tak leh masuk.. Ada malware detected..  Banyak betul blog yg kena camni akhir2 ni.. Kalau dah ilang benda tu, K.Nor akan cuba amik nanti ya.. Sori Aida...

 ~ ~ ~ ~ ~  * * * ~ ~ ~ ~ ~



Yg ni pula kad special dr Lieza utk K.Nor..Terima kasih banyak2 ya Lieza, Selamat Hari Raya gak dr K.Nor.. Semoga ukhwah yg terjalin antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat walau hanya secara alam maya jer.. saaaaayang dia :)

~ ~ ~ ~ ~  * * * ~ ~ ~ ~ ~

Kad kali ni dari Adiya, Selamat Hari Raya buat Adiya dan famili.. 
Tak balik Ganu ke raya ni.. :)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan e-Card


Salam... nak gantung e-Card dari Alongroz. Card sempena menyambut kedatangan bulan penuh barakah, Ramadhan Al Mubarak. Mekasih ya Along, semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa kali ni.. insyaallah...


~~~~~ *x* ~~~~~



E-Card ni pulak dr Leen.. mekasih ya Leen. Nampak jer Leen tinggalkan pesan kat Sbox terus terbang ke rumah Leen dan angkut wat balik. Terus gantung sekali dgn yg Along punya tu.. Selamat berpuasa gak buat Leen sekeluarga.. Mudah2an kita sentiasa dlm limpah rahmat dan keberkatan dr Ilahi... amiin...


~~~~~ *x* ~~~~~


kad puasa
Satu lg e-card Ramadhan, kali ni dr CikMin. Maaf la ya Min, terlewat angkut dan gantung.. psst.. terlupa ler.. Ok, ni dah angkut dan dah gantung.. mekasih banyak2 sudi bg kad ni.. Dah besar Faheem ya.. Selamat berpuasa dr K.Nor buat Min sekeluarga, semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan keberkatan dlm bulan yg penuh barakah ni.. amiin...


~~~~~ *x* ~~~~~


Tak ketinggalan satu lg e-card Ramadhan. Kali ni dr Rabiatun yg skrg ni mmg terror sungguh bab deco2 kek. Semakin menjadi2 biz Tun ni sejak dah jd fulltime housewife. Cantik hasil tangan Tun ni, mmg kreatif. Tun, K.Nor nak berguru la dgn Tun. Bila tu ya? hehe

Selamat berpuasa gak buat Tun sekeluarga. Semoga kita semua mendapat keberkatan dlm bulan mulia, bulan penuh rahmat dan barakah ni.. amiin.. Tq for the card & Love u Tun..

Sunday, June 6, 2010

Roses Card From Love

thankyoucardfrlove2cook
Cantiknyer!!!! Tq Love kerana sudi hadiahkan kad bunga ros ni. Tapi sebelum tu nak ucapkan tahniah utk Food & Live terutamanya kepada Love sbb dah mencecah setahun usia blog Love tu kan.. Semoga Food & Live terus unggul dlm blogging dgn menghasilkan lebih banyak resipi yg sedap2 terutamanya resipi ayam.. hehe.. ingat ayam goreng, ingat Love kan.. mesti ramai yg setuju pendapat K.Nor ni.. Dan masih ingat lg kita mula berkenalan kat MyR masa kes puding dulu .. kan.. hehe.. mmg happy dpt berkenalan dgn Love nih.. anak2 pulak sweet belaka, mesti mummy & daddy dia org ni cun dan smart kan.. hehe...

Monday, May 10, 2010

Kad Hari Ibu lagi.. dan award dr K.Liza

Salam semua.. Dah hari Isnin lagi.. Kejap nyer masa berlalu kan.. Ok nak tampal lagi kad2 sempena Hari Ibu yg K.Nor terima dr adik2 blogger. Ada lagi ke yg tertinggal? Kalau ada beritau ya.. nanti g angkut smula.. tq buat semua ..


Pada mu Ya Allah ku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kerana diberi kesempatan ini utk menjadi ibu pada anak2 ku yg tersayang. Anak2 yg menjadi penawar bg segala duka, penghibur bagi hati yg lara dan penyejuk hati tika dilanda ujian demi ujian.. Semoga Engkau panjangkan usiaku dan suamiku dan limpahkan kami dgn kesihatan yg terbaik utk terus menunaikan amanah Mu dlm mendidik anak2 kami menjadi hamba Mu yg soleh dan solehah, bertaqwa dan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat... amiin...


mother'sdaylove2cook
from love ... tq so much dear..
mmg seronok dpt pegang jemari kecil gitu :)

dr Ummi Kuantan.. tq Ummi
pinky tuh !! ^__^


dari Yatie USA
sweet jer pink roses tu.. tq Yatie


dr Izah Pencinta Muffin.. :)
tq ya Izah....



dr Azatie..
pink roses lagi... tq Atie..



~~~~~~~ O ~~~~~~~


K.Nor amik kesempatan masukkan sekali la ya award dr K.Liza ni.. Nak letak sekali lagi apron ni sbb K.Nor mmg suka sgt dgn apron pink ni.. Tak ada ke yg buat apron gini, geram jer tengok.. Tq ya K.Liza bg award ni dan tq juga sebab memahami :)



Tq K.Liza...

Saturday, May 8, 2010

Kad Hari Ibu

Lepas dah gantung award apron, kali ni nak gantung kad sempena hari ibu yg K.Nor dpt dr teman2 blogger. Kepada teman2 yg dah menjadi dan bakal menjadi ibu, semoga kita menjadi ibu yg terbaik buat anak2 dan kepada yg masih belum diberikan rezeki tu, mudah2an suatu masa nanti anda juga dikurnaikan zuriat sendiri.. amiin..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe8ti_-HdALq-LzE3M3IfmzTwlxo0MIY4xuurWAJwTE2m0NFZIKEJRl5kgPzNe00JcHuTJphkvOm9k7FGMxHumrtUcXADNQ8kTGqWmqdpuxRGh353dGgMZXpq6o-vRzwApBASMWBVot-T7/s1600/selamathariibuku.jpg

Kad hari ibu dan jambangan ros putih ni pemberian Azie yg masih dlm pantang tu..
Mekacih Azie ya.. pantang betul2 jgn duk ngadap lappy jer :)

Ros cantik ni pulak dr Ros Jintan Manis yg dah tayang pun pewut dia tu.. :)
Tq Ros.. cantik kaler bunga ros ni..

Greetings

Ha... yg ni lak dari Alongroz, mama si Liana comel..
TQ Along.. kiss utk Liana :)


Ni dr JC, cantik gak kaler ros ni.. cam samar(pink) belacan jer..
Tq JC ya..

Sunday, February 14, 2010

Kad Dari Liza

Sebenarnya dah lama sgt Liza@Cun09 minta K.Nor amik kad ni kat rumah dia. Memang dah lupa sungguh! Tu la kan, kalau dah org suruh, tak buat dgn segera.. gitu la jadinya. Umur dah makin meningkat ni, makin la jd pelupa. Pada Liza.. K.Nor nak pohon ampun dan maaf sbb terlupa nak amik kad sempena ulangtahun pertama rumah Liza. Dan tak lupa nk ucapkan tahniah dan semoga Liza terus maju, berjaya di dunia dan di akhirat.

Dan besar harapan dr K.Nor agar kita dpt berjumpa juga satu hari nanti.. insyaallah..

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Di kesempatan ni K.Nor sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua pengunjung ke rumah K.Nor ni. Tak kiralah anda sebagai seorang blogger atau pun tidak. Andai sbg seorang blogger, sudi2kan lah gantung kad ni di rumah masing2 sebagai ingatan tulus ikhlas dr K.Nor. Semoga ukhwah di antara kita bertambah erat dan mesra hingga ke akhir hayat. Kalau bukan blogger tu, boleh gak nak amik kad ni. Print dan tampal kat mana yg anda suka ya.. :)

Andai ada salah silap K.Nor sepanjang K.Nor on air ni jutaan ampun dan maaf K.Nor pinta. Yer la kan, kita tak sedar pada tutur kata, gurau senda dan tegur menegur kita setiap hari mungkin ada yg menyentuh perasaan org lain. Sebagai hamba DIA yang hina yg tak boleh lari dr membuat kesilapan, apa yg termampu kita lakukan hanya memohon ampun dan maaf. Seseungguhnya memaafkan seseorang adalah satu perbuatan yg mulia. Lagipun sebesar mana kesalahan hamba pd tuhan penciptaNYA sentiasa diampunkan bila dimohon keampuanan secara ikhlas kecuali dosa mensyirikkanNYA. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari NYA dan tergolong dlm golongan org yg beruntung di dunia dan di akhirat .... amiin.....

Tuesday, November 24, 2009

Kad Raya Aidiladha


Ni dia kad raya Aidiladha yg pertama utk kali ni, K.Nor terima dr HaSue, mak bidan yg tersohor sekarang ni.. hehe Mekacih ya Sue... Selamat Hari Raya buat Sue sekeluarga dr K.Nor. Salah silap masa berbicara samada secara live maupun atas screen PC K.Nor mohon ampun dan maaf ya..


K.Nor sambung kat sini aje ya, kad2 raya dr teman blogger yang lain.. Thanks buat semua.. Selamat hari raya ...

Kad dari Emi@sakura>emi ...
rmmm sedih tengok rupa lembu tu..





Yang ni dari Abbot dan Noorsha..


Dan yang ni dari Azatie .. ermm... sama lak kad raya kita ya Azatie :)

Sunday, September 20, 2009

Kad Raya Lagi...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H...

Syawal menjelma lagi, Alhamdulillah.. bersyukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dng limpah kurniaNYA kita masih diberi kesempatan utk meraikan hari yg mulia ini..


Sesi menggantung mengutip dan menggantung kad raya yg ke 3 dan rasanya yg terakhir dah utk raya aidilfitri kali ni.. Harap2 tak ada yg tercicir ya...

Kad dari Naz


dari Masz


dari Wawa



dari Liana PG


Dr Ummi Kuantan


dari Dayang


dari CT

dari Orked


dari 3E


dari Zie


dari Siti

dari Nina

dari Aya