Showing posts with label greeting. Show all posts
Showing posts with label greeting. Show all posts
Monday, July 28, 2014
Saturday, August 18, 2012
SALAM LEBARAN..
ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua teman2 dan pengunjung SECUBITGARAMNOR67.. Di kesempatan ni K.Nor memohon ampun andai ada silap dan salah dr segi tuturkata, gurau senda selama ni. Mungkin ada yg terkasar bahasa dan membuat ada yg tercuit rasa.. Yg baik2 tu semua dari Allah dan yg tak elok tu semuanya dari kelemahan K.Nor jua..
Tak boleh nak berbicara panjang.. berderet tugasan yg menanti (biasa lah kan, esok dah nak raya.. mcm2 benda nak kena buat.. nak gi BW dan wish slmt hari raya kat blog teman2 lain pun tak berkesempatan jugak.. maaf sgt2 ya..) Blog akan bercuti rehat beberapa hari, insyaallah akan di update bila kelapangan selepas raya nanti. Maaf lah, K.Nor tak sempat nak buat entri kukis tahun ni. Tak buat banyak mana kukis pun, sekadar utk amik syarat ada kuih raya jer. Tu pun buat yg menjadi kegemaran anak2. Tak boleh tak buat, nanti anak2 nak balik ke asrama, pasti nak bawak balik sket2 sorang kan.. So layan jer la gambar kukis yg diabadikan dlm kad raya, special utk peminat dan pengunjung SecubitGaramNor67...
JUMPA LAGI..........
Saturday, February 25, 2012
EMPAT PULUH LIMA....
ASSALAMUALAIKUM....
ALHAMDULILLAH... Bertambah lagi usia. Yer, dah 45 tahun dah.. Buat apa malu nak sebut angka usia kan, memang dah tuo pun hehe.. Bukannya boleh kita undurkan usia kita walau sehari atau sesaat sekali pun. Bersyukur jer dgn apa yg dimiliki dan dikurniakan oleh Nya, insyaallah akan ditambah lagi nikmat yg Dia berikan..
Setiap tahun pd malam ulangtahun kelahiran pasti akan terasa sayu, merindu org yg dah lama pergi. Air mata sentiasa gugur bila memohon doa khas buat org yg melahirkan dan membesarkan walau hanya untuk seketika ni. Betapa bersyukur dilahirkan olehnya, kalau tak, tak adalah org bernama Nor Azmihah di muka bumi ni kan.. Betapa rindu sgt2 kepadanya, ingin sgt2 memeluk, menciumnya spt yg dapat dilakukan oleh org lain terhadap ibu mereka. Selain dr memohon doa yg baik2 buatnya, tak lupa dipanjatkan juga doa utk 'berjumpa' dlm alam mimpi. Alhamdulillah... Hanya sekali Allah berikan peluang utk K.Nor berjumpa dan menatap wajahnya dlm mimpi, masa tu di bulan Ramadhan. Ya Rabbi, rindu ku terlerai ketika itu dpt melihat dia dlm pakaian serba putih, dgn wajah yg sangat berseri dan bercahaya. Namun, kita sentiasa tamak, mintak lagi dan lagi utk 'berjumpa' terutamanya malam hari ulangtahun kelahiran dan malam hari raya. Memang K.Nor tak leh nak bayangkan rupa arwah kerana arwah meninggal masa K.Nor berusia 6 tahun. Dah 39 tahun K.Nor menyambut ulangtahun kelahiran dan beraya tanpa kehadirannya. Hanya Dia yg tahu, betapa rindu pada org yg satu ni.. Semoga Allah ampunkan segala dosa ibuku, dilapangkan kuburnya dan dijadikan kuburnya sebagai taman syurga dan ditempatkannya di jannah di hari yg pasti nanti. Juga semoga Allah ampunkan segala dosa ayahku dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan keatasnya. ermm... dah la ya yg sedih2 tu, kita tukar mood ok :)
Celebrate? huhu... tak ada maknanya nak celebrate bagai tuh.. Tahun ni agak sedih gak ler, tak ada sorang pun anak2 kat rumah nak diajak celebrate. Kali pertama dlm sejarah ni... Tapi Alhamdulillah.. Along dan Naim dah call tengahmalam tadi utk wish birthday buat si emak nih.. Tiada yg lebih membahagiakan bila anak2 ingat dan ucap selamat kan. Hanya ingatan dan doa dr mereka yg paling berharga. Kalau biasanya tiap2 kali mlm hari jadi tak kiralah hari jadi sapa pun, masing2 berebut nak wish, sapa dulu yg paling awal wish dan sapa yg paling lewat wish.. Masing2 duk tertunggu2 jer jam pkl 12.00 tghmalam hehe.. Alahai.. rindu saat tu kali ni.. Apapun kali ni Along yg menjadi pemenangnya dan Naim yg ke2. Aisyah dan Luqman payah sket la sbb duk kat asrama, camna nak buat call tengahmalam buta lagi pun bukannya dia org ada henpon kan.. Takper.. K.Nor tau dia org mmg ingat tu cuma tak berpeluang nak call jer ^__^
Nak kek? huhu.. sori la.. tahun ni tak ada kek ya.. Kalau buat pun sapa yg nak tukang perabis tu, kang besday mum gak la yg kena jd cik tong.. Bertambah2 ketembaman ku nanti.. dah lah lebih dr 60kg dah nih.. huhu.. bila la nak balik ke weight asal..
Agaknya kalau gi kendelite berduet jer ok gak kan sementara anak2 tak ada nih.... hehee
Sebelum terlupa, nak wish birthday gak pada geng kembar K.Nor, SO PEA atau nama glamer kat dlm MyResipi Kak Fiza MyR dan juga buat YANI MNOR. Dah banyak tahun kita celebrate hari jadi bersama di alam maya kan, bila agaknya dpt kita sama2 celebrate di alam nyata, dpt potong kek sama2 dgn kehadiran keluarga tersayang sekali kan..
HAPPY BIRTHDAY buat Pia dan Yani, semoga dipanjangkan usia yg berkat, diberikan kesihatan yg baik dan dijadikan kita ibu yg terbaik buat anak2 dan isteri yg solehah buat suami masing2. Semoga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa menjadi milik kita, di dunia dan di akhirat.. amin.....
~***~
K.Nor amik kesempatan kat sini nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg dah wish kat fb dr smlm lagi. Org yg mula2 wish adalah MamaFami, kes tersilap hari hehe.. Mekasih Ma, dpt 2x birthday wishes dr Ma tahun ni :) Pastu diikuti dgn Noorsha dan lain2.. Mekasih banyak2, semoga Allah makbulkan segala doa2 yg dipanjatkan dan semoga Allah melimpahkan juga rahmat dan keberkatan buat adik kakak dan teman2 semua bersama ahli keluarga masing2. Sayang semua... ^__^
K.Nor letak yg gambar2 jer ya, utk dijadikan kenangan di kemudian hari.. TQ
dari MamaFaMi
dr Noorsha
dr Azie
dr Ina Abd Aziz
dr Nik Zamzurina
dr Mas
hehe yg ni terpaksa letak gak sbb yg ni pemberian CT Delima ^__^
dr Love
dr Diny
Monday, January 2, 2012
TAHNIAH IZAH & IML
ALHAMDULILLAH...
Kembali bersiaran di entri pertama di tahun baru tahun 2012 yg semestinya sentiasa mencabar. Kalau ikutkan nak masukkan entri ni semalam, sempena permulaan tahun baru tapi disebabkan diskdrive terjerlus lagi, terpaksa lah tunggu anakanda betulkan. Tapi bila K.Nor tak guna pc, anak2 pulak yg duk main game. Takper lah.. kena bagi peluang kat dia org lagi pun sekolah dah nak start kan.
Plan asal nak buat entri tahniah buat Izah yg disunting Majalah Jelita utk bulan Jan 2012 aje, rupanya hari ni merupakan ULANG TAHUN KEDUA blog Izah, IZAH MUFFIN LOVER. Alhamdulillah.. hadiah berganda buat Izah dan IML utk tahun 2012. Awal tahun dah dapat menempa kejayaan kan, mudah2an akan berterusan berjaya menempa nama di alam maya atau dgn ertikata lainnya alam blog.
Jah... teruskan berkarya.. jgn kita hiraukan kata2 sumbang di depan maupun di belakang kita. Biarkan aje.. biarkan seperti angin yg berlalu. Asalkan Allah tau apa niat kita, lagipun Allah maha mengetaui. Mudah2an satu hari kebenaran dan yg haq akan terbukti jua..
TAHNIAH sekali lagi buat Izah dan IML.. mmmmmmmuah!! cayang dia :)
Saturday, November 5, 2011
SALAM AIDILADHA
ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dari K.Nor dan famili buat semua teman2 dan pengunjung SecubitGaram yg beragama Islam. Dikesempatan ni K.Nor menyusun jari memohon ampun andai ada silap salah K.Nor sepanjang K.Nor berblogging atau mana2 yg dah mengenali K.Nor dari MyResipi maupun dari dalam forum MyResipi. Kita manusia tak boleh elak dari melakukan kesilapan secara kita sedar ataupun diluar kesedaran kita. Yg baik2 tu adalah datang dari ALLAH, yg tak elok tu adalah dari K.Nor.

Tak boleh nak berbicara panjang2, almaklumlah malam raya, banyak benda nak dibuat. Semoga dapat berjumpa lagi selepas raya nanti. Semoga semua berbahagia di samping keluarga tercinta di hari lebaran ini.
SELAMAT HARI RAYA......... ^___^
Wednesday, August 31, 2011
SALAM AIDILFITRI...
Sticky Post
ASSALAMUALAIKUM...
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah.. tinggal 3 hari jer lagi ukita semua nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, insyaallah.. Terasa sayu jer nak melepaskan Ramadhan pergi, bukan K.Nor jer yg terasa gitu, Luqman sendiri yg duk ulang2 jer cakap dua tiga hari ni.. mak, adik sedih la.. puasa dah nak abis.. ermm... bukannya dia cakap dia seronok sbb nak beraya tak lama lagi padahal dia masih dlm usia kanak2 lagi kan.. Nak buat macamana, bukannya boleh ditahan2 kepergian bulan Ramadhan, bulan yg mulia lagi penuh keberkatan tu.. Mudah2an kita semua dipertemukan lagi dgn Ramadhan tahun 1433H
Di kesempatan ini, K.Nor nak memohon ampun andai ada silap salah dalam berkata2, membalas komen, terlebih gurau senda, kut2 ada yg terasa hati, halalkan juga mana2 resipi yg diambil dr mana2 dapur tanpa keizinan (insyaallah akan sentiasa diletak backlink) dan kalau ada yg menghantar barangan/parcel kepada K.Nor dan tidak mendapat balasan dr K.Nor atau dibalas dgn barangan yg tak seberapa tu.. K.Nor harap2 maafkan atas kelemahan dan kekhilafan K.Nor ya.. Yg baik2 tu semuanya datang dari Allah juga manakala yg tak elok tu atas kelemahan diri K.Nor sendiri.
Semoga ukwah yg dibina akan diberkati Allah dan akan terus kembang mekar walau hanya di alam maya sahaja. Sudi2kan angkut kad raya alam maya sebagai ingatan tulus ikhlas dari K.Nor.. terima kasih..
Kepada yg nak balik kampung tu, hati2 semasa memandu, semoga selamat sampai ke tempat yg dituju dan semoga selamat juga kembali ke rumah kediaman masing2 selepas sambutan raya nanti.. Semoga kita berjumpa lagi selepas raya ni.. Dan buat yg join segmen Jom Menimbang, jgn lupa utk menimbang dan tinggalkan berat timbangan anda samada kat entri ataupun kat fb ya.. Masa raya tu, jgn pulun banyak2.. kang berat melebihi dari sebelum mula puasa aritu.. hehee
~~~~~~~~~ *X* ~~~~~~~~~
K.Nor juga ingin mengambil peluang menggantungkan kad dari teman2 blogger yang lain, dengan ucapan terima kasih atas persahabatan yg terjalin selama ini.. dan Selamat Hari Raya dari K.Nor sekeluarga buat teman2 semua..



Monday, August 1, 2011
SALAM RAMADHAN 1432
ASSALAMUALAIKUM....

Insyaallah, kita semua akan mula berpuasa esok 1 Ogos 2011. Kejap jer masa berlalu, alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dgn bulan yg mulia lagi penuh barakah, bulan Ramadhan, bulan yg sentiasa ditunggu2 umat Islam. Di sini K.Nor ingin mengambil kesempatan, mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua teman2 pengunjung sekeluarga yg beragama Islam. Semoga kita semua dapat mejalani ibadah puasa dgn baik. Terutamanya kepada anak2 kita yg baru belajar berpuasa, semoga mereka diberi kekuatan utk menahan lapar dan dahaga sepanjang tempoh mereka berpuasa.
K.Nor juga ingin mengambil kesempatan di sini, menyusun jari memohon ampun maaf andai ada tersilap tutur kata dan gurau senda yg mungkin telah mencuit rasa sesiapa juga, baik di blog ni maupun bila meninggalkan komen di blog teman2 lain serta di fb. Yang baik2 tu adalah dari Allah jua dan yg tak elok tu adalah dari kelemahan K.Nor sendiri.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah sunat yg sebaiknya dlm bulan Ramadhan kali ni dan berdoalah nanti supaya ini bukan Ramadhan kali terakhir utk kita. Semoga kita dapat bertemu lagi dgn Ramadhan di tahun2 yg akan datang. amiiin...
Sudi2kan bawak balik dan gantung kad kat rumah masing2 ya.. :)
Sudi2kan bawak balik dan gantung kad kat rumah masing2 ya.. :)
SELAMAT BERPUASA
~ ~ ~ ~ ~ *** ~ ~ ~ ~ ~
Wednesday, June 29, 2011
0ne Million... At last ^__^
ASSALAMUALAIKUM..
Sedar tak sedar dah cecah 1 juta hits ( dah lebih dr 5000 baru nak perasan, tu pun Along K.Nor yg cakap jap tadi hehe ) SecubitGaramNor67@blogspot.com setelah bersiaran selama 2 tahun 3 bulan. Tak terasa masa berlalu, rasa cam baru jer lagi menceburkan diri dalam dunia blogging. Makin lama makin terasa keindahan menjadi blogger (walau banyak juga yg pahit, kita amik yg positif dah la kan.. yg pahit, yg keruh tu, kita buang jauh2 walau ada yg menjadi parut, berbekas di hati.. ada yg masih terpendam kekecewaan dgn sesetengah blogger dan keadaan atau apa yg dilakukan.. yer la, siapa lah diriku nak bandingkan dengan mereka2 ini kan.. ) Yang paling best mendapat kenalan baru yg tak pernah bersua muka, ada yg dah ramai jumpa, dpt mengikat tali persaudaraan antara bloggers dan juga dgn bukan bloggers. Alhamdulillah.. terasa indahnya ukhwah yg dibina atas keikhlasan dan kerana Allah ni.. semoga terus mekar ukhwah antara kita semua ya..
Ikutkan plan yg K.Nor buat, ada nak buat perubahan sket pada blog ni tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan. Kita hanya merancang, Dia juga yg menentukan. Insyaallah akan dilaksanakan jugak cuma masanya entah bila.. Mudah2an dpt dilaksanakan secepat mungkin..
Jutaan terima kasih buat semua pengunjung ke SecubitGaramNor67 yg tak seberapa ni. Tak kira lah bloggers, bukan bloggers yg sudi mengomen, pengunjung baru maupun yg lama, silent readers maupun yg suka tinggalkan komen. Kalian semua amat K.Nor hargai.. Semoga akan terus mengunjungi SecubitGaramNor67 ya.. Kunjungan dan komen2 teman2 semua sentiasa menceriakan hari K.Nor serta menjadi pemangkin semangat utk K.Nor meneruskan blog ni. Komen2 positif yg membina dan bukan menikam dr belakang dan menjatuhkan sesama sendiri amatlah dihargai. Terima kasih sekali lagi.. Luv u all... always ^___^
Sudi2kan amik ya.. tq so much!
Tuesday, April 26, 2011
Bunga Dari Antan Bertingkah..
Assalamualaikum..
Hari ni adalah ulangtahun pertama AntanBertingkah.Blogspot.Com. Tahniah dari K.Nor buat Yumy Adiza (harap2 betul la nama empunya Antan Bertingkah ni ya.. hehe) Teruskan berkarya dan menambah kenalan alam maya.. mudah2an blog AntanBertingkah akan menjadi blog yg top suatu masa nanti.. insyaallah..

Ni K.Nor angkut bunga ros dari Yumy, special dari dia buat teman2 blogger. Terima Kasih dari K.Nor buat Yumy dan semoga sudi menerima balasan bunga ni pulak dari K.Nor ya... :)
Tuesday, April 12, 2011
Tahniah DapurMas & Our Journey Begins..
Niatnya nak buat n3 special utk Mas Duniaku sebelum ni lagi dah tapi terbantut a.k.a terlupa.. Kebetulan Nieza mengetuk pintu smlm kat fb suruh amik poskad kat rumah dia kes mr posmen tak kerja shif malam, jadi K.Nor rangkum sekaligus la ya n3 utk 2 org blogger yg makin hebat ni..
Dua2nya baru saja meraikan ulangtahun pertama blog masing2, Mas dgn Mas Duniaku dan Nieza dgn Our Journey Begins. Tahniah dari K.Nor atas kejayaan pertama ni, semoga akan terus mantop dan sukses di masa akan datang. Juga semoga terus memeriahkan dunia blog seantero dunia.. Besar juga harapan K.Nor agar hubungan mesra antara kita semua ni berkekalan mekar hingga ke akhir hayat.. amin....
Friday, February 25, 2011
Happy BornDay
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan pada Allah, Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa dan Maha Agung, masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini. Syukur juga atas segala limpah rahmat, rezeki dan keberkatan yg diberikan sepanjang 44 tahun usia berlalu. Semoga akan terus menikmatinya selagi hayat dikandung badan.. Al Fatihah buat arwah ibu yg telah melahirkan walau hanya sempat bersama 6 tahun saja.. 38 tahun meraikan ulangtahun kelahiran tanpa kehadiran dan kasih sayangnya.. :(
Tak sangka pulak dah ramai yg wish happy birthday kat sini. Bermula dengan AlongRoz yg siap buat kad utk K.Nor.. Ingatkan tak ada org tahu melainkan teman2 lama dr MyR (terutamanya Sofea dan Yani, kerana kita org berkongsi tarikh hari lahir) dan juga teman2 di facebook (sbb birthdate ada tertera kat profile hehe) Terharu sgt bila Along ingat birthday Nor.. mmmmmuah!! mmg sayang dgn Along ni.. nanti Nor angkut kad Along ya.. (dan juga kad2 lain gak.. tq so much) Masih belum free lagi ni.. insyaallah lepas ni gi angkut dan tampal semua termasuk kad2 yg kat fb gak (kalau tak tampal kat sini lain kali payah dah nak tengok balik kan.. hehe)
Buat Pia dan Yani..
Happy Birthday juga utk kembar K.Nor ni..
Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki dan rahmat dalam kehidupan kita sema..
Diberikan kesihatan yg baik dan bahagia bersama suami dan anak2 tersayang.
Semoga kita akan diberi kesempatan untuk bersama2 menyambut lagi hari ulangtahun kelahiran di tahun2 mendatang..
dan semoga ukhwah antara kita berkekalan erat selagi hayat di kandung badan...
amin...
**Pia, Yani.. jgn lupa angkut kad tak seberapa ni ya.... :)
UPDATED:
Masa utk menggantung e-card dr teman2 tersayang.. Ada yg buat special entry, ada yg wish kat facebook.. alhamdulillah.. terima kasih semua.. terharu sgt.. Terima kasih juga atas semua doa2 yg dipanjatkan buat K.Nor dan juga famili K.Nor. Semoga segala doa2 itu dimakbulkan dan semoga ukhwah yg terjalin sepanjang tempoh kita semua berkenalan, akan terus mekar mewangi selagi hayat di kandung badah.. Luv u all........... mmmmmuah! (the kiss for ladies only ya... hehehe)

Dari MamaFami..
Org yg pertama wish kat fb smlm..
Tq Ma, sori ya tak leh nak besarkan gambar :)
Dari AlongRoz, pukul 2.31 pagi gantung kad utk K.Nor..
wahhh.. terharunyer!!! mekasih Along! mmmuah :)
![]() | Happy birthday kak nor..sempat buat kek stoberi untuk kak nor ni.. |
Dari HaSue... sempat lg godek kek stoberi utk K.Nor ya..
mmmuah!!! tq.. tq ... lepas ni bg kek yg real ok :)
Dari besday girl, Pia@Sofea After6am @ K.Fiza MyResipi..
Tq pia.. sweet jer budak pempuan tu.. :)
Dpt kek lagi.. yg ni dari Lieza..
Tq Lieza ya.. Muaz tidur ke masa godek kek ni? hehee

Dari Azie.. tinggi kek dr spongebob ya.. hehe
Mekasih Azie cayang... :)

tomeinyer kitty ni bagi cupcake utk K.Nor..
kad dari Ninazsyafinaz.. tq Nina :D

Kek dan hadiah dari K.Anim@My Kitchen
semoga ikatan ukhwah kita berkekalan dan semoga K.Anim diberikan kesihatan yg terbaik.. amiinn...

Bunga dari Azlita... cantik!!
Mekasih Ita.. mmmmuah! :)

Yg ni dari Hani@Sembang Dapur..
Mekasih Hani.. mmmmmuah jugak utk Hani :)

Kek putih bersih dr Na@Mekna..
Mekasih ya Na.. nanti kita potong sama2 :)

Kad ros merah dari Mimiey
Mekasih ya Mimiey :)

Special card dr Waniey.. Rainbow Chiffon Cake card..
tq Waniey :)

Dari Yani, besday girl ehh.. besday mum :)
sama pulak kita buat red velvet cupcake ya..
kembar la katakan.. hihih
tq Yani :)
~~~~~~~ X ~~~~~~~
Terima Kasih juga buat yg memberi kad ucapan, ada yg siap nyanyi2 lagi melalui you tube..
1. Rimau Hensem : http://www.youtube.com/watch?v=xdETDPqMPZw
2. Anna Qawina : http://www.youtube.com/watch?v=iJoKmCRY_Ws
3. Fatinz : http://www.youtube.com/watch?v=drBUbl9dnW8
4. Azura Zulkifli : http://www.youtube.com/watch?v=dePMU8R131s
Bukan niat membangga diri atau menunjuk2 ya bila K.Nor letak semua ni. Sekadar utk dijadikan kenangan di kemudian hari. Kalau tak letak (terutamanya link dr you tube tu) payah nak trace lain kali kan.. tq..
Subscribe to:
Posts (Atom)



























