Friday, June 7, 2013

NASI JAGUNG BERSERAI & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. masih dapat bersiaran lg rupanya di dapur alam maya ni... Takper la kalau jarang2 atau kadang2 asalkan ada dan tak terkubur terus kan.. hehe..

Kita kurangkan pot pet.. kita layan menu yg dibuat beberapa hari lepas (hari ni tukang masak gantung kuali, makan nasi kenduri jer hehe)


Dah pernah buat NASI JAGUNG dan jugak dah pernah buat NASI JAGUNG 2. Kali ni kita buat lagi menu yg lebih kurang jugak tp diberi sedikit kelainan dgn penambahan serai yg turut menaikkan aroma NASI JAGUNG BERSERAI. K.Nor gandingkan NASI JAGUNG BERSERAI ni dengan GULAI AYAM (TRG STYLE) dan ACAR TIMUN (jelatah). Utk menambahkan kerancakkan menghadap menu ni, K.Nor juga buat SAMBAL BELACAN.. tp terlupa la pulak nak masukkan sekali masa shooting tu.. Tak per la ya.. :)


NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. 
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan. 

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

~~~~~ 0 ~~~~~


GULAI AYAM TRG STYLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam

gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

~~~~~ 0 ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 biji timun ~ dihiris
1/2 batang carrot ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 - 3 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ atau secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.

~~~~~ 0 ~~~~~

Letak gambar lama tak per la ya.. buat syarat jer heheee
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional
Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

12 comments:

  1. Hamboiii... tak ajak pon makan sambal belacan mangga yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai tak makan sambal belacan, tu laling dn hero sulong yg makan.. sbb tu ai tak ajak hehe

      Delete
  2. Ganu foods...gulai ganu paling rindu...

    ~silakan berkungjung ke blog saya untuk dapat tips kesihatan dan kecantikan wanita, terima kasih~

    ReplyDelete
  3. Telan air liur tgk ni memalam ni kakNor..hihi..gulai ganu mmg paling besh..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg org ganu tak leh lari dr gulai ganu style kan.. :)

      Delete
  4. tiba-tiba rindu masakan mak bila tengok entry lauk pauk ni.. mak selalu masak gulai ayam dan acar..dan sambal belacan mangga tu..

    bahan pun macam sama je mak guna.. tapi bila masak sendiri air tangan lain rasanya..

    sy pun dr Ganu kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal org ganu kiter :)

      walaupun resipi sama, lain tangan, lain rasanya :)

      Delete
  5. Sounds interesting....gulai ayam style tganu looks so yummy kak nor...nice combo

    ReplyDelete
    Replies
    1. do give a try GK.. u will love it :)

      Delete