f Secubit Garam: wedding
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

LELA & AINI'S WEDDING

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya dapat gak menyiapkan editing gambar2 majlis perkahwinan 2 org anak sdara K.Nor yg berlangsung pada 15 September baru2 ni. Dah nak masuk 2 minggu baru la si emak sdara ni dpt edit dn mengarang entri.. fuhhhh... teruk betul kan tahap ke'M'an K.Nor hehe.. Nak memilih gambar yg banyak tu satu hal, nak edit pastu nak jdikan collage satu hal. Takkan nak masukkan semua gambar2 tu gitu jer, nanti 'berat' blog ni.. payah nak loading. Nak tak nak kena la dibuat bentuk collage.. Nak pilih layout collage yg menepati jenis dan bilangan gambar pun fenin tau.. hehe

AINI (left) & LELA (right)
 Ok lah.. kita berbalik pd main point. Majlis perkahwinan 2 org puteri sister K.Nor yg tinggal di Puchong ni telah berlangsung dgn sederhana tp cukup meriah. Mana tak meriah kan, ada 2 pasangan pengantin. Tetamu jemputan mmg ramai sekali yg hadir dan hari tu cuaca pun cukup baik.. alhamdulillah.... TAPI .. erm... ada tapinya tu.. ada satu yg membuatkan K.Nor cukup terkilan, tak ada satu pun gambar pengantin2 bersama K.Nor sekeluarga terutamanya di pelamin yg sangat cantik tu.. huhu.. Memang tak berkesempatan langsung nak berposing dek sibuk melayan tetamu.. hehe.. org bz la katakan.. Tambah lg mmg ramai yg amik kesempatan bergambar dgn pengantin, terutamanya dr keluarga pengantin2 perempuan, belah pengantin2 lelaki dan teman2 pengantin serta kaum kerabat.. Bila majlis dah berakhr baru sedar yg tak snap sekeping pun gambar dgn pengantin di pelamin. Masa tu pulak pengantin dah gi shooting outdoor dan balik pun dah hampir senja. K.Nor pulak masa tu duk ralit melayan tetamu yg paling akhir, yg datang dari Kajang nun.. hehe

Nak buat camna kan, melepas peluang berposing atas pelamin ala citer dongeng (fairy tales) yg ditempah khas oleh si pengantin .. berkisahkan cinderella gitu.. pelamin berbentuk kereta labu, begitu juga dgn kek utk acara memotong kek, juga berbentuk kereta labu (pumpkin carriage) mmg cantik sungguh! Pelamin dan majlis bertemakan warna pink & purple, warna kegemaran ke dua2 pengantin Lela & Aini. Kedua pengantin pun berseri2 dgn pakaian & veil yg dijahit khas labucinya oleh sister K.Nor.. 

Pada keesokkan harinya, majlis bertandang aka mengantar menantu bg pasangan Lela dan Arif di Keramat. Masa tu la K.Nor amik kesempatan utk bergambar bersama ke dua pengantin.. tak perlah.. at least ada gak gambar kenangan bersama pengantin Lela & Arif. Bagi pengantin Aini dan Esam, majlis bertandang akan diadakan di Kedah, pada bulan Nov nanti, insyaallah.. Jom la kita layan sedikit gambar2 sekitar Majlis Akad Nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya, kenduri di rumah sister K.Nor di Puchong dan juga di majlis bertandang di Keramat.

(sedih gak sebenarnya bila kedua anak sdara ni dah jd isteri org, sayu jer hati masa akad nikah tu.. dah jadi milik org dah anak2 yg sangat k.nor sayang ni, sayang pd dia org ni mcm sayang anak sendiri.. menitis jugak air mata bila selesai akad nikah.. ermmm... semoga la dan adik menjadi isteri solehah dan bahagia di samping suami masing2 hingga ke hujung nyawa dan dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah.. amin.. )




Guest Story Book





Last sekali K.Nor nak tayang beberapa keping gambar ekslusif yg diambil pada majlis tersebut (walau dah ditayang di fb, tp yg tu yg diambil dgn hp, manakala yg ni belum ditayang lg sbb diambil dr kamera gedabak cik abe hehe). Tapi sebelum tu, K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih pada beberapa org ni yg telah sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan ke empat mepelai semata2 utk berjumpa dan berlaga pipi dgn K.Nor hehee... Mekasih banyak2 juga atas ole2 yg diberikan pd K.Nor tu, maaf sgt2 sbb tak dapat membalas balik pemberian tu. Memang tak sempat sungguh nak sediakan something buat yg datang ke majlis sebelum ke KL tempohari..Semoga Allah membalas budi baik anda semua dan semoga diberikan kesempatan utk kita berjumpa lagi di lain waktu.. Dan maaf sgt kalau terkurang layanan dr K.Nor pada hari tu ya.. oppss... lupa.. mekasih juga pada suami masing2 serta anak2 yg turut mengiringi ke majlis .. tq.. tq.. :)

Tetamu pertama datang,K.INA KL (dtg bersama anak2)
Sapa tak kenal K.Ina yg skrg ni masuk 4 angka jer tu.. :)

Bg yg tak kenal lg, ni la dia KAK CM (CIK MANGGIS) , bersama suami yg sporting :)

NINA MIRZA @ NINA AZERIN bersama suami dan anak2
Terkejut bila Nina panggil akak yg betul2 depan dia.. hehe

Takkan tak kenal dgn yg di sebelah kiri kanan K.Nor tu..
Sapa lagi kalau bukan CT Delima yg semakin ngetop skrg ni .. :)
Juga Ilah yg dah jd tokey kuali dan pan vantage hehee

Yg berbaju merah duk makan tu suami Ilah dan Che Mat berkemeja kotak2 tu suami CT :)

'Nor bersama Noor'.. hehe
ingat lagi Noorsha yg turut muncul dlm Aroma bersama K.Nor?
ni la dia, Noorsha dan juga puterinya Dhira
(aritu Dhira tak mo kat mama dia, asyik nak kat kak Aisyah jer hehe)

Tetamu paling lewat, semua dah kemas2 sib baik sempat tahan lauk pauk sebelum diangkut masuk rumah  hehe
Masz Kajang bersama Iqa yg comel dan anak sdara Masz..
Teman lama dr zaman forum MyR.. ermm rindunya saat2 dulu kan Masz :)

TERIMA KASIH sekali lagi atas kesudian teman2 datang dr jauh dan dekat utk sama2 meriahkan majlis dan yg penting utk gader2 dgn K.Nor aritu.. Semoga diizinkan dan dipermudahkan utk kita semua berjumpa lagi di lain waktu ya.. :)

Sunday, May 29, 2011

Hajar's Wedding

ASSALAMUALAIKUM..


Dah 2 hari tak berupdate blog. Tuan rumah dah lepek abis, kepenatan sangat. Semalam pun masih ada kenduri yg dihadiri. Jadi dapur pun masih belum beroperasi lagi la.. Meh la layan gambar2 sekitar Majlis Perkahwinan Hajar bersama suaminya yg telah berlangsung dgn sederhana tapi meriah pada Jumaat 27 Mei 2011 baru2 ni. Hanya sedikit aje gambar yg dapat di snap memandangkan K.Nor dan Cik Abg betul2 sibuk pada majlis tu tambah lagi Cik Abg jd 'tuan rumah', so tak ada la peluang nak pegang senapang dia tu. Gambar2 yg ada ni pun diambil sebelum majlis bermula dan juga selepas majlis selesai. Gambar persandingan sekeping pun tak shoot sbb kita org sibuk melayan tetamu masa tu. 










Sori ya.. pengantin lama nak posing jugak!! ^___^

Opsss.. terlupa nak ucapkan jutaan terima kasih buat Shita (Shita Catering) yg dah menyiapkan Kek Lapis Chocoberry yg telah dijadikan hantaran dan juga buat Loomot yg sudi hadir pada majlis tu. Jauh2 datang dari Kemaman bersama ole2 buat K.Nor... ^__^


Friday, May 27, 2011

Walimatul Urus

ASSALAMUALAIKUM...


Di kesempatan ini, K.Nor ingin mengambil kesempatan untuk menjemput teman2 semua terutamanya yg tinggal sekitar K.Terengganu ke Majlis Perkahwinan SIL K.Nor iaitu Hajar bersama pasangannya Redzuan pada 27 Mei 2011, bertempat di 5734, Kg Tanah Lot Manir, Kuala Terengganu. Semoga dengan kehadiran adik/kakak/teman semua dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan yg diadakan secara sederhana ini nanti.. insyaallah..


Untuk melihat peta dgn lebih jelas sila klik gambar ya..

Sila hubungi no 013 9351200 jika hadapi masalah utk ke tempat majlis ya.. Sekian lintas langsung dari Puchong Putra Perdana ^__________^


Sunday, May 22, 2011

Majlis Pernikahan Hajar

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Segala yg dirancangkan telah berjalan dengan baik. Semalam adalah Majlis Akad Nikah Hajar, SIL K.Nor yg pernah K.Nor tayang Majlis Pertunangannya dulu. Majlis diadakan secara sederhana namun meriah dgn kehadiran keluarga terdekat ke dua2 belah pihak. 

Acara akad nikah dilangsungkan di Masjid Manir, Kuala Terengganu pada pukul 3ptg. Setelah selesai akad nikah, tetamu dihidangkan dgn juadah yg ditempah dari Shita Catering (mekasih banyak2 Shita dari K.Nor dan keluarga mertua K.Nor) dan laksa penang yg disediakan oleh MIL K.Nor. K.Nor cuma amik bahagian dlm penyediaan dessert (Puding Balqis, Agar2 Santan Gula Melaka dan Red Velvet Cupcakes).


Tak banyak gambar2 yg ditembak semalam sbb cameraman menjadi wali pada pengantin perempuan. Layan jer ya sedikit gambar sekitar Majlis Akad Nikah yg telah berlangsung di Masjid Manir ya... Nak mengarang pun otak dah blurr semacam jer.. Badan masih penat tapi masih ada projek yg perlu dilaksanakan kejap lagi ni..


Nak enterpreme Red Velvet Cupcake yg deconya hentah apa2.. Kes nak cepat, tak sempat dah nak buat rossette. Nak shoot gambar RV CC ni atas cupcake stand tun tak sempat sbb balik dr masjid tetamu dah nak start makan. Gambar puding2 pun tak sempat shoot gak. Gambar cupcake ni pun shoot masa tengah duk deco2 sebelum bertolak ke rumah MIL.

Friday, April 8, 2011

Persandingan Yana @ Kg Pengantin ~ The Finale..

ASSALAMUALAIKUM...

Haaa..... Kali ni nak tayang episod terakhir bagi Persandingan Yana @ Kg Pengantin 3 April 2011. Bagi yg duk sibuk nak tengok mak sdara pengantin.. Tengok la puas2 ya.. Jangan ada yg muntah ijau dah.. heee.... Selain dari tu, tujuan K.Nor buat tayangan ni adalah utk tatapan Along yg tak dapat join aritu dan juga sebagai kenangan di waktu2 mendatang.

Tema bagi keluarga pengantin perempuan adalah purple lavender manakala bagi pengantin lelaki adalah pink. Jadi macam2 versi lavender yg ada malam tu.. Ada yg gelap ada yg terang.. Tak kisah lah asalkan tak lari dari kaler purple. Boleh dikatakan majoriti keluarga pengantin perempuan memakai warna tema. Memang sporting abis! Jom la tengok aksi anak2 dara, mak2 dara dan pak2 dara berposing sakan.. Amik kesempatan posing tempat cantik dan glamer la katakan... bila lagi nak dpt peluang gini kan.. hehe

 Anak dara yg paling glamer hehehe..





 Hajat hati nak naik pelamin sekali lagi utk 23rd anni aritu tapi tak dibenarkan duduk kat situ (sbb masa tu masih awal lagi, majlis belum start)
Terpaksalah bertenggek atas tangga jer.. ^__^








~ The End ~
^____^