f Secubit Garam: masakan jepun
Showing posts with label masakan jepun. Show all posts
Showing posts with label masakan jepun. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

TAKOYAKI again...

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama K.Nor simpan 1/2 paket tepung takoyaki dlm esbok, semata2 tunggu Along balik. Memang dia suka buat dan suka makan takoyaki ni. Pernah kali pertama dulu dia buat sama2 dgn K.Nor, masa tu semua adik2nya ada sekali kat rumah. Happy sgt masa tu, buat berdua jer dgn Along sampai abis. Adik2 dan ayah dia org tunggu ngap jer. Masa tu dia nak kenakan Naim, dgn meletakkan buah pelaga dlm 2 bj dr takoyaki tapi yg jadi mangsa yg makan takoyaki tu bukan Naim, sebaliknya ayah dia org yg termakan takoyaki berintikan buah pelaga.. Boleh pulak si ayah tak perasan adanya buah pelaga dlm tu.. dgn selamba jer dia makan hehe.. mmg gelak sakan kita org malam tu.. erm... mmg happy sungguh kita org masa tu, makan dan gelak2 jer. Memori yg sangat sukar dilupakan.. Tiap kali buat takoyaki atau teringat bab takoyaki mesti kita org gelak2 lagi bila teringat kes tu.. hehehe..


Baru2 ni, masa Along masih ada lagi kat rumah, K.Nor dan Along godek lagi takoyaki, belen 1/2 paket tepung tu. Kita org makan bertiga jer sbb masa tu anak2 K.Nor yg lain dah balik ke kolej/asrama. Memang lah kurang seronok sket bila tak cukup korum ni kan.. tp kalau nak tunggu semua berkumpul rasanya lambat lg kut. Jadi nak tak nak kena buat gak la takoyaki mlm tu sebelum Along berangkat balik ke Jordan..

Alhamdulillah.. spt biasa, memang Along yg sama2 masak takoyaki tu dari awal sampai akhir. Dan dia la jugak yg makan paling banyak. Selain dr dimakan bersama sosnya, kita org juga makan dgn jalapeno cheese. Memang best!! Nampak gaya kena gi Jusco la lepas ni nak topup tepung takoyaki sementara tunggu Along balik nanti.. hehe


Bagi sesiapa yg nak resipi takoyaki boleh tengok kat SINI , kalau nak tengok bahan2 yg K.Nor guna, klik kat SINI pulak ya.. Bahan2 ni boleh didapati di Jusco, insyaallah halal (menurut Hana, suami dia dah baca ingredients yg digunakan)

Monday, February 7, 2011

Ke Jepun Bersama Anakanda

Hehehe.. ada gempak tak tajuk? Betul la tu, kita org ke Jepun jap baru2 ni. Berdua jer dgn Along tau. Hehehe.. Buat takoyaki la.. mana ada nak ke Jepun.. Ni projek 3 malam lepas. Tak dan nak masukkan n3 dek kebizian yg melanda. Kalau ikutkan ada banyak lagi n3 masakan yg masih dlm folder. Duk tunggu que nak keluar. Nanti la, K.Nor keluarkan sket2 ya..


Takoyaki ni K.Nor buat berdua jer dgn Along. Yg lain2 tu duk asyik duk ngadap citer jer. Seronok main masak2 dgn dia. Kalau dulu K.Nor selalu buat pizza dgn Along tapi kali ni tak buat pun. Just gi makan kat Pizza One jer aritu. Memang K.Nor ada simpan 1 paket tepung takoyaki dlm esbok dan tunggu dia balik nak buat takoyaki sama2 dgn dia. Along duk layan buat takoyaki tu sampai abis satu adunan. Dan gambar2 dlm n3 ni dia yg snap :)

Puas hati tengok dia makan takoyaki yg kita org masak malam tu. eh... rasanya tak leh panggil takoyaki kut sbb tak guna sotong. K.Nor guna crab stick, sosej dan udang. Kena panggil kaniyaki (crab) dan ebiyaki (udang), utk sosej tak tau nak panggil apa sbb tak khatam lg bahasa Jepun nih.. kena tanya dgn mek jepun nun.. hehe
versi satay
takyah nak ngendeng2, semua dah jd baja :)

Utk resipi takoyaki boleh tengok kat SINI , kalau nak tengok bahan2 yg K.Nor guna, klik kat SINI pulak ya.. Bahan2 ni boleh didapati di Jusco, insyaallah halal (menurut Hana, suami dia dah baca ingredients yg digunakan)


Sunday, April 11, 2010

Lempeng atau Pizza Jepun

Kenapa panggil Lempeng atau Pizza Jepun? Sekali pandang mmg mcm lempeng kan.. cuma penuh dgn harta kat dlm dan atasnya tu.. Kalau nak kata pizza pun ya gak.. cuma bahan2 jer berbeza.. Ikutlah nk panggil apa pun tp nama dlm surat beranak sudah pastinya Okonomiyaki hehe...

Dah lama pasang niat nak buat Okonomiyaki ni.. (mcm Kakyu the supermom jer main pasang niat hehe.. kalau member forum MYR mmg tau sangat dgn Kakyu dan pasang niatnya tu.. hehe.. Kakyu... miss U). Hari ni baru sampai hajat buat.. tu pun secara ringkas jer. Tak cukup bahan mana pun. K.Nor skodeng dapur Ros sebelum buat ni, mcm2 yg sepatutnya diletakkan dlm okonomiyaki ni. K.Nor cuma letak kobis, daun sup sbb daun bawang yillek.. pastu letak apa ek yg cam kerepek beras kecik2 tu.. pastu letak udang dan sosej. Tu jer bahan2 dlm Okonomiyaki ni. Lepas dah masak baru ditabur dgn serbuk daun hijau , picitkan sos dan mayo pastu tabur bonito flakes.... Cukup la tu wat syarat kan... Asal ada ghuper Okonomiyaki dah... Sapa2 yg nak tau resipi complete buat Okonomiyaki ni sila gi rumah Ros JintanManis ni ya... Mekacih ya Ros tumpang skodeng resipi tu.. :)


Wednesday, March 17, 2010

Mari men'tako'

Meh layan takoyaki.. Sebelum Jiya si Pengembala Kamben dan Chik Mi tayang takoyaki dia, biar K.Nor tayang dulu ya..

Resipi takoyaki K.Nor amik kat blog Hana si Mama 3D nun di Jepun. Tapi tak K.Nor tak gunakan kesemua sukatan air sbb nampak cam lembik jer. Jadi K.Nor kurangkan sket. Memang best sesekali layan takoyaki nih..

Ina, K.Nor tempek resipi takoyaki tu kat sini ya.. senang sket, tak yah ulang alik g Jepun tiap kali nk buat takoyaki ni.. Macehhh ya..


TAKOYAKI by Hana

Bahan-bahan
*250g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food
*2 biji telur
*700ml air - hana kurangkan 580ml jer! (k.nor letak 500 jer )
Bahan Isi
tako@sotong - bleh juga crab stick - potong kecil2
kubis - cincang halus
keropok - mcm dlm gambar.kat mesia tak tau ade ke tak
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
fish flakes @ ikan parut
nori halus

Cara-cara
> Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2.
> panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara.
> tuang adunan tepung ke dalam acuan.
> cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
> tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh.
> balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
> dah masak angkat.
> tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.
> siap utk dmakan! sedap makan panas2!

Sunday, May 10, 2009

Takoyaki

Salam...

Di suatu pagi nan indah.. terpandang ada satu bungkusan duk depan grill rumah K.Nor.. Bila bukak, tu dia barang2 dlm gambar kat atas ni.. Ermmm........ bahan2 dan acu/loyang nak buat takoyaki nih.. Sapo laaa yg baik ati yg kirim melalui angin malam tu ek... Ish.. untung sunguh nasib badan, ada jer org yg bermurah hati nak bg barangan utk K.Nor, alhamdulillah.......... semoga Allah balas balik segala budi baik dia tu pd K.Nor sekeluarga.. Agak2 la.. sapa laa org tu ya.......... ish.. boleh caya ke citer ni? Ikut la nak caya ke tak.. kalau tak caya pun buat2 caya la ya.. hehehe layan...................


Setelah ku peram sekian lama, hari ni baru laa datang seru nak buat takoyaki ni. Ni pun setelah berguru dgn mak yung kat Jepang nun... Ina, akak dah buat ni. Camna lulus ke tak? Cam biasa, cik abg dgn aisyah tak banyak songeh, siap puji lg sedap. Aisyah yg paling banyak makan takoyaki ni. Cik abg kata sayang nak makan, sbb sedap sgt manakala Luqman pulak cam biasa la.. kena kosong jer. Budak ni mmg banyak songeh skit hehe...Ni la 1st time makan takoyaki homemade lak tu.. Tak tau la, camna rasa takoyaki yg sebenarnya. Tp kalau dah semua bahan2 tu bahan ori nak wat takoyaki ni, takkan rasa dia lain lak kan.. K.Nor buat dlm 3 versi, takoyaki (inti dlm tu semestinya sotong = tako), ebiyaki (udang) dan kaniyaki (ketam/crab stick).. muahahahha... tak g duk jepun pun boleh tau gak kan ayat jepun nih.. Thanks tuk mdm lily myr yg beri tuisyen free, sbb dia pun boleh tahan gak la reti cakap jepun ni..



Takoyaki ~ The making.. baru 1/2 way...

Yg ni dah dekat nak masak..

Alhamdulillah......... kenyang perut kami sekeluarga.