f Secubit Garam: gader2
Showing posts with label gader2. Show all posts
Showing posts with label gader2. Show all posts

Friday, January 6, 2012

SMSTMFP

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi di penghulu hari, hari Jumaat yg mulia. Alhamdulillah.. diberikan kesempatan lagi oleh Allah utk menyedut udara di bumi ciptaanNya ni. Alhamdulillah dgn segala limpah rahmat dan nikmat yg Allah kurniakan. Nikmat Allah luas.. tak semestinya wang ringgit, anak2, makan minum jer nikmat Allah. Dapat menyedut udara atau dgn kata lain bernafas ni pun satu nikmat. Kalau Allah tarik nikmat bernafas maknanya dah sampai masa la tu. Sakit pun nikmat juga.. ujian pun nikmat juga. Semua tu utk mengkafarahkan dosa dan menyucikan hati dan jiwa kita juga. Wahhhhh.. tazkirah di petang Jumaat yg panas terik ni.. Alhamdulillah.. panas pun rahmat gak kan.. Tak la hujan manjang jer.. Sentiasa bersyukurlah dgn nikmat dan rahmat dari Allah.. semakin kita mensyukuri nikmatnya semakin DIA dekat pada kita.. alhamdulillah...

Ok.. berbalik pada entri kali ni. SMSTMFP.. adalah singkatan bagi SEK MEN SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, sekolah dimana hero bongsu K.Nor skrg ni meneruskan pengajian di tingkatan 1. Alhamdulillah.. dia dapat tawaran yg cukup baik. Rata2 teman2 dan sdara mara yg memberitau, SMSTMFP ni adalah salah satu sekolah berasrama penuh yg terbaik. Bila pengetuanya Tuan  Haji Shafiee bin Awang bagi taklimat baru2 ni, sekolah ni merupakan sekolah ke2 terbaik dr segi pencapaian PMR dgn majoriti pelajarnya mendapat 8A manakala hanya 16 org aje yg mendapat 7A. Kalau tak silap K.Nor kata beliau lagi hanya pelajar yg cukup cemerlang saja yg dapat memasuki sek ni. Pelajar yg bukan saja mendapat 5A tapi A nya adalah A yg tinggi iaitu 90 keatas (markah bagi setiap paper). wahhh terkedu K.Nor dan Along bila dengar tu, tak sangka Luqman telah dapat keputusan yg cukup tinggi dan tak sangka dia sangat bertuah dipilih memasuki sek tu. Dari 4200 permohanan ke sek tu, hanya 151 pelajar aje yg ditawarkan. Rasanya tak sia2 Luqman buat keputusan nak ke sekolah tu walau tak ada sorang pun geng baiknya ke sana (ada sorang lagi geng baiknya terpilih ke sekolah tu tp ditolak, sbb tak nak sekolah jauh2 dr rumah kut) Mudah2an Luqman akan mengikuti jejak langkah pelajar2 yg telah berjaya dgn cemerlang gak kan.. 

Jom la layan sedikit gambar2 sekitar sekolah dan majlis taklimat dr Pengetua SMSTMFP yg telah diadakan pada 4 Jan baru2 ni. 

 Dewan tempat pendaftaran

Pengetua SMSTMFP

 Masjid SMSTMFP (dalam kawasan sekolah)

Gambaran hadapan masjid 

 Dewan baru yg bakal digunakan

 Kantin sekolah (bahagian luar)

 Dewan makan

 Dorm Luqman (mengikut rumah, biru)

Bersama abg angkat yg mmg ditetapkan kepada setiap pelajar baru

Asrama Putera

Selai dr tu K.Nor nak letak gak sket gambar masa K.Nor ke Muzdalfa Fried Chicken, Kota Bharu. Sebenarnya K.Nor ke KB awal sehari supaya tak terlalu rushing kalau gi pada hari yg sama dgn pendaftaran Luqman. Malam tu K.Nor menginap di HOMESTAY PANORAMA SG KELANTAN, homestay yg pernah K.Nor stay sebelum ni.  (nak tau sila klik kat link homestay tu ya..) Lepas setel semua urusan pendaftaran Luqman pada pukul 3ptg, K.Nor terus bertolak pulang ke KT.. ehhhh... jap.. sempat gader2 kejap dgn sorang adik blogger cantik manis yg menetap di Kelantan... Nanti kat bawah nun K.Nor letak gambar blogger cun tu ya.. hehehe

MFC ~ Muzdalfa Fried Chicken.. 




 Alhamdulillah.. not bad rasa pizza kat sini.. Insyaallah halal... 

Ok.. ni dia yg dijanjikan.. sedikit gambar pertemuan antara K.Nor dgn sorang blogger cun yg menetap di Kota Bharu, empunya blog ovenkecil@blogspot.com, NADZ CUTE OVEN SMALL KITCHEN. Orangnya sangat comel, cantik dan kiut miut! Hehe.. jgn marah ya Nadz! Memang kenyataan tu. Mekasih ya Nadz, sudi luangkan masa utk berjumpa, berpeluk mesra sambil laga2 pipi.. walaupun seketika tp sangat mesra dan bermakna. Puteri2 Nadz mmg cantik spt ibunya.. Mekasih juga sbb bagi buah tangan yg sangat cantik tu.. Maafkan K.Nor sebab tak sempat sediakan apa2 utk Nadz. Semoga kita diizinkanNya utk berjumpa lagi di masa akan datang dan dapat berborak lebih lama lagi ya.. .Mekasih Nadz mmmmmuah!! ^__^

 JGN MARAH!! 
Atas permintaan tuan punya badan yg meminta supaya wajahnya diblurkan jadi K.Nor kenalah turuti kan...  ^__^
(uishh... pewut ku dah macam org peknen jer.. sila jgn tenung ya.. hehe)
Nak tau kat mana kita org jumpa? Kat parking Masjid Kubang Kerian :)

Thursday, February 3, 2011

Mini Gadering @ A&W, Pantai Batu Burok

Wahhhhaahhhaaaaa... penat seh... Dah nak tengah malam baru boleh update kisah gader2 petang td. Adik2 blogger yg lain dah ramai yg update gambar2 gader td, K.Nor baru jer nak berlabuh montot dpn PC. Lepas balik dr mini gadering tadi, K.Nor dan cik abg ke rumah MIL di Manir, jenguk2 kejap sbb esok ada kenduri pertunangan adik bongsu suami. Balik pun dah hampir nak Maghrib, terus masuk dapur godek mee mamak utk dinner. Pastu godek pulak 2 adunan puding utk kenduri esok.. hu hu... ni baru jer settle semua kerja. Dalam hati duk teringat nak post n3 gadering ptg tadi.. sabar aje la...

Tetamu VVIP :)

Ok la.. kita balik pd mini gadering tu ya.. Smlm dpt sms dr Ben yg beritau ada blogger nak buat mini gadering kat PBB. Mulanya duk pikir kat mana lah PBB tu, rupa2nya Pantai Batu Burok.. hehe.. Lepas tanya masa dan tempat, K.Nor dan cik abg decide nak join sekali. Bukan senang nak buat gadering sama2 blogger area K.Trg ni kan. Lagi pun tetamu VVIP datang bukannya sokmo.. hehe

Tengahari td cepat2 masak Nasi Daging & The Gang, pastu lunch dng anak2, terus siap2 dan masukkan n3 nasi tu. Contact Waniey dan menuju ke A&W Pantai Batu Burok. Ben sms lg dah ada sebahagian blogger yg dah sampai. Ingatkan tak ramai blogger area K.Trg ni, rupanya ramai la jugak. Lebih kurang pukul 3 ptg majlis start dgn sesi perkenalkan diri setiap blogger. Pastu Ben amik alih dgn beri banyak tip ttg blogging. Bukan main kusyuk adik2 blogger duk kutip tip2 dr Ben.. Bukan senang nak dpt ilmu direct dr blogger hebat tu.. hehee...

Ok lah.. Kita layan sedikit gambar2 dr mini gadering tadi. Tak leh nak post banyak2, tak larat nak pilih :) Mana2 blogger yg K.Nor tak post gambar secara solo tu maaf ya, sbb cameraman tak shoot setiap sorang. Kalau nak amik gambar2 yg K.Nor post ni, dipersilakan.. Dan terima kasih buat semua yg hadir petang td, mmg happening sungguh sampai Ben pun siap bagi 5 bintang, kan Ben :) ** part yg paling best dpt jumpa tok esah.. hehehee..










Blogger2 yg hadir:

Abg Tolahah : http://tolahah.com/
http://baliklah.blogspot.com/
credit to Norfa, tq :)
** pd yg hadir td, kalau nama dan link tak ada kat sini sila tinggalkan nama dan link kat komen ya.. tq..


Monday, December 27, 2010

Gader2 @ Puchong

Dah seminggu gambar2 ni terperap dlm fail. Tak per la kan, better late than never.. Kena letak gak kat sini, at least sebagai kenangan di masa akan datang. Bukan senang nak gader2 camni. Almaklum lah, K.Nor ni duk jauh di Tganu. Bukan senang nak ada peluang nak gader2 dgn geng2 forum or blogger ni :)

Haifa Hadhirah

Masa plan nak ke Puchong baru2 ni, K.Nor ada contact Lily (Lilydvalley MyR) beritau yg K.Nor sekeluarga ada nak ke sana. Pastu tanya la mdm ni, dah gi tengok bb Zie@Ziehelmy MyR ke belum? Bila Lily jawab belum gi lagi, terus ajak dia gi sekali. Pastu pakat la dgn Lily nak gi hari Ahad, 19 Dis tu. pastu plan dgn Lily nak ajak geng2 forum MyR yg lain spt Izah, Kakyu, Bee, Rabiatun, Ton, Hani@Hunny, Ayu.. Mulanya K.Cik pun plan nak join gak. Tapi bila tiba hari nak jumpa tu, ramai yg tak dpt join.. sedih gak rasa.. tak per la.. Tak ada jodoh nak jumpa la tu kan.. Yg hadir cuma K.Nor, Lily dan Bee. Hani pulak 'paksa' hehe kita org ke rumah dia lepas dah ziarah Zie dan bb nya tu. Kiranya paksa dlm rela la kan..


Dari rumah Zie, kita org naik kereta Lily ke rumah Hani di Puchong Perdana. masih gak sesat tp tak la lama sgt. Alhamdulillah.. sampai gak rumah Hani. Hani dah siap dgn mcm2 hidangan atas meja. Kiranya kita org buat potluck la kat rumah Hani tu. Bee bawak savory puff dan Lily pulak bawak cuppies. Seronok betul dpt gader kat rumah Hani, walau secara kecil2an jer. Lepas makan, kita org solat Zuhur pastu berangkat pulang. Mekasih buat Hani yg sediakan mcm2 juadah utk kita org aritu. Ada Mee Bandung, ciskek dan Puding Laici. Sendat perut balik rumah aritu hehe. Mudah2an diizinkan Allah agar kita dpt jumpa lagi di lain waktu..




Part yg paling best nih.. heeeeeeeee... nak tayang gak, tak kira! Jgn ada yg jeles ya.. Ni bukan hadiah tp K.Nor bayar tau! Imported! Memang betul2 suprise bila Lily buka boot kereta dia dan nampak kotak ni. Dah lama duk ngidam benda alah ni.. Duk ngendeng dgn "yg sorang" tu sbb berkenan sgt2. Si pengirim/pembeli tu kirimkan benda ni melalui SIL Lily yg kebetulan ke "sana" Alhamdulillah... seronok tak terkira bila benda dah depan mata! Rasa nak call jer si pengirim tu.. hahaha... Mekasih banyak2 buat *** yg sudi belikan utk K.Nor Cupcake Stand ni dan mekasih banyak2 gak buat Lily (yg pandai simpan rahsia hehe) serta SIL Lily tu.. mekasih daun keladi semua ya... psst!! *** kalau ada lg yg cun melecun beritau la ya.. boleh order lagi nanti.. hahaaa..

Simple but very2 nice!

Dan ni pulak gift dr Bee dan Hani... Mekasih banyak2. Segan sungguh sbb tak sempat nak beli apa2 sebagai buah tangan aritu.. hu hu..



*Maaf ya, mutu gambar2 kurang memuakan, sbb guna kamera tecik jer. Kamera gedabak gi ikut tuannya outing kat Zoo bersama geng2 foto hehe*


Monday, October 18, 2010

Menu @ Gader 16 Okt 2010

Masa tanya Ben aritu pukul berapa flight PIL dia nak depart, dia kata pkl 3 ptg. Jd K.Nor target insyaallah Ben dan Zila akan singgah rumah lepas settle semua urusan kat airport la kan. Lebih kurang pkl 4 gak la mungkin Ben akan sampai rumah K.Nor. Kiranya tea time dah tu, so tak pikir dah menu lunch. Terus teringat makanan kegemaran Ben, Cucur Udang! Ok masuk list.. Pastu plan buat yg simple2 jer sebagai tambahan, Mihun Soto dan dessert sket. Mulanya plan nak beli limau, potong dan serve gitu jer tp mlm tu dtg idea lain... Tak jd la nak serve gitu jer limau.. hehe...

Ok ni jer la juadah yg sempat K.Nor siapkan. Kalau ikutkan hati nak buat Muffin Roselle sbb semua bahan2 dah ada. Tapi dek kerana kekurangan assistant (anak dara ke sekolah kes ada kelas tambahan) tak sempat lak nak godek muffin. Tp nasib baik gak tak buat sbb Waniey dtg bawak kek coklat dan keropok lekor. Alhamdulillah.. banyak rezeki aritu.. Gambar minuman jer lupa nak snap. K.Nor hidangkan jus roselle.. homemade jus ya.. :) Jom cuci mata dgn hidangan tak seberapa dr tuan rumah. 

 Mihun Soto

Begedil 

 Cucur Udang

Fruit Jelly... yg jd tumpuan tetamu hehe

**Opss.. lupa nak cakap. Ben, Zila thanks ya sbb bg buah2an tu.. Manis buah dokong tu.. best :)

Sunday, October 17, 2010

Breakfast Nasi Dagang @ Kg Kuala Ibai

Haha.. arini aje dah 3 posting, semua bab gader2. Keluar lg muka Ben. Tak per ya Ben, tak luak pun kan. Jgn kata ada skandal apa2 ya.. Bagi K.Nor dan suami, Ben dan Zila dah kami anggap cam adik. Terasa kemesraan bila bersembang. Lagi pun K.Nor banyak terhutang budi gak pd Ben dlm dunia blog ni. Ok ya.. tak ada apa2 udang di sebalik mee maupun kuetiaw hehe

Sebelum Ben dan Zila pulang smlm suami K.Nor ada invite Ben utk breakfast dgn nasi dagang. Tp masa tu Ben diam jer, ingatkan dia tak dengar.. Lagipun fikir mesti Ben letih dan nak bangun lewat sket. Bila K.Nor ke blog Ben smlm ada terbaca dlm n3 dia yg dia terkedu tak leh nak jawab bila tengok buah tangan dr K.Nor. Walhal sikit jer tu Ben kan.. hehe  Pastu lepas dah abis jogging pg td K.Nor mssg Ben ajak bf nasi dagang. Kesian Ben, kena kejutkan tengah syok2 tidur.. hihi.. sori ya Ben, Zila.. Pastu kita org pun set la nak jumpa pukul 9pg utk sama2 gi bf. Bila dah camtu, K.Nor dan cik abg amik peluang balik rumah dulu dan mandi2 serta tukar pakaian.

Hampir pukul 9pg K.Nor dan suami ke Hotel Primula tempat penginapan Ben dan tunggu kat tepi pantai. Lepas tu Ben follow dgn kereta dia dan kita org menuju ke Kg. Kuala Ibai utk lunch nasi dagang. Alhamdulillah masih ada lg nasi dagang tp keropok lekor jer yg dah abis. 

Lepas makan2, sembang2 kita org ke Masjid Terapung utk sesi bergambar sket. Tak leh nak tayang la sbb Ben amik gambar berdua dgn Zila. Jadi K.Nor tayang gambar masjid aje la ya.. :)


Pastu Ben ralit duk menuntut ilmu foto dgn cik abg sambil K.Nor duk sembang dgn Zila. Bila dah selesai, kita org berpisah, K.Nor dan suami balik ke rumah manakala Ben dan Zila menuju ke Pasar Payang utk sesi shopping atau cuci mata dan pastu katanya nak ke Taman Tamadun Islam..

Semoga Ben dan Zila selamat dlm perjalanan pulang ke rumah di Putrajaya... amiin..


psst!!! menu @ gader2 tu esok la ya K.Nor tayang... hehe

Mini Gader Pt 2

Dah abis tengok Mini Gader pt 1? Meh kita layan pt 2 lak ya.. Tak banyak mana gambar pun, sket2 jer. Cukar la sekadar memenuhi syarat jer kan dr tak ada gambar langsung. Kita sambung citer gader2 ni ok..

Lepas selesai adegan bergambar beramai2, Shita mintak izin nak pulang. Kebetulan dia dah janji nak jumpa dgn kawan baik dia yg pulang bercuti. Tak per la, tu pun dah bersyukur sgt sbb Shita sudi hadir dan makan2 kat rumah K.Nor. Lepas tu Liza dan kakaknya pulak beransur pulang gak.

Alhamdulillah, tetamu VIP tiba lebih kurang pukul 6 lebih. Masa tu Waniey dan Yati masih ada lg duk menunggu. Yer la bukan senang nak jumpa blogger top yg sorang ni kan. Alang2 dah ada kat sini, kena rebut peluang kan.. hehe


Ni dia tetamu VIP.. rasanya semua dah kenal kut dgn wajah hensemnya tu. Tp biasanya dia ni serius jer bila bergambar. Terus K.Nor usik mmg payah nak nampak Ben senyum kalau bergambar. hehehe pastu mudah aje Mr Ben kita ni senyum... hehehe 

kan dah senyum sket tu.. hihihi

Sori la tak leh nak tayang wajah isteri kesayangan Ben ni. Kalau posing saja2 tak per tp kalau nak masuk blog mmg Zila tak nak.. Low profile katanya... hehe.. Sweet jer couple ni.. mmg sama padan... 


Pastu Waniey mintak undur sbb dah masuk Maghrib. Sebelum tu kita posing2 sebagai kenangan yg pernah jumpa blogger top kan Waniey hihii..

Seronok bersembang dgn Ben dan Zila smlm. Mesra jer cam dah kenal lamg. Mcm2 isu timbul. Yg bestnyer dpt kutip ilmu blogging dr Ben dan Ben lak belajar ilmu fotografi dr cik abg K.Nor. Akhirnya lepas Isyak Ben dan Zila pun mintak undur gak nak balik ke hotel. Kesian dia org ni nak2 Ben yg letih driving, dgn sakit kepala lg. Harap2 lega la lepas dah minum banyak jus roselle homemade tu kan Ben..

Mekasih K.Nor dan suami ucapkan buat Ben dan Zila yg sudi menjejakkan kaki ke rumah K.Nor yg serba kekurangan ni. Maaf gak kalau ada silap salah dlm percakapan dan gurau2 .. Kalau ada kurang layanan kat mana2 tu maaf gak ya.. Harap2 jgn serik utk dtg lagi ke rumah K.Nor dan Trg am nya.. Mudah2an kita dpt jumpa lg di lain waktu..

Mini Gader Pt 1

Wahhhh... dah ramai yg nunggu ke? Hehe... sori... sori... tuan rumah baru balik ni. Tadi gi  dating dgn tetamu VIP kat Masjid Terapung selepas adegan isi perut dgn Nasi Dagang kat Kg Kuala Ibai. Balik rumah kena settle dulu mana patut, masuk opis dulu la kan. Pastu baru boleh ngadap sini. Resize dan upload gambar, pastu baru boleh post ke blog. Disebabkan ada banyak sesi jd K.Nor kena buat part by part ya.. kiranya berepisod gak la.. Yer la, bukan boleh direct ngadap pc nih.. walau nama duk rumah sepenuhnya banyak kerja lain nak kena settle..  Ok kita ke part pertama acara mini gader kat rumah Secubit Garam smlm (16.10.2010)

Seperti yg sedia maklum K.Nor ada menjemput tetamu VIP ke rumah K.Nor smlm kan. Baru2 ni dia beritau nak ke K.Trg menghantar PIL dia yg nak ke Mekah (naik kat airport Trg), langsung K.Nor jemput dia dan isterinya ke rumah. Kalau tak payah dah nak dpt peluang jumpa dgn blogger top nih..hehe  Pastu bila dah set masa tu lepas PIL dia check in, dia akan terus la ke rumah K.Nor. Tapi kehendak Allah lain, tak sama yg kita manusia ni rancang. Tetamu VIP sampai lewat sket sbb dia gi cari hotel utk check in dulu. Basahkan kepala sbb kepalanya dah sakit sgt. Yer la seharian duk kat airport dgn org ramai lg. Lagi pun dah 2 hari duk driving jer. Alhamdulillah.. sampai gak dia suami isteri kat rumah K.Nor.


Sebelum tu pg smlm K.Nor jemput sekali teman2 blogger yg duk area K.Trg ni gak. Antaranya Shita, tokey catering kat K.Trg ni. Baru2 ni Shita ada jemput K.Nor ke rumah terbuka dia dah kebetulan masa tu duk nak settlekan puasa 6 K.Nor tak leh nak gi la. Tu yg K.Nor jemput Shita dtg kerumah gak smlm. Pertama kali jumpa dgn Shita ni kat rumah PIL K.Nor tahun lepas masa kenduri kawin SIL K.Nor. Alhamdulillah Shita bakal menjadi tetamu Allah tak lama lagi, 26 Okt ni bakal berlepas ke tanah suci Mekah bersama dgn ibu dan bapanya. Semoga Allah melimpahkan kesihatan yg baik buat Shita dan kedua org tuanya serta dipermuadahkan segala urusan kat sana. Juga semoga selamat pergi dan kembali serta mendapat haji mabrur.. amiiin..


Ni pula Liza yg selama ni duk sembang tp tak pernah jumpa. Liza dtg bersama dgn kakaknya Hafida. Dia org ni sampai serentak dgn Shita. Dah pakat ek.. hehe



Tak lama lepas tu Waniey pulak sampai dgn kawan baiknya Yati. Sebelum ni Waniey mmg dah rancang nk dtg rumah K.Nor masa raya tp tak berkesempatan. Kiranya gader smlm cam sambut raya gak ya Waniey. Haa... Waniey siap buat kek cekelat lg masa datang tu. Bukan nak bodek ya Waniey, kek tu mmg lembut dan sedap! Anak2 K.Nor pun suka.. psst!! nak resipi boleh? hehe Waniey siap ke Kg. Seberang Takir utk beli keropok lekor utk dihidangkan ke Ben dan tetamu K.Nor yg lain.. Mekasih banyak2 ya .... :)

Dr kiri, Hafida, Shita, Liza, Yati dan Waniey.

Macam biasa, adegan yg tak leh dipisahkan, posing ramai2. Kalau tak posing nanti tak ada kenangan bergambar sama2 kan.. :)

Ni dia kek coklat, buah tangan dr Waniey. Sedap kek nih.. lembut!

Buat Shita, Liza, Hafida, Waniey & Yati... mekasih sudi meluangkan masa ke rumah K.Nor. Mekasih juga atas buah tangan yg masing2 bawa.. Dah kenal rumah K.Nor kan, jemput dtg lagi ya... Dan maaf lah kalau ada kekurangan layanan masa gader2 smlm... :)

Monday, August 2, 2010

Gader Dgn Fiza (DJ Kelantan FM)

Masih lagi acara kat Kota Bharu. Yg ni pada hari Sabtu 31 Julai 2010. Memang dah pakat dgn Fiza nak jumpa masa K.Nor ke KB cuma tak leh nak tetapkan waktu jer. Almaklumlah DJ radio ni agak bz, kita org cuma sempat set masa nak jumpa lepas Fiza abis duty pkl 1.30 ptg tu. Kalau nak tau lokasi gader K.Nor dgn Fiza ni sebenarnya kat lobi Hospital Pakar Perdana. K.Nor mmg dari awal dah plan nak ke hospital ni sbb nak ziarah counsin suami yg perlu jalani angiogram kat situ pd hari Sabtu tu. Lepas tu terus nak bertolak balik ke Tganu. Sebab tu terpaksa jumpa Fiza kat hospital tu gak. Lagipun dia pulak ada plan dgn mak dan abah dia lepas jumpa K.Nor. Dapat jumpa dgn Fiza hari tu pun sekejap sgt, tak puas sembang pun. Nak buat macamana masing2 ada urusan kan. Hajatnya nak ajak Fiza makan, pastu nak la snap gambo lebih sket tp tak kesampaian. Cuma sempat snap 2 keping jer gambar. Tak per la ya, lain kali pulak kut2 ada jodoh nak jumpa lg dgn Fiza ni.

Ni la dia DJ Fiza yg dulunya sorang blogger gak dgn nickname dia Katak Ayu. Skrg ni blog dia dah bermangga rasanya hehe.. cuma dpt tegur2 kat FB jer. Memang ayu dan sweet Fiza ni yg juga member baik Jiya si Pengembala Kamben :) Mekasih ya Fiza sudi luangkan masa, susah2 dtg jumpa K.Nor dan famili aritu. Mekasih juga atas ole2 yg diberikan terutamanya........................ nak tau apa K.Nor dapat? hehe... best sgt. Sebelum tu mmg dah plan nak beli (cik abg dah cari masa kat KB Mall tu tp tak jumpa, mungkin tuhan dah takdirkan tak jumpa kut sbb nak dpt free hehe).............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yesss.. CD Maher Zain!!!! Suka sgt sbb lagu2 dia mmg best. Kang Maher tengah top skrg ni.. Selain lagu For The Rest Of My Life dan Hold My Hand, K.Nor, suami dan Aisyah suka sgt dgn lagu Barakallahu Lakuma.. Lagu2 lain pun best gak.. 

Mekasih sekali lg ya Fiza dr K.Nor sekeluarga. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi .. insyaallah...