f Secubit Garam: BRAIDED FRUIT LOAF

Wednesday, December 19, 2012

BRAIDED FRUIT LOAF

ASSALAMUALAIKUM..

Masih menggunakan resipi BASIC DOUGH, K.Nor cuba menghasilkan roti dlm bentuk tocang/pintal/braided yg diletakkan inti buahan. Bila dah siap, tak sangka pulak digemari suami dan anak2. Roti yg dihasilkan pulak Alhamdulillah.. mmg sentiasa lembut dan gebu, intinya pulak sangat sedap, dgn adanya epal, kismis, dried cranberry, gula perang dan kewangian cinnamon.... Memang enak pekena dgn teh O atau kopi O di petang hari. Tambah lagi skrg ni dah start balik hujan di Tganu ni.. Memang syokkk... ^____^


Dari satu adunan Basic Dough yg dihasilkan, K.Nor tak guna kesemuanya. Disebabkan inti yg K.Nor buat ni tak banyak mana, cukup2 jer utk 1/2 adunan doh roti. Bila dah siap bentuk, K.Nor letak dlm tray 10" x 10", nampak ok jer.. Tapi bila doh dah cukup naik, fuhh... besar pulak hasilnya. Pastu bila siap dibakar... perghhhhh.. gedabak!!! Bila gedabak gitu, menandakan dohnya cukup naik dan insyaallah gebu gebas...  Dinasihatkan supaya menggunakan tray yg lebih besar utk membakar atau boleh lah dibuat 2 bj loaf nya ya..

See... very the gedabak kan.. hehehe

BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX*  : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.





BRAIDED FRUIT LOAF
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 dari doh roti yg dihasilkan dr resipi Basic Dough di atas

Bahan filling/inti:
2 biji epal fuji
1 biji epal hijau
1 cawan kismis hitam
1/2 cawan dried cranberry
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar jus lemon
1/2 - 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara:
Potong dadu kesemua epal yg dibuang kulit terlebih dahulu.
Panaskan pan dan masukkan gula perang.
Goreng sehingga gula menjadi wangi dan masukkan epal.
Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan kismis dan dried cranberry. Kacau.
Masukkan jus lemon dan serbuk kayu manis. 
Kacau rata dan tutupkan api (tak perlu masak lama supaya epal tidak terlalu lembik, sekadar utk melembutkan epal jer)
Biarkan sejuk sedikit baru lah digunakan ketika membentuk roti.

Utk membentuk roti ~ boleh dirujuk pada gambar2 di bawah...




Selepas dibentukkan, letak dlm loyang yg dialas dgn baking paper. Biarkan doh naik sekali ganda dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 190C sehingga masak (lebih kurang 20 - 25 min).