f Secubit Garam: Terima Kasih....

Tuesday, February 1, 2011

Terima Kasih....

Salam buat semua...


Mula2nya nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg sudi berkunjung ke SecubitGaram selama 3 hari yg lepas. Terutamanya buat yg tinggalkan komen2 tu, terima kasih sekali lg dan mintak maaf ya sbb K.Nor tak dapat nak balas satu persatu komen kat shoutbox. Pada komen yg kat n3 insyaallah akan K.Nor balas bila kelapangan nanti.

Sebenarnya pd 3 hari berturut tu kesemua n3 tu adalah n3 berjadual yg dah K.Nor setkan awal2 pd Jumaat malam (28 Jan) Selama 3 hari tu K.Nor tak ada kat rumah hehe.. Pada pagi Sabtu, K.Nor sekeluarga bertolak ke Kota Bharu utk menghadiri kenduri perkahwinan adik kepada teman alam maya yg sebelum ni tak pernah jumpa, yg hanya bersembang kat forum MyResipi dan juga melalui panggilan talipon. Pasangan yg berkahwin ni merupakan kawan satu batch dgn Along kat Jordan nun. Dia org amik kesempatan berkahwin masa balik bercuti sekejap ni. Alhamdulillah.. semua telah berjalan dgn baik..

Lepas kenduri yg kat Kg Sabak tu K.Nor terus ke airport yg kebetulan dekat jer dgn rumah pengantin perempuan. K.Nor dan Along amik penerbangan dr KB ke KL manakala yg lain2 balik ke KTrg. Selama 3 hari tu K.Nor dan Along stay kat rumah sister K.Nor di Puchong tu. Masih ingat lagi Biskut Coklat Chips yg K.Nor buat baru2 ni? Haaa... biskut tu lah yg K.Nor bawa ke Puchong utk majlis aqiqah dan cukur jambul cucu sdara ke 3 baru2 ni tu. Sister K.Nor pun buat majlis tahlil utk arwah suami dia yg meninggal tahun lepas. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn baik walaupun seharian hujan kat sana. Minta maaf lah ya, sbb K.Nor tak dapat nak menjemput sapa2 ke majlis tu. Sebab sister K.Nor buat majlis secara sederhana jer.

Insyaallah K.Nor akan masukkan sket gambar2 masa majlis tu bila dah free nanti. Hari ni ada banyak benda nak kena settle, almaklum ler dah 3 hari tinggalkan rumah ni... Sampai kat rumah semalam pun sempat baca komen2 jer, tak sempat nak balas dan nak berkunjung balas ke blog2 lain lagi.. Terima kasih sekali lg ya buat yg sentiasa meninggalkan komen samada kat shoutbox maupun kat n3. Insyaallah akan K.Nor BW balik nanti.. Jumpa lagi... :)