f Secubit Garam: Laksa Penang

Thursday, September 9, 2010

Laksa Penang

Menu berbuka yg paling syok, Laksa Penang. erkk tak kira la Penang ke, Kedah ke Utara ke.. semua rangkum jd la Laksa Penang. Memang pebret seisi keluarga. Si anak dara dr berbuka, lepas tarawih sampai ke sahur pun dgn Laksa Penang. Memang syok abis layan laksa gini.. 

Cuba perhati betul2 kat telur rebus tu. Amacam? Rasa2 ada yg pelik tak? Ada sapa2 perasan? ha ha.. telur ku twin dia punya yolk tu!! Ni telur yg last dr 1 tray yg K.Nor beli aritu kat Sabasun. Kebiasaannya mmg beli 1 tray (30bj) senang nak buat projek. Dr 30 bj tu, K.Nor buat kukis2 raya dan dessert. Kalau nak tau, itu la telur yg ke 4 yg twin K.Nor dpt. Terasa pelik gak, dr satu try (30bj) tu sampai 4 bj telur yg twin. haha.. Jgn tukang masak dpt twin udah la ya lepas ni.. nehi.. nehi... tak larat dah.. dah over 40 nih.. udah mau tutup kilang ngeeeeee.....

Kalau setakat dpt sebiji jer telur twin tu tak la heran sgt, ni sampai 4bj dr 1 tray!! Bertuah kut.. hehe.. insyaallah.. amiin....