f Secubit Garam: Carrot Pound Cake

Friday, July 2, 2010

Carrot Pound Cake


Lama tak buat kek carrot. Baru2 ni tengok Che Mat tayang kek carrot dia, terasa nak godek2. Terasa aje tu.. buatnya tak jugak. Tapi bila ada lebihan cream cheese frosting dr kek devil aritu, seru tu makin kuat ler. Akhirnya dpt la hasilkan kek carrot ni. Masih gunakan resipi yg pernah buat dulu. Resipi Carrot Pound Cake dr Che Mat gak. K.Nor mmg suka guna resipi ni, tak oily dan rasanya pun sedap. Bahan2 pun tak banyak sgt.

Hajatnya nak cover up the whole cake dgn CC frosting tu tp disebabkan lebihan tak banyak mana, jadi setakat bahagian atas jer yg boleh deco. Tak per la.. tu pun dah cukup sedap. Kalau buat kek carrot jgn lupa buat CC frosting ya.. sbb gabungan dua ni cukup ngam.. mmg best.. Tp jgn lupa sebelum ngap tu, sejukkan dulu kek carrot ni dlm esbok! so yummy..


Yg itam tu kismis :)

Che Mat, mintak izin ya nak letak sekali lg resipi tu kat sini.. Mekasih ya..

CARROT POUND CAKE by CMG

Bahan2nya:
125 g mentega
2/4 cawan gula halus ~ K.Nor guna 1/3 cawan jer sbb K.Nor masukkan 2 sudu besar madu
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) ~ K.Nor tak letak
1 sudu teh ovalette ~ K.Nor tambah utk melembutkan lg teksture kek
sedikit kismis ~ ni K.Nor saja2 letak

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
Tambah lobak merah, parutan kulit oren dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.



CREAMCHEESE FROSTING My Style

125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Pukul cheese dgn butter hingga kembang dan masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental