f Secubit Garam: Puding Roti

Thursday, April 8, 2010

Puding Roti

Puding Roti... Memang kegemaran K.Nor tp K.Nor suka yg suam2 panas. Kureng sket kalau yg dh bermalam dlm peti ais. Tapi kalau dah kena overnite gak, kena keluarkan dulu kasi hilang kesejukkan duk dlm esbok tu.. baru best utk dinikmati. Kali ni try main campak2 jer tp base pada satu resipi Puding Roti kat MyR. Lupa pulak sapa tuan asal.. mintak ampun ya.. nanti edit balik.. insyaallah. Setakat ni puding ni menepati citarasa K.Nor. Tak manis sgt, tak keras or pejal sgt.. just nice. Cuma masa panas2 baru keluarkan dr oven tu jgn la ngap terus sbb masa tu puding roti ni masih lembik lg. Tunggu sejuk sket baru potong dan dimakan. Nak makan dgn apa? Yang kat atas ni, cuma dimakan gitu aje.. tu pun dah cukup sedap.. Tengok yg kat bawah lak.. ada versi lain sket ... :)


Haa.... yg ni digayakan bersama eskrim.. Kebetulan eskrim dragon fruit ada lagi, kita amik dan guna aje la kan.. Kalau ada perisa lain spt coklat, vanila pun ok gak..


Yang ni lak dimakan dgn sirap coklat. Atau nak makan dgn choc ganache pun ok.. Pilih aje yg mana satu berkenan di kalbu..... eh berkenan kat anak tekak :)

Resipi ni dah diolah sket mengikut selera K.Nor. Tapi nk berterima kasih gak pd penyumbang asal resipi Puding Roti ni ya..

updated: Resipi asal Puding Roti ni K.Nor amik dr resipi Puding Roti Berkismis by F&N Myr.

PUDING ROTI

10 kpg roti
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Roti dipotong 4 dan susun ke dlm loyang yg dah disapukan butter.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Kalau masih ada butter yg berketul, biarkan aje.. nanti akan cair gak bila dlm proses membakar.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun ok gak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn aiskrim atau dgn sirap coklat.
Slmt mencuba ...