f Secubit Garam: Kacang Panjang Goreng + Hati Ayam

Wednesday, July 29, 2009

Kacang Panjang Goreng + Hati Ayam


Kacang Panjang Goreng + Hati Ayam

kacang panjang ~ dihiris
hati ayam ~ direbus sekejap dgn sedikit air dan garam
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan hati ayam yg dah direbus dan dipotong kecil.
Masukkan lada hitam dan kunyit serbuk. Masukkan sedikit air. Kacau.
Masukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar.
Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Jgn masak terlalu lama, nanti kacang jd terlalu layu.
Angkat dan hidangkan.



# sesetengah org tak rebus dulu hati ayam, terus jer masukkan dlm kuali selepas bawang putih wangi ditumis tu. Boleh aje nak buat gini, tp nanti hati tu agak hancur dlm sayur kacang. Terpulang pd selera masing2 ..