f Secubit Garam

Saturday, February 19, 2011

Special Ciskek Utk Azura Rahman

Semalam Zura ada request nak tengok potongan dalam Tripple Strawberry Cheese Cake yg K.Nor buat pada hari Khamis baru2 ni. Memang mula2 tu tak shoot pun gambar ciskek yg dah dipotong sbb masa tu kelam kabut nak berbuka puasa. Lepas dah berbuka tu, rasa malesss la pulak nak shooting. Dah Zura nak tengok jugak, ptg smlm K.Nor potong dan shoot la sekeping dua gambar untuk tatapan Zura dan juga pada sapa2 yg lain yg nak tengok bahagian dalam ciskek tu.


Ikhlas cakap mmg K.Nor tak pernah buat ciskek yg menjadi sket gini. 1st time buat dulu (lama dulu, rasanya dah 2 tahun kut) tak menjadi langsung. Lepek jer. Tu yg fobia nak buat lagi. Tambahan ahli dlm rumah ni kurang pulak dgn ciskek yg jenis chilled (non baked), Tambahan pulak cik abg abg aritu pun tak minat langsung. Makin membantutkan semangat nak buat ler. Ntah camna si anak dara yg duk request sgt nak makan ciskek gini. Tapi kali ni bila dibuat, masing2 termasuk Naim pun duk hadap sama. Masing2 kata sedap dan menjadi. Bagi K.Nor menjadi utk org amatur dlm ciskek ni la..alhamdulillah.. Bagi yg dah pro tu, rasanya outlook dia tak la perfect. Tak kisahlah.. asal org dlm rumah ni semua hadap dgn berselera, hilang penat dan fobianya kan..

Special utk Zura :)


Friday, February 18, 2011

Ayam Black Pepper

Resipi yg dah lama tak buat padahal simple jer nak masak. Baru2 ni K.Rose tayang kat rumah dia baru la teringat balik kesedapan menu yg resipi asalnya Udang Blackpepper. K.Nor belum pernah try dgn ayam, bila tengok K.Rose buat dan kata sedap pastu terpikir why not cuba kan.. (spekong sket jer ya ... hehe )


Mula2 tak teringat pun nak masak menu ni. Ayam dah dikeluarkan dr freezer. Duk tercari2 resipi baru utk dicuba, last2 teringat kat Ayam Black Pepper K.Rose. ermmm.. alhamdulillah.. dpt idea nak masak utk hari ni. Hari Jumaat tak leh masak lauk grand2 sgt, kang lambat org nak gi solat Jumaat. Buat menu gini senang .. 2 in 1 kan.. tak perlu masak menu sayur dah.. Kalau nak campak brokoli atau putik jagung pun boleh. Terpulang pd stok yg ada dlm esbok :)


Jom layan resipi Ayam Black Pepper hasil derhaka kat resipi sendiri Udang Blackpepper. Nak tau sedap ke tidak, kena tanya K.Rose hehe


AYAM BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
bunga kobis
lobak merah
2 bj cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam hingga masak tp tak perlu sampai garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper,sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan bunga kobis dan lobak merah.
Masukkan juga ayam. Kacau rata. (boleh masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering dan tidak membaluti bahan2 yg dimasukkan tadi)
Tutup kuali sekejap utk melembutkan sedikit sayuran.
Rasa dan tambahkan garam jika perlu.
Masukkan cili hijau dan kacau rata.
Padamkan api dan hidangkan panas2 dengan nasi putih.

Thursday, February 17, 2011

Triple Strawberry Cheese Cake

Akhirnya terlaksana jugak hajat nak buat sendiri ciskek. Ni gara2 tengok ciskek Hana yg cun melecun tu la. Memang tak nak guna puree mangga seperti yg Hana buat sbb nak buat versi stoberi jer. Pagi td sebelum masuk dapur sempat sembang dgn Hana, menuntut ilmu dr pakar ciskek.. Tq.. tq...


Resipi yg K.Nor buat ni hasil pemerhatian atau gabungan dr 2 resipi ciskek. Satu tu dari resipi Rare Mango Cheese Cake oleh Hana dan satu lagi Strawberry Cheese Cake, resipi kat rumah Ummi Kuantan. Resipi yg ni Ummi amik dr rumah Hana, Hana pulak amik dr rumah K.Zai. Dan K.Zai amik dr majalah Midi. Huhhh.. panjang gak susur galur resipi ciskek ni ya.. Macam biasa mmg kerja K.Nor derhaka kat resipi. 2 resipi tadi tu sebagai rujukan utk perkara basic spt bahan dan kaedah membuat. Ni gara2 loyang (spring form) K.Nor saiznya 9in (22.5cm) Adunan yg dibuat oleh Ina dan Ummi, hanya menggunakan loyang 8". Jadi K.Nor kena la ngedit bahan2 utk muatkan dgn loyang yg lebih besar tu. Memang dah agak adunan yg K.Nor buat ni lebih dr mencukupi utk loyang K.Nor. Jadi K.Nor awal2 siapkan 3 mangkuk kecik sebagai standby jika ada lebihan adunan cheese. Alhamdulillah.. ngam2 jer hasil yg K.Nor dapat, 1 loyang besar dan 3 mangkuk kecik tu. Haaa... banyak kan! Jawabnya.. menjadi penternak lemak yg berjaya la lepas nih.. hihhi


Tak sempat nak tayang post mortem ciskek loyang besar ni sbb azan maghrib dah berkumandang. Anak2 dah tak sabar nak ngap, apatah lg tukang masak dgn cik suami yg seharian tak makan :) Bila dah masuk mulut..ermmmmm... ermmmmmmmm.. speechless!! Sgt2 sedap! Akhirnya berjaya gak buat ciskek walau tak berapa perfect tp hasilnya sangat yummilicious! Cik abg habiskan sepotong besar tanpa berkata apa2. Sedap sgt la tu.. hehe Tapi memang sedap pun. Rasa lemak cheese dan cream tu bila digandingkan dgn rasa topping stoberi yg masam2 manis.. perghhhhhhhhh!! manyak sedap wooo...

Ok lah.. tak yah pot pet dgn lebih panjang lagi, K.Nor nak letak kat sini resipi yg K.Nor buat tadi utk rujukan di lain waktu..

TRIPLE STRAWBERRY CHEESE CAKE

Bahan A (base)
250gm cream cracker (k.nor guna jenis low salt)
200gm butter
3 sudu besar gula

Bahan B (cheese)
500gm cream cheese
350ml whipping cream
230gm gula castor
1 sudu kecik strawberry paste
1 1/2 sudu besar gelatin
100ml air

Bahan C (topping)
75ml air
1 sudu besar gelatin
1/3 cawan strawberry filling
1/2 cawan air
3/4 cawan buah strawberi

Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara2:
A
Cairkan butter.
Ramas biskut hingga hancur dan tuangkan butter cair.
Gaul hingga sebati.
# utk lebih mudah guna K.Nor guna food processor.
masukkan biskut dan blend hingga hancur dan masukkan butter cair.
blend lg hingga sebati... lebih cepat dan biskut lebih halus.
Masukkan adunan biskut ni ke dalam loyang spring form (9") dan ratakan keseluruh loyang.
Tekan biar kemas dan padat.
Sejukkan dalam peti ais utk 1/2 jam.

B
Masukkan gelatin ke dalam air.
Panaskan dengan cara dobule boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga gebu dan pekat.
Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan strawberry paste hingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.
Masukkan adunan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipping cream. Gaul dgn whisk hingga rata dan sebati.
Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan adunan cheese kedalamnya. Ratakan.
Sejukkan dalam peti ais 2 - 3jam utk proses beku sepenuhnya.

C
Masukkan gelatin ke dalam 75 ml air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
Kisar buah strawberi dgn 1/2 cawan air. Tak perlu terlalu halus.
Tuangkan ke dalam adunan gelatin.
Masukkan juga strawberry filling dan kacau hingga sebati.
Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.
Tuangkan adunan topping dan ratakan.
Masukkan kembali dalam peti sejuk.
Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.