f Secubit Garam

Tuesday, July 8, 2014

OREO CHEESE DELIGHT

ASSALAMUALAIKUM..

Sekali lg menu berkait dgn cheese. Memang antu cheese nih.. :)

Weekend baru2 ni duk verangan nak buat dessert yg ada cheese. Kebetulan Along dan isteri dia serta Naim ada balik, so si tukang masak merajinkan diri menggodek demi nak melepaskan gian nak mendessert.. Kalau buat time berdua jer dgn cik abe mana syok, nanti sapa nak tulun perabiskan. Bila anak2 ada ni, lain citernya kan.. Lagipun, time menantu ada ni la nak membuli dia hehee.. Tak ada la.. tak buli pun, ajak dia bantu jer.. Lagipun dia suka jer bantu K.Nor memasak atau mendessert, sekurangnya dia dpt belajar dlm masa yg sama.. Tak gitu :)


Sambil bukak entri dessert yg lepas2, K.Nor cuba combinekan resipi lain hasil dari kerja menggoogle. Alhamdulillah.. lahir satu resipi yg menggunakan bahan asasnya biskut oreo, cream cheese dan whipping cream. Rasanya seakan oreo chilled cheesecake. K.Nor tak buat sebiji yg besar tapi gunakan gelas2 comel yg saiznya besar sedikit dr biskut oreo dan kebetulan ada lebihan adunan cheese, K.Nor gunakan dessert cup. Bila buat dlm bekas kecik2 gini, senang nak makan, tak perlu potong2..


Bagi penggemar Oreo Cheesecake atau dessert yg berkait dgn cheese, jom cuba resipi mudah ni.. Insyaallah, saaaaaaaaaaangat sedap ^____^


OREO CHEESE DELIGHT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 pek biskut Oreo (asingkan 3 keping utk dikisar)
250gm cream cheese
40gm gula castor
250gm non dairy whipping cream
12gm serbuk gelatin ~ k.nor guna halalgel  
50ml air panas
1 sk jus lemon (boleh gantikan dgn lemon paste)
1 cawan susu segar ~ panaskan sebentar

Cara:
Masukkan gelatin kedalam mangkuk berisi air panas. Kacau sebati dan biarkan kembang.
(Sekiranya masih ada ketulan bolehlah dipanaskan sekejap dgn kaedah double boil)
Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan.
Pukul pula cream cheese bersama gula castor dlm mangkuk berasingan hingga gebu.
Masukkan gelatin dan juga jus lemon.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi kedalam adunan cheese.
Gaul dengan spatula sehingga keduanya sebati.

Cara assemble :
Masukkan adunan cheese kedalam piping bag.
Paipkan sedikit adunan ke dalam gelas/mangkuk.
Celupkan sekejap oreo ke dalam susu fresh (jgn celup terlalu lama nanti biskut menjadi lembik) dan letakkan di atas adunan cheese tadi.
Paipkan kembali adunan cheese di atas biskut oreo dan ulang sekali lg step sebelumnya.
Ikutlah nak buat berapa layer yg disukai, mengikut kesesuaian gelas/mangkuk yg digunakan.
Buat sehingga habis.

Hiasan:
Ambil 3 keping biskut oreo dan buangkan cream yg ditengahnya.
Kisar dlm pengisar kering hingga halus.
Taburkan di atas Oreo Cheese Delight yg telah siap tadi dan sejukkan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

nota:
1. cream cheese : boleh guna philadelphia (kraf) atau tatura
2. 12gm serbuk gelatin lebih kurang 1 1/2 sudu besar (gunakan sudu metrik ya)
3. susu segar boleh digantikan dgn susu tepung yg dibancuh dengan air suam 


Friday, July 4, 2014

CHEWY CHEESE BALL

ASSALAMUALAIKUM..

CHEWY CHESSE BALL ni mmg agak hot di fb akhir tahun lepas. K.Nor tak ketinggalan utk sama2 menerai resipi dari Sally Rashid ni. Biarlah dikatakan dah basi baru nak upload kat blog. Nak buat camana, tempoh berhibernate dulu tu agak panjang. Kalau tak dipost kat blog, nanti bila nak buat lagi mula la meraban cari balik resipi. Kalau dah dipostkan kan sini, mudah nak refer kan. Lagipun, ianya juga boleh dijadikan menu utk berbuka. Anak2 pasti suka dpt berbuka dgn cheese ball ni.


Anak2 K.Nor mmg suka dgn rasa Chewy Cheese Ball ni. K.Nor buat aritu dpt agak banyak, jd K.Nor frozenkan. Jadi bila Luqman balik bercuti hujung minggu dr asrama, senang aje, boleh terus goreng dan hidangkan pada dia. Mudah kerja kan :)


Ucapan terima kasih buat Sally Rashid (atau nama glamer K.Ton comel hehe) yg sudi berkongsi resipi. Memang Sally ni tak loket ilmu, cukup senang berkawan dgn dia...

CHEWY CHEESE BALL
resipi : Sally Rashid
sumber : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan : 
350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2) - boleh guna jenama kraft
1/2 sdt serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2 sdt serbuk pati ayam
Serbuk roti
3 biji telur

Cara:
Rebus kentang. toskan. Lenyek
Masukkan serbuk lada, garam, pati ayam.
Masukkan tepung dan uli sebati
Ambil sedikit adunan..masukkan cheese kat tengah dan tutup. bulatkan kecil2 dan comel2.
Kalau adunan melekat pada tangan...sapukan sedikit tepung gandum
Celupkan dalam telur...kemudian salutkan dgn serbuk roti.
Goreng api perlahan sehingga berwarna keemasan.
(kalau api kuat...luar hangus tapi cheese kat dalam tak sempat nak cair)

* tip dr k.nor
- masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum (jgn letak kesemua sekaligus, ) dan uli
-bila adunan dah tak melekat di tangan, boleh la stop masukkan tepung gandum (kalau doh terlalu keras nanti cheese ball agak keras bila dimakan)
- teruskan kepada proses meletakkan cheese dan bulatkan.



Tuesday, July 1, 2014

AYAM BLACKPEPPER DAUN KUCAI

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi.. bulan yg penuh berkat, yg ditunggu2.. Ramadhan kali ni agak sepi kerana anak2 berada dikejauhan, yg tinggal hanya si emak dan si ayah jer la berbuka dan berpuasa berdua aje. Jadi aktiviti memasak pun agak slow. Tukang masak tetap jalankan tugas walaupun dlm keadaan kurang sihat dua tiga hari ni. Menu pun yg simple2 aje la. Cukup la utk makan berdua aje kan :)


Meraikan Ramadhan, kita kurangkan pot pet ya.. Kita biarkan gambar yg berbicara. Tp sebelum ni nk bgtau, menu ayam kali ni K.Nor amik kat dapur Ayu Singapore manakala Ayu pulak amik kat dapur Zila. Ayu ni mmg rajin mengetest resipi2 baru. Org kata bila resipi yg di tested & proven ni, insyaallah lebih meyakinkan kita utk mencuba kan.. hehe Tq ladies for sharing the recipe.. 

opss.. panjang jugak bicara.. ok stop! layan gambar dan resipi okey :)


AYAM BLACKPEPPER DAUN BAWANG (KUCAI)
Sumber: Zila@zila4ever
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam dibersihkan
1 sudu besar black papper - jenis kasar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
serbuk kunyit
2 sudu besar sos lada hitam
daun bawang (k.nor guna kucai)
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
2 biji tomato - jika suka
1 biji bawang besar
sedikit kicap

Cara-caranya
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
lumurkan serbuk kunyit dan garam,(Ayu tambah, sedikit cili kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar dan sedikit halia kisar +sedikit perasa)perap sekejap dan goreng hingga garing.
tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat,dadukan bawang besar.
panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
masukkan ayam,gaul rata..masuk tomato dan daun bawang..
masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..
sedia dihidang.