f Secubit Garam

Wednesday, March 6, 2013

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Aci tak wordless Wednesday arini... hehe Tuan rumah kebizian arini ^__^  ehhh.. tak jadi WW ler.. heeee....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.


Monday, March 4, 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...


Bila tengok Dayang post kek ni kat fb, punya la tergoda. Nak buat tp sapa yg nak perabiskan. Yg ada kat rumah cuma 3 beranak. Nak tak nak kena tunggu anak2 balik (esp. si anak dara, kalau dia balik pasti dia suka kek gini dan dia akan bawak balik ke asrama, so si emak tak la pulun banyak2 sgt... dah bambam sgt dah ni.. tak leh nak ngap kek bercheese ni banyak2.. kena berhemah sket nak makan tu hehehe) tambah lagi masa Dayang post tu, tak ada stok cream cheese dlm esbok. Baru jer digunakan utk buat kek lain. 



Bila dah beli cheese, K.Nor study ler resipi. ermmmm.... guna 500gm rupanya.. haishhh beli cheese seketul jer (250gm) .. Duk pikir lg, banyaknyer lemak2 tepu yg bakal ku ternak nanti. Yg sedia ada ni dah la liat nak cair (sejak duk kampung ni, dah tak briskwalking lagi dah.. sedih betul :(  So K.Nor plan nak ejjas@derhaka sket kat resipi. Nak buat dgn seketul jer cheese tu, so buat 1 layer jer dah la part cheese tu.. Tak per la, tak sama dgn resipi asal pun. Lagipun, 250gm cheese tu dah ok rasanya.

Akhirnya, terhasil lah KEK COKLAT KEJU KUKUS, versi derhaka sket ya Dayang. Jgn marah ya.. Kek ni tetap sedap meskipun buat 1 lapis jer part cheese tu. Kalau buat 2 lapis, lagi lerrrrrrrr teramat sedap. So terpulang pd citarasa masing2 ya, nak buat versi asal maupun versi edit mcm yg K.Nor buat ni ... Mekasih Dayang, izinkan K.Nor berkongsi resipi satu dari versi kek lapis Sarawak ni kat blog K.Nor utk perkongsian bersama yg lain2 ya.. ^__^



KEK COKLAT KEJU KUKUS
resepi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :

170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju : ~ k.nor buat 1/2 dr adunan ni
600g krim keju (pada suhu bilik)
2 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :

Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.

Friday, March 1, 2013

DAGING MASAK MERAH ala gerai

ASSALAMULAIKUM...

Resipi dr perkongsian Mas Duniaku kat wall fbnya minggu lepas kut.. Terlintas nak menerai resipi Mas ni, masa duk fikir2 nak masak apa dgn daging yg duk bertapa dlm esbok. Alhamdulillah.. sedap tp mcm kebiasaan ler.. ada sket sesi menderhaka kat resipi asal. Jgn marah ya Mas.. Saja gatal tangan nak tambah itu ini.. :)


Mekasih Mas, sudi berkongsi resipi ni. K.Nor ambil kat fb Mas ni, so K.Nor tak letak link la ya.. Nanti kalau Mas dah update kat blog, insyaallah K.Nor letak balik.. :)


DAGING MASAK MERAH ala gerai
resipi : Mas@Duniaku

Bahan2:
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

*perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..