f Secubit Garam: photo raya
Showing posts with label photo raya. Show all posts
Showing posts with label photo raya. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Gambar Raya ~ edisi terlewat

Memang terlewat kan. Org lain dah laaaaaaaaaaaaaaaaama tayang tp K.Nor baru jer nak tayang nih. Mostly kes terlupa nak letak tp bila sekali teringat tu rasa malesssssss la pulak nak letak. Sebab tahun ni tak beraya mana pun. Mood beraya kureng sket tahun ni. Mungkin gak sbb tak cukup ahli sorang tu yg kureng sket mood nak beraya apatah lg mood nak tayang gambo raya. Tapi masa duk sembang2 dgn K.Hanieliza baru2 ni (dia cakap dia sendiri pun belum tayang lg gambo raya.. K.Liza tu yer la.. bz like a bee tuh hehe) dia suruh gak K.Nor tayang walaupun org lain dah berzaman duk tayang. K.Liza kata tak per, gambar tak basi, mesti ada lg yg sudi tengok. Lagi pun Syawal masih berbaki lg sket nih, kan. Meh la nak tayang walau tak banyak mana yg sempat di shoot. Sekurang2nya utk dijadikan kenangan buat anak2 cucu.. hehe cucu!! Along... duk diam2, wat balik ijazah dulu pastu kerja dan kumpul duit dulu ya............. hehehe...

Tema tahun ni.... Hijau .. hijau apa ni ya.. rasanya bukan hijau lumut, jauh sekali dr hijau pucuk pisang.. tapi... Hijau Kecoklatan...





Selepas solat raya kat Masjid Putih, terus balik rumah. Tak sempat nak gi ziarah kubur arwah mak, tokki & nenek K.Nor serta  kubur arwah mak, mak sdara, dan nenek suami disebabkan hujan yg turun dr awal pagi. Balik rumah terus terpa ke PC sbb dah janji dgn buah hati nak OL. Tunggu punya tunggu buah hati tertidur la pulak. Katanya dia berjaga hingga lewat mlm tu sbb duk masak juadah raya bersama housematenya. Last2 K.Nor sms kat dia baru dia terkejut dr tidur.. hehe.. apa la punya si emak ni kan.. Tapi dah rindu nak sembang, nak tatap wajah buah hati di pagi raya, tak pedulii dah semua tu. Alhamdulillah.. dgn mata yg masih kuyu dia melayan kita org di pagi nan penuh syahdu. Sedih tau tak dpt beraya dgn kesemua anak2 ni. Tapi demi masa depan dia org terpaksa la tabahkan hati. Tak per la, tak lama lg insyaallah 2 tahun lagi tamat la pengajian buah hati tu kat Jordan.

Ni saja la pengubat rindu hati seorang ibu, bersembang cara live dgn anakanda terutamanya di pagi raya. Melalui webcam kat skype. Guna skype lebih cantik gambar dia dari guna yg YM. Mutu gambar pun tak tersekat2. Dengan cara ni la dpt mendekatkan jarak yg jauh beribu2 batu. Cuma tak dpt memegang dan tak dpt memeluk dia jer.. hu hu.. rindu tau... :(  Hanya yg berada dlm situasi yg sama jer dpt rasa apa yg K.Nor rasa ni. Kalau setakat anak study kat dlm negara, anytime boleh balik, kan. Raya2 pun boleh balik. Ni duk nun jauh, dah la tambang lebih dr 3K sekali gi dan balik.. tak cam yg duk India cam anak K.Ina KL tu. Murah jer rasanya tambang Air Asia dr India ke M'sia kan.. Sabo aje la.... 


Anak ku yg kebetulan berbaju hijau gak masa tu.. hehe

Monday, September 28, 2009

Raya Pertama di K. Berang

Selamat Hari Raya buat semua.. ishhhhhh..... males sungguh nak post n3 sejak raya nih. Mood menghapdet dah g jalan beraya ntah ke mana, ditambah lagi dgn PC yg ditawan oleh anak2 yg duk main games. Line pulak slow jer.. lagi la buat mood merundum.. Lepak2 kunyah sekut raya lg syok hehe.. Bukan la sbb g jalan raya sgt cuma hari pertama dan kedua jer g jalan raya, raya ke 3 duk melayan tetamu kat rumah sehari suntuk, hari ke 4 dan ke 5 langsung tak keluar kes Aisyah demam. Tambah lagi dgn jalan yg jamm, lagi la males nak keluar.

Jom kita layan gambar2 raya keluarga belah K.Nor di rumah adik di Kuala Berang. Sekarang ni rumah adik dah jadi port raya pertama sbb ayah dan step mother K.Nor tinggal bersama dgn adik dan suami serta anak dia. Masih ada 2 keluarga (keluarga kakak sulong dan abg K.Nor) yg tak join sekali dlm gambar2 ni sbb dia org pergi lewat.

4 keluarga bersama ayah K.Nor yg terlantar uzur dan step mother K.Nor pun yg uzur jugak
cameraman bukan main lagi duk depan, tak sempat nak nyelit kat belakang hehe



susah betul nak dpt snap gambar Naim sengih cam ni.. :)


3 dara pingitan bersama sorang mak dara..
anak2 kakak K.Nor (no 2) yg duk di Puchong



ralitnyer sembang.. yer la lama sgt tak kumpul ramai2 gini...


famili kakak K.Nor ~anak yg ke 2 dr satu emak dan satu ayah (arwah emak K.Nor)


famili abang yg duk Kuantan (pun satu emak dan satu ayah dgn K.Nor)


Yang ni famili adik (perempuan) ~ anak dr ayah K.Nor dgn mak tiri


Yang ni, tak yah cakap la ya.. ^_____^
anak yg ke 5 (bongsu) dr satu emak dan satu ayah



Famili yg tak ada dlm gambar adalah famili kakak sulong dan abang (anak no 3) dan sorang lagi adik yg duk di UK (anak kedua ayah dgn mak tiri)

Raya ke 3

Kali ni nak tayang sedikit gambar2 pd raya ke 3 yg mana K.Nor buat hari tunggu rumah/buka pintu rumah :)

Alhamdulillah, ramai tetamu yg hadir, terdiri dr keluarga adik2 beradik K.Nor dan suami, jiran tetangga, kenalan2 rapat dan sdara mara yg jauh mau pun dekat ( licin nasi beriani 2 gantang hehe). Tak teringat langsung nak amik gambar2 juadah maupun kuih2 atau kek2 raya (sori ya Alongroz). Lagi pun mmg K.Nor sediakan ala kadar jer. Tau aje la dgn rumah yg kecik kiut ni mana la cukup ruang nak letak banyak2 dishes. Ikutkan hati nak buat macam2 dan nak buat besar2 sket tp memandangkan ruang yg terbatas, kena pendam aje la hasrat tu. Itu pun tetamu yg datang terpaksa makan ikut shif hehe.. ampun ya semua (terutamanya Ros dan famili, K.Cik dan famili serta Lelayong dan famili)

Antara hidangan selain nasi beriani dan kuncu2nya, K.Nor sempat buat 2 bj kek coklat moist, kek lapis velvet (k.fida.. sori tak ingat nama penuh resipi ni) 2 bj (utk MIL sebiji), kek kukus buah che mat gebu (share separuh dgn ayah K.Nor yg mmg minat kek buah) dan kek marble trio CMG 3 bj (satu utk K.Nor, 1 utk MIL dan 1 utk rumah adik)

Kukis yg K.Nor buat cuma Bangkit Cheese, Tart Bunga, Tart Gulung, Serimadu Cornflakes, Cornflakes Chocolate dan Coklat Chips disamping beli 2 jenis kekacang.

Ok la kita layan gambar tetamu2 VIP hari tu ya..

Bersama Ros Onigiri


Yang kat tengah2 tu MIL Ros, yg juga emak sdara suami K.Nor, Mak Su Yam.
Ni la satu2nya lagi adik beradik arwah FIL yg masih ada.

Bersama K.Cik MyR


Yang ni pulak dgn Lelayong, suami Lela dan anak dara kiut Lela, Hani


Geng2 rapat Along, bekas2 pelajar SHAMS dan ada yg Along berkawan since tadika lagi..

Raya Ke 6

Setelah 3 hari (dr raya ke 3) tak keluar beraya kes Aisyah demam, K.Nor dan cik abg bawak anak2 ziarah the only mak sdara K.Nor yg masih ada. Mak sdara ni kakak kepada arwah mak K.Nor (mak K.Nor cuma 3 beradik, yg sulong pun dah lama meninggal). Sengaja K.Nor abadikan gambar De Nong (panggilan utk mak sdara) kat sini sebagai kenang kenangan di kemudian hari samada utk K.Nor maupun utk anak2 K.Nor.