f Secubit Garam: September 2013
There was an error in this gadget

Monday, September 30, 2013

KEK BUAH KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul peram hajat nak buat KEK BUAH KUKUS ni. Duk bertangguh dari hari ke hari, atas dua tiga sebab. Bukannya bz sgt, tp tukang makan aka antu kek tak ada kat rumah ni. Yer la sejak duk berdua ni, mood nak membaking mmg merudum. Si tukang perabiskan kek duk kat asrama, jd payah sket la nak buat kek (kena tunggu wiken time anak dara balik baru boleh buat). Kang si tukang buat yg kena makan lebih hehe. 


Lagpun kek buah ni tinggalkan nostalgia buat K.Nor. Arwah ayah K.Nor mmg penggemar kek buah. Kalau dulu2 masa zaman sebelum kawin, K.Nor suka buat kek chiffon (sbb mmg antu kek cipon pong hehe). Arwah selalu kata bila makan kek chiffon, mcm makan sponge (span basuh pinggan tu hehe) ringan, lembut, tak terasa apa2 bila masuk mulut. Habis setengah biji kek pun tak rasa kenyang. Sedap kek buah.. ermm.... tu la ayat yg selalu dia ucapkan.. Memang dia penggemar kek buah. K.Nor pulak bukan penggemar kek buah, tu yg jarang2 sekali buat. Tapi kalau tiap kali buat, mmg akan bg kat arwah (lepas K.Nor kawin mmg tak tinggal serumah, sbb K.Nor duk sendiri dgn suami dan anak2). Dia akan makan dgn bersungguh kalau K.Nor bg kek buah tu. Jadi bila arwah dah tak ada ni, terasa sayu hati kalau nak buat kek buah. Sampaikan anak dara K.Nor pun tau bila K.Nor duk ulang2 nak buat kek buah. Teringat ke (arwah) Ki, Ki sukakan kek buah kan mak.. ermmm... bertambah la sayu hati.. Masa buat kek ni minggu lepas pun gitu gak. K.Nor buat kek ni pada hari Rabu, mlm tu lepas kek dikeluarkan dr pengukus, harum semerbak dlm rumah, bau kek buah dgn aroma gula hangusnya tu.. fuhhh wangi sungguh.. Masa tu la, rindu kat arwah datang menggamit kembali.. Malam esoknya lepas Majlis Solat Hajat kat skolah Aisyah, dia balik dan tengok kek buah, dia sebut lagi.. teringat ke Ki tengok kek buah ni mak.. Si emak jawab, emak pun... huhu... takper la.. semua dah berlalu.. Kita yg masih bernyawa ni kena teruskan hidup kan... Semoga arwah tenang di sana, diampunkan segala dosa dan dijadikan penghuni syurga nan abadi.. amiin..


Kita tinggalkan kisah duka ya.. Kembali ke KEK BUAH KUKUS yg sangat sedap ni. Setelah menuntut ilmu dgn Mas sebelum ni dan juga dgn Lina PG yg dah jadi tokey Kek Buah ni .. Alhamdulillah.. terhasil lah Kek Buah Kukus yg sangat sedap.. Cantik jer, tak mendap/lekuk kat tengah (kata Lina hehee). Aisyah dan Cik Abg yg mmg penggemar kek buah jugak kata sedap. Ehh.. K.Nor yg kurang sket dgn kek buah pun kata sedap gak tau! Sedap sbb manis2 buah gitu.. Memang tak manis sgt sbb K.Nor dah kurangkan banyak gula (dpt yg dicadangkan oleh Lina). Buahnya pun berterabur dgn elok.. Memang berbaloi la buat kek ni, walau 4 jam bersauna dlm pengukus.. Kek ni mmg tahan lama sbb dikukus lama. Lagi lama disimpan lagi moist dan sedap, insyaallah... Mekasih buat Mas dan Lina yg dah banyak beri tunjukajar kepada K.Nor. Semoga Allah balas budi baik Mas dan Lina atas perkongsian ilmu tu ya.. 

Resipi Kek Buah ni mmg merata yg dah mencuba dan ramai bakers menggunakan resipi ni juga utk tempahan. Terima kasih buat Chef Zubaidah bagi resipi Kek Buah Kukus yg best ni..


Teringin menikmati Kek Buah Kukus yg sedap ni?

Boleh hubungi K.Nor di k.nor67@gmail.com  ^__^


KEK BUAH KUKUS
resepi : Chef Zubaidah bte Chepa 
sumber : Mas 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
225 gm Mentega
340 gm gula pasir ~ k.nor guna 1 cawan jer
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence

Bahan ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala  ~ k.nor skip

Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman. (tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

Thursday, September 26, 2013

ALMOND CLUSTERS

ASSALAMUALAIKUM...


ALMOND CLUSTERS ni mmg enak dimakan sambil menonton tv, sambil blogwalking.. mmg ralit sungguh mengunyah.. Terdapat banyak resipi ALMOND CLUSTERS di persada alam maya. Bahan utamanya lebih kurang jer tp K.Nor dah olah situ sket, sini sket mengikut citarasa anak tekak K.Nor. Almond Clusters ni dah lama buat, masa tu main campak2 jer bahan2nya, lupa nak catat somewhere.. tu yg tak berapa nak ingat sukatan yg dibuat secara tepat. K.Nor letak dulu resipi yg ingat2 lupa kat bawah ni, Insyaallah ada masa nanti K.Nor akan cuba buat sekali lg dan cuba update resipi yg lebih tepat nanti. 



ALMOND CLUSTERS
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
300gm almond strip
150gm coklat masakan
1 sudu besar mentega
manik2 gula
papercup secukupnya

Cara:
Sangai badam sehingga keperangan.
Cairkan coklat masakan secara double boiler.
Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Masukkan badam dan kacau hingga sebati.
Sudukan ke dalam papercup sehingga habis.
Taburkan sedikit manik2 gula.
Sejukkan sebentar dlm peti ais supaya lebih cepat mengeras.
Keluarkan dari peti ais dan Almond Clusters sedia utk dinikmati.

Tuesday, September 24, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

ASSALAMUALAIKUM..

Bila memikirkan masih banyak lg (ehh tak la banyak sgt, ada la sket2 hehe) gambar2 terperam yg dalam folder tu, entah bila nak dijadikan entri, kena la merajinkan diri mengarang dan mengupdate. Kalau tak bila la nak abis.. Dah la seminggu sekali jer sekarang ni update kan.. Mood dah melayang2, tak tau jalan pulang tu.. Jadi utk entri ke 2 minggu ni, K.Nor nak kongsikan satu lg resipi kek yg mmg sangat sedap.. sangat2 sedap sebenarnya. Biasalah kalau coklat digandingkan dgn cheese.. Mana tak sedap tambah lagi bila ada ganache.. perghhh.. makan pun tak cakap banyak sambil menghayati keenakkan keknya.. hehe


Asalnya kek ni ditempah oleh Ani, dah siap elok dah.. time terbalikkan ke cake plate, bahagian atasnya melekat kat board.. ermm.. cacat la sket rupa atasnya tu.. Tak sampai hati nak bg kastemer kek yg tak sempurna gini kan.. Jadi K.Nor godek kek lain dan kek ni K.Nor plan utk dihidangkan pada anak2 jer la.. Kebetulan kazen cik abg sekeluarga dtg berkunjung pada hari raya pertama aritu (kan.. gambo lama ni, gambo masa raya pertama lg tu.. so jgn nak ngendeng ya.. kang k.nor offer baja terbaik dr ladang kang.. hehehe) K.Nor serve la kek ni kat dia org.. ermm.. mmg sedap .. anak2 pun cakap sedapppppp.. Kata kastemer K.Nor pun sedaaaaaaaaappp... ALHAMDULILLAH...  (mekasih Ani sudi menempah dgn K.Nor ya.. ) 

keratan rentas dlm kek.. dgn toping ganache.. perghhh.. enak sih :)

Sebelum godek kek ni, K.Nor dah bersoal jawab dgn Mas Duniaku, mintak ilmu dr dia sbb dia dah banyak kali buat kek ni utk tempahan. Memang sentiasa laku kek ni, sentiasa ditempah kata Mas. Resipi asal dr Yatie Memories tp ikut kata Mas, utk kek coklat tu, dia guna resipi Kek Coklat Kukus Munira. K.Nor juga tak ikut resipi Yatie, sebaliknya K.Nor guna resipi kek coklat lain, resipi yg sentiasa K.Nor guna utk kek coklat kukus yg K.Nor kukus dlm bekas square. Kek yg dihasilkan mmg sangat sedap, lembut gebu dan moist. Utk sebiji Kek Lapis Kukus Cream Cheese ni K.Nor cuma guna 1/2 adunan jer dr resipi asal BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE. Resipi asal dari Chef Zubaidah tp K.Nor amik kat dapur Maklang Azie.. Mekasih banyak2 pd Chef Zubaidah dan juga Maklang ya..  Jadi terpulanglah pd adik2 kakak2 nak guna resipi mana satu ya.. Pada tekak K.Nor, combination resipi yg K.Nor buat ni adalah sangat2 sedap.. campur lg dgn ganache yg diletakkan tu.. K.Nor akan letak resipi yg K.Nor buat/olah dan juga resipi asal dr Yatie yg K.Nor amik kat dapur Mas. Mekasih juga buat Yatie dan Mas (terima kasih atas tunjuk ajar tu ya Mas :)

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE (versi K.Nor)
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Yatie@Memories & Chef Zubaidah

Bahan utk lapisan cheese:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.

Bahan utk kek: 
Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk b/powder

Bahan B
1 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn myk masak @ butter dicairkan
1/2 cwn air panas suam
1/2 sk coffee/mocha emulco
1 biji telur A

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.
Balut penutup periuk dgn kain  utk mengelakkan air wap menitik ke dalam kek.
Tuang 1/2 bahagian kek coklat ke dalam loyang 7" yg dah digriskan dgn mentega dan dialas dgn baking paper.
Kukus selama 15 minit.
Tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus selama 15 minit.
Kemudian tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 20 minit (atau sehingga masak)
Biarkan sejuk dan keluarkan dr loyang.
Tuangkan ganache di atasnya dan biarkan seketika di dalam peti ais.
Sedia utk dihidangkan.

Bahan:
150gm coklat masakan~ dipotong kecil
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak) atau mentega

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) &  coklat masakan.
Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.
Masukkan minyak/mentega dan kacau sebati.  Ketepikan.

~~~~~~ ** ~~~~~~ 

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Resepi : Yatie - Sinar Kehidupanku
Sumber : MasDuniaku

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.

Bahan B - Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @ masak
1 cwn tepung gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira diseparuhkan.


Sunday, September 22, 2013

KEK KASTAD PANDAN II

ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya, kek ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaama buat.. masa bulan Ramadhan aritu. (biasalah,... kita peram dlm folder lama2 sket, utk jdkan pekasam dulu kan.. hehe) Masa tu anak tekak rasa nak makan kek ni. Asyik duk buat yg tempahan jer.. sesekali terasa gak nak menikmati sama kek yg sedap ni kan.. Tapi K.Nor tak buat resipi yg sama yg selalu K.Nor buat tu (resipinya kat SINI). Saja nak menerai resipi lain pulak kan.. mana tau kut2 yg lain lebih baik, lebih sedap. Semestinya kita cuba nak puaskan hati pelanggan dgn beri hasil yg terbaik dgn bayarannya kan.. 


Ronda2 punya ronda, jumpa resipi KEK KASTAD PANDAN ni kat rumah Nadz@ovenKecil tu.. yg baru jer melahirkan sorang lg puteri. Tahniah Naz.. selamat berpantang ya.. Setelah dicuba, Alhamdulillah.. menjadi dengan elok dan hasilnya juga agak memuaskan. Mekasih Nadz sudi share resipi tu kat blog.. izinkan K.Nor share utk rujukan K.Nor dan lain2 pengunjung di masa hadapan lak ya..

Tuan rumah sekeluarga mmg tak kelapa kering.. tu yg togel aje ^___^

KEK KASTAD PANDAN
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Source: K.Nor@SecubitGaram

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.

KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:

1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.


Wednesday, September 18, 2013

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh.. lama betul menyepi kan.. Kan dah kata, skrg ni mmg mudah tenggelam tp agak lama masa yg diambil utk timbul amik nafas hehehe.. Memang tak leh nak update spt dolu2.. kalau 1 - 2x seminggu tu kiranya cukup la kan.. dr tak ada terus.. Insyaallah K.Nor akan cuba usahakan supaya blog ni akan terus bernyawa walau nyawa2 ikan.. paling kurang 1 entri sekali dlm seminggu..


Sekarang ni makin ramai yg menyukai SNOW CHEESE CAKE kan.. Kek ni mmg digilai sekarang ni, Alhamdulillah, kek ni mmg sentiasa mendapat tempat di hati mereka yg menempah dgn K.Nor. Selalu repeat order.. Mekasih banyak2 pd yg sentiasa order kek ni. Kali ni, K.Nor nak naik taraf sket kek snowcis ni.. Kita upkan dgn perisa yg pasti memuaskan anak tekak masa ngap kek snowcis ni.. Memang enak, memang best. Kalau biasanya kek sponge yg digunakan dlm kek ni hanyalah berperisa vanila, kali ni K.Nor dgn perisa strawberi. Bukan satu perisa aje, tp 2! K.Nor gandingkan strawberi dgn lemon! Jadi lah STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE... perghhh.. nyaman yg amat....  Terpulang la pada citarasa masing2 nak guna perisa apa. Boleh guna perisa blueberi, pandan, orange. Tapi kalau dapat yg ada rasa masam2 lagi best, sbb nak lawan dgn rasa cheese tu..  Utk buat kek yg berlayer gini, kena la guna 2 loyang yg berasingan ya.. Kalau nak buat 3 layer dgn 3 perisa, gunakan 3 layang ..


Sebelum ni, K.Nor buat Snow Cheese Cake menggunakan resipi kek sponge asal dr SherryMz@Myresipi. Kali ni, K.Nor tukar dgn menggunakan resipi Kek Sponge dr Sweet4ever. Jadi kita tak perlu bazirkan 2 bj telur putih yg tak digunakan tu. Terus aje guna 5 bj telur spt yg Sweet guna.. Lagi mudah kan.. :)


Kat bawah ni, K.Nor letak resipi yg K.Nor gunakan, resipi gabungan antara resipi SherryMz dgn Sweet4ever. Dan utk resipi frosting, K.Nor edit sket dr resipi asal SherryMz.. Mekasih kepada keduanya ya..

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon
perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:
Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:

Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.


Double layer yg pertama digodek, masa raya baru2 ni..  Perisa strawberi dan vanila.
Yg strawberi, sengaja mix kaler tk sebati gitu utk dpt effek marble tp tak nampak sgt kan hehe

Wednesday, September 11, 2013

UDANG GORENG TEMPOYAK BERKUNYIT

ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni musim durian kan.. Sana sini melambak buah durian, bukan aje atas pokok2, yg berlonggok tepi jalan, atas para, atas bangku, atas meja jualan.. perghhhh mmg menjadi sungguh durian kali ni.. Alhamdulillah.. Sejak menjadi org kampung ni, Allah murahkan rezeki K.Nor sekeluarga. Boleh dikatakan ada jer yg memberi durian pree. Alhamdulillah.. tiada satu pun nikmat Allah yg sanggup didustakan.. Tapi disebabkan kita org tinggal berdua aje skrg ni, tak larat gak nak perabiskan durian tu (k.nor ni bukan la antu durian sgt, cik abe lak kena la dicatukan sket makan durian.. al maklum la background history dia tu kiri kanan ada penyakit tegar.. kalau bini tak kontrol sapa lagi nak control utk dia kan.. heheee) Kalau ikutkan dah banyak paket K.Nor buat stok isi durian kat freezer. Nak buat lebih2 sgt kang, tak leh nak muatkan benda lak pulak.. So kena buat padan patut jer la kata org Ganu. K.Nor tak suka buat tempoyak (tempoyak asli tu) sbb kurang suka bau masam2 dia tu. K.Nor lebih suka simpan isi durian yg siap lecek kat freezer. Bila nak guna, nyahbekukan kejap, kita akan dpt balik rasa durian spt asal. Haa.. nak buat apa pun boleh, kek, muffin, bingka, durian crepe atau nak ngap gitu aje pun boleh.. hehe Kalau letak dlm budu laaaaaagi la syok :)


oppsss.. dah jauh melalut.. Jom kita kembali ke pangkal jalan.. (rasanya ayat ni makin pemes.. pernah K.Nor terbaca di beberapa blog yg menggunakan ayat nih.. hehe..) Kita kembali ke menu hari ni ya.. ehhh.. show hari ni maksud K.Nor. Menu ni menu minggu lepas. K.Nor buat hari Khamis minggu lepas utk berbuka puasa. Dah lama K.Nor perhatikan, Hasue selalu duk sebut tang menu ni. Asal ada durian jer mesti dia buat menu ni. Jadi terseru sungguh nak buat kali ni memandangkan ada udang dlm peti ais dan juga ada stok isi durian. Ada 2 versi menu ni, ada yg diletakkan daun kunyit dan ada yg tak diletakkan daun kunyit. Ikut la nak buat yg mana satu pun, basicnya sama jer cuma yg diletakkan daun kunyit tu insyaallah lebih umphh sbb wangi dan enak dtgnya dr daun kunyit tu. K.Nor pilih utk letak daun kunyit sbb daun kunyit skrg ni tengah subur kat kebun kecik tu.. Memang berbaloi betul cuba menu Hasue yg tengah dalam pantang tu.. mmg mabeles sungguh!! Kesedapannya hingga menjilat jari. Rasanya lepas ni akan sentiasa dibuat menu ni.. tp semestinya yg letak daun kunyit la.. hehe.. Bagi yg tak ada daun kunyit ataupun tak minat dgn daun kunyit, tak perlu letak. Tak jadi masalah.. skip aje part daun kunyit tu ya.. no problemo, kan Sue..

Sue, plate dan watermark pun kaler biru tu.. ^___^

Mekasih banyak2 ya Sue, sbb sentiasa promote UDANG GORENG TEMPOYAK ni.. Memang terbaekkkkk sgt.. Ehh.. belum abis pantang kan.. duk diam2.. tengok aje tayangan amal K.Nor ni.. Nanti lepas pantang, boleh la nak balas dendam balik ya.. mesti nk buat dgn udang galah kan.. huh.. saja la tu, nak buat akak jeles huhu.. To all, sila la cuba resipi mabeles HaSue ni, terutamanya musim doyan tengah menjadi nih :)

kita close up kan lagi.. perghhhhhhhhhhhh mabelessssssss!! ^___^

UDANG GORENG TEMPOYAK BERKUNYIT
resipi : Hasue
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Semangkuk kecil udang
Tempoyak ~ k.nor letak 5 sudu besar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
5 -10 cili padi
6 cm kunyit
1/2 labu bawang besar-potong berbaji
2 helai daun kunyit-dimayang halus
perasa (garam,perisa) dan gula(jika perlu)secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara2:
Cili merah,cili padi,bawang merah,bawang putih dan kunyit ditumbuk lumat
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga naik bau kekuningan,masukkan bawang besar
Masukkan udang dan kacau goreng seketika
Masukkan pula tempoyak..kacau goreng sehingga sebati.
Perasakan dengan garam dan perisa secukup rasa
Apabila tempoyak sudah berubah warna,masukkan daun kunyit,kacau seketika dan padamkan api..Siap!


Monday, September 9, 2013

TEMAPAHAN SEKITAR SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...

Sekian lama terperam, gambar2 dari beberapa tempahan yg K.Nor terima sekitar Syawal baru2 ni. Bukan niat utk menunjuk2 (K.Nor mmg maklum K.Nor tak mahir bab baking dan deko2 nih.. segan nak tunjuk wehhh) tp utk dijadikan rujukan di lain waktu.. Kurang kerajinan betul nak mengedit gambo dan mengupload ke blog skrg nih.. Makin lemau dan terus lemau.. Kukis kalau lemau, boleh jer kita perangat semula dlm oven kan.. Nih mood blogging.. ermmmm..... Tak tau la.. harap jgn padam terus sudahhh :)

Terima kasih banyak2 kepada mereka yg telah menempah, harap halalkan mana yg terlebih dan terkurang. Semoga apa yg K.Nor hasilkan tu memenuhi selera ya..

RV Cake .. ditempah oleh Aida Suhana

Kek Lapis Kukus Cream Cheese .. ditempah oleh Ani

Marble Slice Cheese Cake, juga by Ani

Kek Kastard Pandan (2 bj), mekasih Dr.. (kawan Along)

Puding Karamel Idaman... ditempah oleh Muhaiza Kuantan

Triffle Istimewa (2) juga ditempah Muhaiza.. Mekasih

RV Cake, ditempah oleh Dr Syukri

Rainbow Cake, ditempah oleh Norma Arifah

Boleh hubungi K.Nor di k.nor67@gmail.com ya.. TQ


Tuesday, September 3, 2013

NASI MANDY KAMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ni ya.. semua dah jadi baja, sbb ni menu masa hari raya aritu hehee.. biasa ler.. tuan rumah kan semakin lemau nak menghapdet.. kiranya kena masukkan jugak entri ni sbb nak kongsikan resipi Nasi Mandy Kambing yg dah dicuba buat ni. Selain utk dikongsikan dgn pengunjung SG juga sebagai rujukan K.Nor dan anak2 di kemudian hari..


Masa hampir nak raya aritu, K.Nor ke pasar dgn cik abe, terpandang (fuhh.. skima ayat hehe) org jual daging kamben. Memang agak jarang2 la K.Nor nampak org jual daging kamben kat pasar Bukit Payong tu. ehhh.. rasanya setelah setahun duk kg ni, tu pestaim kut terserempak dgn org jual daging kamben. Cik abe mmg antu daging kamben, termasuk si anak dara tu.. Jadi K.Nor rembat la sekilo. Duk terbayang nak masak Nasi Mandi Kamben utk raya... khelasss gitu kannnn.. hehee

Balik rumah, lepas kerja membersihkan barangan basah yg dibeli dan kemas apa yg patut, K.Nor pun mula la menggugel, cari resipi Nasi Mandy Kamben (sori ya.. mmg suka guna word kamben.. jgn marah nooo.. ) Gugel punya gugel jumpa satu resipi yg sangat berkenan di mata dan di hati. Terus K.Nor save jdkan draf. Bukannya tak pernah masak nasi mandy, dah acapkali gak buat tp selalunya guna ayam jer (guna resipi Raidah) kat SINI dan kat SINI. Saja la tukar selera, cari resipi2 lain utk dicuba, mana tau, dpt yg lebih sedap, lebih serasi kat anak tekak K.Nor sekeluarga kan.. 

Kali ni, masak nasi ni siap letak arang yg dibakar walaupun dlm resipi UmmiAisyah ni tak bgtau perlu buat sedemikian. K.Nor buat ni sbb kat reispi Raidah tu ada bgtau utk letak arang yg dibakar (utk menambah aroma pd nasi bila asap dr arang ni meresap ke dalam nasi) Boleh tengok kat SINI, ada Puan Raidah tunjuk kaedah mengasapkan nasi mandi menggunakan arang yg dibakar. Bagi yg tak nak buat tak mengapa, tak salah apa2 pun, tak kena saman pun.. hehe.. terpulang la ya.. tp kalau buat, insyaallah nasi kita jd lebih ummphhhh gitew ^____^

Tak sia2 mencuba, Along pun kata sedap mcm dia makan kat Jordan dulu.. yer la.. 5 tahun duk Jordan
bukannya senang nak masak mcm yg dia duk selalu makan yg org Arab buat tu kan.. :)

K.Nor sangat berpuas hati dgn hasil Nasi Mandy Kambing ni.. sangat2 sedap dan menyelerakan. Air dari rebusan kambing tu, membuatkan nasi kita bertambah sedap. Dan kena pulak dgn gandingan sos dan saladnya tu..Insyaallah.. akan stick dgn resipi ni lain kali..Memang rekomended tau resipi ni.. Sgt2 tak rugi mencuba.. Opss lupa nak bgtau, rempah nasi mandy tu, K.Nor beli kat Jordan dulu dan bagi yg teringin nak dapatkan rempah ori nasi mandy ni cuba la cari kat kedai2 arab yg jual rempah ratus atau kurma2. Atau gugel cari rempah nasi mandy/mandi yg dijual secara online.. 

Jutaan terima kasih buat UMMIAISYAH yg sudi berkongsi resipi NASI MANDY KAMBING ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan di lain waktu dan juga utk dikongsikan bersama teman2 yg lain ya.. 

NASI MANDY KAMBING
resipi : UmmiAisyah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: Serves (4-5 org)
400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~ k.nor guna minyak sapi
garam

Cara:
Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam) 
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
~ k.nor masukkan 1 bj sudu steel semasa merebus utk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing tu k.nor basuh dan perap dgn tepung yg dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. pastu toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (k.nor skip pewarna tp gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

* k.nor tumis rempah ratus direct dlm periuk nasi tp menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

UPDATED 6/09/13 

Bagi yg masih duk tanya, kat mana K.Nor dptkan rempah sila baca balik entri kat atas.. K.Nor dah story pun org masih duk tanya.. Dah jawab kat komen bawah pun, ada lg yg masih bertanya.. Jd utk lebih clearkan pembacaan, K.Nor dah boldkan ayat tu dan dah besarkan saiznya.. tak tau la kalau tak nampak jugak, kena pakai kanta pembesar la lps ni kut .. 


harap maklum...