f Secubit Garam: PUDING COKLAT SOS KASTARD

Sunday, July 14, 2013

PUDING COKLAT SOS KASTARD

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. cuaca yg dingin walau dah tengahari, disebabkan semalan hujan turun dgn agak lebat disertai dgn ribut yg boleh tahan kuatnya.. Selamat satu tugas rutin pagi2, iaitu siram pokok.. hehe.. Hujan berkat kan, turun pula di bulan Ramadhan, bulan yg penuh baraqah... Alhamdulillah..

Menu kali ni, masih lagi mengenai dessert, PUDING COKLAT SOS KASTARD. Puding kegemaran Aisyah dan Luqman. Sempat la K.Nor buat masa dia org berbuka dua hari lepas kat rumah sebelum pulang semua ke asrama smlm. Insyaallah bulan Ramadhan ni, dia org berdua akan sentiasa pulang pd hujung minggu. Rindu masakan si emak, kata Luqman :)


Memang dah acapkali K.Nor buat puding yg sedap dari dapur Dayang Jack ni. Ni pun dtg idea bila tengok Dayang post awal puasa baru2 ni. K.Nor sharekan sekali lg resipinya kat bawah utk mudahkan bg yg nak mencuba buat ya..

PUDING COKLAT SOS KASTARD 
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.